Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts

Misi Muslim | Perspektif Iqbal


“ Sesungguhnya seorang muslim itu tidak diciptakan untuk mengikut gelombang, lalu berjalan menuruti langkah manusia ke mana sahaja mereka berjalan dan berhadap. Tetapi seorang muslim itu diciptakan untuk menghadapi dunia, masyarakat dan peradaban, yang menentukan arah yang wajib dituruti oleh manusia, mendidik dan mengarah kehendak Islam kepada umat manusia kerana mereka punya “risalah”, punyai ilmu yang “yakin”, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dunia, perjalanan dan arah tujuannya”....
[ Muhammad Iqbal ]

Belajar Daripada Socrates


Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai”, jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?”, katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air”, tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan. Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?”, tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?”, geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?”, tanya Socrates.
“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!”, jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda”, kata Socrates.
“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku”, tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam





Sampaikan Dakwah

“Akan kusampaikan dakwah ini, biar sampai ke janin di perut bonda”
– Hasan al-Banna




Gratisan Musik

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Menjadi Seorang idealis


“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai idea, maka hendaklah kamu menjadi seorang yang berpendirian. Sesungguhnya kerosakan kepada idea berlaku, cukup dengan kamu berbelah bagi!” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Memotivasikan Orang Lain, Diri sendiri Bagaimana?

Situasi 1:
Ketika mengunjungi rumah ibu saudara, di ruang tamu kelihatan ibu sedang berbual-bual dengan sepupu saya yang memang terer dalam bab menjatuhkan orang @ merendah-rendahkan potensi orang lain. Lebih kurang macam inilah ayat nya.



Sepupu : Si faizul ni sibuk buat apa sekarang?
Ibu : Sekarang ni , dia banyak menerima jemputan berceramah motivasi di sekolah-sekolah. beberapa hari lepas pun dia ke Pulau Perhentian menerima jemputan berceramah di sana.

Sepupu : Hebat beri motivasi orang lain..diri sendiri termotivasi ke tidak... (dengan nada merendah-rendahkan orang)..bla..bla..bla..... x der guna.... bla.. bla... diri sendiri dah betul ke nak motivasi orang lain....bla..bla.... dan beberapa ayat sindiran yang rasanya malas nak tulis .... (takder brake emergency langsung)


Sudut pandang saya
Sekali dengar dengan nada bahasa dia ni, rasa tertusuk duri sembilu dibuatnya, apatah lagi bila mendengar dari orang yang memang kita sudah tahu akan perangainya. Yang suka merendah-rendahkan potensi orang lain. Bahasanya, bagaikan menggambarkan kita ni memang tak ada harapan. Tapi alhamdulillah, masih terngiang-ngiang modul si Katak pekak yang pernah di buat di SK Pulau Perhentian dulu.. yang mana modul ini memberi mesej supaya jangan dengar sangat kata-kata orang yang pesimis atau cuba merendah-rendahkan potensi kita.

Namun kekadang terfikir juga pada empunya diri, apakah selama ini saya sudah bersedia dan sudah memotivasikan diri sebelum saya terjun memotivasikan orang lain?

Teringat di awal penglibatan saya yang pada mulanya hanya lebih selesa berada di sebalik tabir pengendalian ceramah motivasi yang dikendalikan oleh motivator-motivator. Namun hari berganti hari, tiba di satu ketika, guru saya (motivator) memberi amanah supaya menggantikan atau menjadi sub motivator / trainer untuk program-program jemputan yang banyak, menyebabkan saya menjadi sebahagian daripada trainer jemputan pihak sekolah yang berkeyakinan dengan ceramah kendalian saya.

Bersedia Untuk Tidak Bersedia

Di peringkat awal , saya banyak menolak amanah guru saya kerana hadirnya saya sebagai pembantu guru ketika program motivasi hanyalah untuk memenuhi ruang dan minat saya untuk membantu di waktu kelapangan.

Pernah saya menyatakan kepada guru saya itu, "Saya tidak bersedia dan tidak terfikir untuk ke arah itu ( menjadi penyampai)" kerana saya lebih suka menjadi orang di sebalik tabir yang membantu menjayakan program kendalian guru saya. (sebenarnya saya lebih suka menjadi fasilitator semasa LDK sahaja)

Namun azimat guru saya ketika amanah diserahkan kepada saya, "Saudara harus bersedia ke arah itu, dan perlu juga menjadi orang yang selalu bersedia untuk bertindak atau bersedia untuk tidak bersedia (menerima amanah mengejut), kerana saya tidak selamanya menongkat langit".... bicara guru saya ini, disusuli dengan tugas kepada saya mencari kekuatan diri sendiri dengan mengutip apa sahaja mutiara kata untuk dijadikan azimat untuk mengukuhkan keyakinan kepada diri saya untuk menjadi seorang yang bersedia.

Mengutip Mutiara Hikmah dari pelbagai perspektif

Hikmah Surah Al-Asr :

Surah ini bukan sahaja mengajak kita untuk menghargai masa. Namun ayat ini juga merupakan saranan Allah SWT bahawa orang yang tidak berada dalam kerugian ialah orang yang selalu berpesan-pesan (memberi motivasi) kepada kebenaran dan kesabaran.

Lain-lain Hikmah Al-Quran dan Hadis

Al-Quran merupakan kitab dan panduan yang lengkap untuk umat Islam. Kebenarannya tidak perlu lagi diragui. Dan di dalam Al-Quran juga mengandungi kata-kata motivasi. Contohnya seperti:
-Bersegeralah
-Bersungguh-sungguhlah
-Berlumba-lumbalah
-Kuatkanlah kesabaranmu
-Bersabarlah
Dalam Sunah juga terdapat banyak ungkapan motivasi seperti:

-Bersegeralah untuk bekerja
-Jagalah sesuatu yang bermanfaat bagimu
-Ada dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu dengan dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang


Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf serta adiknya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”
[Yusuf 12: 87]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir!” [Al-Baqarah 2: 214]

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.


Daripada motivasi orang lain.

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini banyak membantu saya menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
p/s : Ekspresi dalam blog saya kali ini bertujuan untuk "refresh" kembali semangat tatkala dihilangkan oleh mereka-mereka yang pesimis. buat sepupu saya ni pula, kalaulah terbaca entry ni, elok benarlah sebab saya nak beri sesuatu renungan kepada kamu ... baca di bawah :

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]


“Baikilah diri anda dengan pengalaman orang lain-jadi anda akan dapat sesuatu dengan cepat berbanding dengan apa yang orang lain lakukan.”
Socrates


“Orang yang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang sederhana belajar daripada pengalaman sendiri,
Orang bijak belajar daripada pengalaman orang lain.”






Gratisan Musik
Detik-Detik Hidupku

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Erti Ketenangan : Al-Fatihah untuk Abang (Asrul Hisyam)

“Ketenangan itu milik hati-hati orang yang beriman, agar bercambah benih hikmah dalam setiap perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan apabila ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapi pasti ada kemenangan yg menanti”

Al-Fatihah untuk abang saya (Asrul Hisyam) yang di uji dengan ujian kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur. Rasa terdidik apabila beliau (Asrul) menghubungi keluarga dalam keadaan yang tenang walaupun beliau mengalami patah lengan kirinya kerana terjatuh daripada motosikal. Rasa hormat kepada abah yang tabah menerima berita ini .... rasa kasih kepada mama kerana naluri keibuannya terpancar mengenangkan bagaimanakah keadaan anaknya yang jauh menghadapi ujian ini. .. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bahaya bencana ya Allah...Limpahkanlah rahmat kasihmu , moga kami terlindung dari segala malapetaka.


iLuvislam.com Top Blog

Koleksi Kata Hikmah : Apabila Temanmu Berubah


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian. Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan.


Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.



Kata Hikmah @ penaFATIH

"sahabat, tika diri kelapangan atau dalam kekangan, AL-ASR punya tafsiran yang tersirat... disaat kehausan kecemerlangan, AL-MUKMINUN formula al-falah yang hebat... Bila jiwa dan hati diasak dan disentak dengan kemenangan musuh Allah, AS-SHOFF mengukuhkan iman di hati lantas bersama di Saff perjuangan".


Tak sanggup selamanya terlukatetapi ingatlah setiap titisan darah dari luka dan mengalirnya air mata adalah mahar kita ke syurga. Jika di tanya "mengapa berjuang itu pahit"? maka jawablah selangkah diriku di alam perjuangan, beerti selamanya dalam kepahitan, biarlah menangis,terluka,kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah.


Saidina Uthman R.A berkata Antara tanda-tanda orang yang bijaksana ialah apabila hatinya selalu berniat suci dan lidahnya selalu basah dengan zikrullah.


“Ketika aku muda dan imaginasiku bebas tanpa batasan, aku mengimpikan untuk mengubah dunia. Apabila aku semakin dewasa dan lebih bijak, aku menyedari bahawa dunia ini tidak akan berubah. Maka aku cuba melihat lebih dekat dan mengambil keputusan untuk mengubah hanya negaraku. Tetapi, ia juga, kelihatan tidak dapat digerakkan. Apabila aku memasuki penghujung usia, dalam satu cubaan terdesak, aku cuba mengubah hanya keluargaku, mereka yang hampir padaku. Namun tiada yang mahu berubah. Kini, ketika aku terbaring di atas katil menunggu ajal, aku tersedar: Kalaulah aku mengubah diriku dahulu, kemudian dengan menjadi contoh tauladan aku mengubah keluargaku. Daripada inspirasi dan galakkan mereka, aku mungkin bisa mampu untuk menjadikan negaraku lebih baik, dan siapa tahu, aku mungkin akan mengubah dunia.”

Perjuangan...
"Pada hari kamu dilahirkan, kamu menangis dan semua sanak-saudaramu tersenyum melihatmu. Berjuanglah... Agar kamu pula tersenyum gembira di tengah-tengah seluruh umat manusia meratap sedih atas pemergianmu..." Prof. Dr. HAMKA


Melayu itu Islam
"...Perjuangan kita memilih jalan sederhana dan di tengah-tengah, yang saya sebutkan selalu dengan Kebangsaan yang bulat. Kita menentang penjajahan tetapi tidak pula prokomunis. Kita mahu balik keadilan tanah air kita dan kebangsaan kita yang berdaulat, sebagaimana kita belum dijajah dahulu..." Petikan Ucapan Dr. Burhanuddin al-Helmy mempertahankan PKMM dari pengaruh Komunisme. (Ramlah Adam, 2004:94)

Konflik Tamadun
"...sarjana Islam dahulu memang pernah menimba ilmu dari Yunani dan Greek. Tetapi mereka pergi dengan iman yang kukuh, kritis dan mampu menyaring ilmu yang mereka perolehi. Mereka juga pergi tidak sebagai peminta sedekah. Sebab itu mereka akhirnya mampu membina tamadun baru Islam yang menyaingi tamadun sebelumnya..." -almarhum Prof. Ismail Faruqi

Tamadun?
"...jatuh dan bankrapnya tamadun Washington-Moscow tidak semestinya secara automatik; (tetapi mungkin) akan disusuli dan diganti oleh Islam..." -almarhum Malik Ben Nabi

Zaman ini...
"...semangat zaman kita ini ialah semangat perancangan. kita tidak boleh membina segala gerakerja berdasarkan emosi dan lantunan perasaan yang dibawa..." -Dr.Yusof al-Qardhawi

Bebaskan diri dari fitnah akhir zaman, api dilihat sebagai air dan bila air dilihat sebagai api.... ingin lemas dalam air yang sebenarnya api atau ingin berjuang dalam semarak api yang sebenarnya sedamai air??

“Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya berkembang dengan begitu pantas yang boleh mengejutkan manusia. Ia boleh meletus tiba-tiba sebelum para pemerhatinya mengenalpasti tanda-tanda amarannya yang menyebabkan ia sukar dikaji.” – Prof. Gibb


"Panjang sungguh penyeksaan dihempas ombak badai di lautan namun apalah sangat derita andai diriku ditemani sahabat-sahabat yang faham dan suka membantu atas nama ukhuwwah..." -Sahmura Di Tanjung, Faisal Tehrani-


"Adat orang belajar, andai tidak tahu bertanya, andai tersilap rela ditegur, andai keliru cari yang arif, andai punya pendapat suarakan agar diri terpimpin...bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar"


"Bertingkah bak tanah....dalam keterbukaan punya jatidiri, dalam fleksibel punya sempadan, dalam diam duduknya mampu meruntuh, juga mampu menjulang ke awan".
-az-zirah


"Bila hati cintakan ISLAM, masa terlalu singkat buatmu kerana gerak kerja ISLAM terlalu banyak menantimu..Ingatlah Allah disetiap langkahmu dan perkiraan masamu"


Ukhuwah itu indah andai bertemu dan berpisah kita kerana Allah... Bertemu kita tak jemu, berpisah kita tak gelisah, andai sengketa tak kekal lama, dalam denai perjuangan ini InsyaAllah selamanya kita bersama..