Kembara Ilmu : Bedah Buku Seni Perang Sun Tzu ( Tafsiran China Moden)

Kenalilah Musuh anda dan Kenalilah Diri anda sendiri, nescaya anda dapat mengharungi seratus pertempuran tanpa sebarang kekalahan. -Sun Tzu
Kata Hikmah diatas saya petik dari buku ini yang amat menarik untuk dikongsi. Terima kasih saya ucapkan kepada Rezwan kerana memperkenalkan buku ini kepada saya, Seni Perang Sun Tzu , Tafsiran China Moden. Buku ini mempunyai 141 halaman muka surat dengan harganya RM 24.00 dan boleh didapati di Kedai buku Kinokuniya di KLCC. Saya dapat habiskan pembacaan buku ini semasa beristirehat di rumah Rezwan di Shah Alam.

Selama 2,400 tahun, Sun Tzu Art Of War menjadi pendorong kepada banyak kemenangan besar dalam sejarah ketenteraan. Panglima Perang Asia telah pun mengamalkan doktrin Sun Tzu sejak berabad-abad dahulu. Malah, pemimpin moden yang berlainan aliran pemikiran seperti Mao Zedong dan Jeneral Eisenhower turut menggunakan strategi Sun Tzu untuk mengubah bentuk dunia!!

Buat Julung kalinya , karya agung tentang strategi dan taktik perang ini diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh salah seorang perancang Revolusi Komunis, Jeneral Tao Henzang. Beliau mengetuai perarakan panjang dan kini menjadi Professor di Beijing War Colledge dan pensyarah taktik perang di seluruh dunia.

Bagi saya, karya klasik yang hebar ini bukan sahaja untuk panduan peperangan semata-mata. Tetapi untuk kegunaan orang ramai. Taktiknya boleh diamalkan oleh eksekutif syarikat utama, pakar runding, eksekutif pemasaran dan jualan, pengurus yang baru naik, dan juga boleh diamalkan dalam kempen-kempen politik. Malah bagi yang meminati permainan komputer berunsur stategi dan perang seperti Red Alert, Rise Of Nation , Age Of Empire dan lain-lain, boleh amalkan taktik perang Sun Tzu sebagai startegi. Jangan asyik nak guna Cheat Code aja untuk menang dalam permainan komputer tu..hehehe..

Asah kemahiran Taktik Perang Sun Tzu
di Permainan Game Strategi perang.

Panduan Sun Tzu tentang ketepatan waktu, muslihat perang, kefleksibelan dan pengetahuan menyeluruh tentang pemimpin pihak lawan serta kekuatan dan kelemahannya masih berguna pada hari ini sebagaimana pada masa ia mula-mula diterbitkan.

penaFATIH : Teringat masa tengok cerita pahlawan cina di TV , dalam cerita tu ada sahaja adegan pahlawan menyusup masuk ke kuil untuk mencuri kitab jurus kungfu dan stategi perang. Bila Buku Seni Perang Sun Tzu di jual di kedai-kedai buku, semoga ada pahlawan-pahlawan kita yang bertekad menyusup masuk ke kedai buku ini untuk membeli..... bukan mencuri...hehehe...


Nama Buku : Seni Perang Sun Tzu , Tafsiran China Moden (Sun Tzu The Art Of War).
Penulis : Jeneral Tao Hanzhang
terjemah : Terjemahan Bahasa Inggeris Oleh Yuan Shibing.
Harga : RM 24.00
Boleh di dapati di : Kinokuniya .... rasanya ada juga kat Popular Book Store dan lain-lain.