Kembara Ilmu : Al-Fatihah buat Afzarin ( Kawan sejiran)


Al-Fatihah . Pagi ini saya dikejutkan oleh mesej yang disampaikan oleh abang saya tentang pemergian sahabat yang merupakan jiran di rumah saya. Afzarin atau lebih mesra dengan panggilan "Yen" telah meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya di simpang tiga Gong Dermin Kota Bharu. Beliau meninggal di tempat kejadian apabila motosikal yang dipandunya telah di rempuh oleh sebuah lori tanah dalam perjalanan ke tempat praktikalnya di Hospital USM Kubang Kerian.

Saya merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menziarahi beliau memandangkan saya berkursus di sini. Beliau cukup akrab di waktu kami di alam kanak-kanak. Di belakang rumahnya menjadi tempat kami selalu bermain , cuma bila dah dewasa ni, kami mempunyai komitmen masing-masing. Jarang sekali boleh bersua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Afzarin.