Minggu Pertama : Kembara Ilmu Di Bulan Merdeka.

2 Ogos , 9 malam : Bermulalah pemusafiran saya menuju ke beberapa destinasi di semenanjung Malaysia. pengembaraan ini bertujuan untuk memenuhi beberapa tugasan penting yang harus saya laksanakan iaitu program rasminya saya diarahkan menyertai Kursus Lanjutan Juruteknik Komputer di Nilai , Negeri Sembilan selama seminggu iaitu bermula 3 ogos 2008 (Ahad) sehingga 8 Ogos 2008 (Jumaat) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kemudian 13 Ogos sehingga 18 Ogos saya akan ke Ulu Tiram Johor mengikuti Kursus Kenegaraan Anjuran Biro Tata Negara kemudian diteruskan pada 19 Ogos hingga 28 Ogos di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN Tengah). Bermakna saya akan berada sebulan di luar Kelantan.

Itu antara program rasmi. Kesempatan yang ada juga , saya berhasrat untuk memenuhi undangan teman-teman di sana . Andaikata ada ruang yang boleh dicelah saya akan ikuti. Saya kagumi ukhwah teman-teman di Kuala Lumpur ni. Bila tahu sahaja saya akan kesana, berebut-berebut untuk meminta saya menjadi tetamu mereka di sana. Selain teman-teman ABIM dan PKPIM yang menajak jadi tetamu, ada juga teman-teman lama seperti teman sekampus dahulu, kenalan dalam blog dan lain-lain turut sama mengajak. Bagaikan tidak ada apa-apa masalah andaikata berlaku sesuatu kerumita bila saya disana.


5.00 pagi, Tiba di Gombak dan saya menginap di Pejabat PKPIM di Anjung Rahmat. Awal paginya Kang Zaid akan menjemput saya menemaninya ke UKM kerana dia membuka jualan buku di sana. Beliau memang seorang yang gigih dalam kerjaya sebagai usahawan Ilmu. Rupanya di UKM , ada satu majlis Induksi dan Pendaftaran Pelajar yang akan ke Mesir dalam jurusan perubatan Kelolaan Kolej Medik Darul Quran dibawah Dr Razali Nawawi yang merupakan mantan Presiden ABIM yang pertama. Ramai sungguh yang hadir.

Jam 4.00 petang, Selesai sahaja jualan buku di UKM, terus kami berangkat ke Nilai Negeri Sembilan , tempat saya akan berkursus nanti. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Kang Zaid atas kesukarelaan beliau menghantar saya ke Nilai. Jauh juga tu... Semoga Allah memberikan kenikmatan rezeki yang melimpah ruah ke atas Kang Zaid.

Allson Klana , Nilai N9.
3 Ogos 2008, 1.50 am.