Kalau tanah ada sempadannya,
Kalau pohon ada akarnya,
Kalau tugu ada tiangnya,
Kalau bangsa ada bahasanya,
Kalau pidato ada pejuangnya,
Kalau pejuang ada perjuangannaya.
Saya memerhati dan menilai teknik pidato yang disampaikan Dato’ sangat hebat sehinggakan setiap bait kata-kata yang keluar dari bicaranya amat menusuk jiwa dan tersa kesan auranya.
Sebenarnya saya mengimpikan untuk menghadiri kelas ini sejak tahun 2007 lagi. Pada masa itu impian hampir menjadi kenyataan memandangkan saya ditawarkan untuk bekerja di Sekretariat ABIM pusat sebagai pegawai unit ICT , namun terpaksa ditangguhkan kerana saya menerima tawaran untuk bekerja sebagai Juruteknik Komputer di Kelantan.
Alhamdulillah, hikmah Allah mengtakdirkan saya mengembara memberi peluang untuk saya merealisasikan impian yang telah lama terbuku di hati.
Untuk pengetahuan semua, Dato Syed Ahmad mempelajari pidato dari gurunya Kiyai soeharjo dari Indonesia. Di Malaysia, antara tokoh-tokoh yang juga mempelajari pidato dari Kiyai soeharjo ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Shamsiah Fakeh, Tan Sri Asiah Ghani dan Pendita Zaaba.
Saya teringat bila Fendy menyebut apa yang beliau dengar dari cikgu Hafizi (mantan exco pendidikan PKPIM ) berkenaan perbezaan antara "pidato isi" dengan "pidato kulit". Pidato kulit ini kebanyakan dipraktiskan oleh mereka yang masuk pertandingan pidato dan mungkin belajar pidato tanpa guru mursyid seperti Dato’ . Ataupun berpidato hanya untuk pertandingan semata-mata. Berbeza dengan pidato Dato Syed Ahmad yang digambarkan sebagai pidato isi.
Mengingatkan kembali bicara beliau yang amat saya sukai,
"Pidato bukan sekadar melontarkan kata-kata semata-mata, tapi pidato adalah cara melontarkan kebijaksanaan. Pidato adalah ilmu kalam dan ilmu kalam adalah datangnya dari Allah s.w.t dan gunakanlah ilmu kalam ini untuk mendapat redha Illahi."
Tamat sahaja pidato, semua peserta akan melaung serentak dengan menunjukkan tangan kepada peserta yang berpidato dengan lafaz motivasi , "You are the best"...

sebagai tanda saya menjadi keluarga Pulapi-Pro. Turut
disaksikan oleh Ir.Razif (YDP ABIM Shah Alam), Abang
Aidi; (ABIM Selangor) dan Rezwan (ABIM Shah Alam).
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Rezwan (mantan exco PKPIM) dan Effendy (Mantan Exco BLP PKPIM) kerana kesungguhan dan komitmen mereka berdua mengajak saya menghadiri kelas pidato. Jutaan Terima kasih kepada Dato' Syed Ahmad kerana membuka pintu yang luas menerima saya sebahagian daripada keluarga PULAPI-PRO, insya Allah, semoga impian Dato' untuk mewujudkan Universiti Agung Pidato Malaysia akan tercapai sebagaimana kata Dato' : "Impian tidak akan menjelma selagi kiya tidak bermimpi untuk berimpian" .
Semoga Dato' dapat melebarkan Kelas pidato ini di pantai timur juga. Tak lupa juga kepada Ir. Razif ( YDP ABIM Shah Alam) yang juga menjadi Ketua Penghulu kelas pidato Pulapi-Pro yang banyak memberi dorongan dan nasihat untuk saya teruskan mengasah minat pidato ini.

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita bangunkan Putrajaya,
Di atas semangat kesedaran bangsa,
Ilmu pidato ku perjuangkan juga.
Dentam dentum guruh di langit,
Air tempayan dicurah jangan,
Gibran pidato harus bangkit,
Agar membara semangat perjuangan.
Kita bangunkan Putrajaya,
Di atas semangat kesedaran bangsa,
Ilmu pidato ku perjuangkan juga.
Dentam dentum guruh di langit,
Air tempayan dicurah jangan,
Gibran pidato harus bangkit,
Agar membara semangat perjuangan.