Tamat sahaja kursus di Nilai, saya pulang semula ke Anjung Rahmat . saya mempunyai ruang masa yang panjang sebelum mengikuti kursus berikutnya iaitu Kursus Kenegaraan di Ulu Tiram , Johor. Rasa tidak berbaloi jika saya pulang semula ke kelantan , kemudian datang semula ke Kuala Lumpur ntuk ikuti kursus selanjutnya. Kesempatan yang ada , saya berhasrat untuk menziarahi teman-teman lama yang aktif berpesatuan dalam Persatuan Kebangsaan pelajar Islam Malaysia (PKPIM).Alhamdulillah kebetulan hari Ahad ada syura khas pelajar Islam melibatkan rakan-rakan pelajar Islam seluruh Malaysia. Jadi kesempatan ini membolehkan saya kembali menjabat ukhwah yang sememang sekian lama telah dijalin.
Di waktu malamnya , saya berkesempatan mengikuti Kuliah Kitab Hikam yang di sampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Fahmi Zamzam di surau anjung. Ramai aktivis -aktivis ABIM dan PKPIM yang mengikuti kuliah ini. rasa sedikit ketenangan di hati kesan tarbiyyah yang di sampaikan oleh tuan guru. Alhamdulillah, Shahiran, pemuda yang pernah saya bina semasa di peringkat sekolah menengah dahulu pun semakin mantap memberi komitmen dalam aktiviti PKPIM sejak berada di Kampus KUIS. Saya doakan semoga dia lebih mantap dengan tarbiyyah yang dia kecapi di madrasah PKPIM ini.
Sempat bertemu dengan senior-senior yang istiqamah seperti saudara Suhail dan teman-teman GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) . Saudara Suhail insya Allah akan menjalankan projek pengembaraaan Misi Dakwahnya ke Negara China dalam bulan 10 ini. Kagum dengan istiqamahnya, moga pengembaraan ilmu saya di Kuala Lumpur ini menjadi basic asas pengembaraan saya. Saya bercita-cita untuk mengembara ke Turki. Teringin untuk menziarahi pusara tokoh agung Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih serta mempelajari dakwah kreatif persatuan Islam di sana seperti jemaah Nur yang diasaskan oleh Badiuzzaman Said Nursi.
Keesokan harinya , saya meneruskan kembara ilmu saya ini ke Shah Alam,menziarahi sahabat lama, saudara rezwan , mantan Exco Pendidikan PKPIM. Beliau akan melanjutkan pelajaran master ke UK (United Kingdom) dalam bidang kejuruteraan Polimer. Banyak aktiviti yang dapat saya ikuti sepanjang bersama beliau. Antaranya, melawat ke pameran MAHA 2008, Mengikuti Kelas Pidato anjuran Pusat Latihan Pidato Professional (PULAPI-PRO) yang mana guru pidatonya adalah Dato' syed Ahmad syed Samsuddin As-Sagouf. Nanti akan saya kongsi dengan lebih lanjut pengalaman saya mengikui kelas pidato ini.Alang-alang berada di Shah Alam, saya berkesempatan melawat adik saya Wahidah di UiTM Shah Alam.