Kembara Ilmu : Hari - hari Terakhir di INTAN

Bergambar kenang-kenangan sebelum berpisah.



28 Ogos 2008 : Hari ini adalah hari terakhir saya dan teman-teman berkursus di INTAN. Selama 3 minggu berkursus, keakraban yang dijalin kukuh sepanjang berkursus terasa kehangatannya saat perpisahan tiba. Selama berkursus, bermacam-macam peristiwa suka -duka yang bakal meninggalkan kenangan apabila pulang nanti. Moga-moga kita semua dapat merealisasikan apa yang dipelajari sepanjang berkursus di sini.





Hari-hari terakhir barulah tiba giliran saya membuat pengucapan awam yang diwajibkan kepada semua peserta kursus sebagai nilai mata dalam markah kelulusan untuk pengesahan jawatan. Saya memilih untuk memberi pengucapan awam bertajuk Generasi Muda Mengangkat Bangsa, Membina Negara. Kali ini saya cuba mempraktikkan kaedah pengucapan awam dengan menghuraikan point dan memperkayakan kata falsafah dan pantun melayu spontan. Sekadar mempraktikkan apa yang di pelajari di kelas pidato tempohari.

Ramai-ramai menyanyikan lagu
Kenangan Terindah nyanyian Samson. Saya tak ikut
serta sebab tak tahu senikata.

Apa-apapun terima kasih kepada semua warga INTAN terutama Puan Zaleha, Mama, En. Fakhruddin dan yang sedia menerima kami sebagai peserta kursus serta sedia menerima kenakalan kami semasa senda gurau. Mohon kemaafan atas sikap kami tidak memberi peluang kepada warga INTAN untuk memenangi perlawanan-perlawanan sukan yang dipertandingan seperti futsal dan bola tampar. Semoga segala aktiviti yang dijalankan akan menjadi suatu kenangan terindah buat warga INTAN Tengah.

Amir, Zulkarnain dan Imam Muda (Isahak).

Saya, Haizat, Zulkarnain, dan Amir.
2 orang di bawah ialah Khairul Chong Wei dan Harry.

Terima kasih juga kepada teman-teman sekursus seperti Aizat, Amir, Chong Wei, Imam Muda , Zulkarnain atas keakraban semasa berkursus. Canda gurau antara kita memang selalu menjadi ingatan. Ada masa datang Kelantan, hubungi aja.



Akhirnya, seorang-seorang demi seorang meninggalkan hostel. Dan hostel yang selama ini bising akhirnya lengang dan hanya tinggal peserta yang terakhir iaitu saya dan Zulkairnain. Cukup untuk kami membuat rekod sebagai peserta yang terawal datang ke Intan , dan yang terakhir meninggalkan Intan.

Teman-teman dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Pengalaman Naik Bas Tambahan

29 Ogos 2008, Saya terpaksa bermalam di rumah abang saya di Kuang Selangor memandangkan tiket saya untuk pulang ke Kelantan adalah keesokannya (29 Ogos). Malam itu cukup ramai dengan penumpang-penumpang yang akan pulang ke Kelantan. Maklumlah cuti perayaan Hari Kebangsaan dan Hari pertama puasa. Nak dijadikan cerita , dalam penumpang kesibukan berebut menaiki bas tambahan menuju ke destinasi, punyalah idea manusia yang baik, saya cadangkan untuk memberi peluang kepada penumpang-penumpang lain untuk memenuhi bas-bas terawal, nanti dapat giiliran bas ke Kelantan yang terakhir nanti tentu selesa sikit. Bukannya apa, barang yang akan dibawa pulang terlalu banyak.

Sebelum meninggalkan hostel, bergambar kenang-kenangan
berlatarkan bangunan Menara Ilmu INTAN.

Macam pakai beg payung terjun pula.. Nak terjun ke tu??

Fail kursus-kursus selama sebulan, beg kembara dan laptop sehingga tak terdaya untuk saya turut sama berpesta berebut tempat duduk. Seorang kakak dari UIA pula setuju untuk mengikuti idea bernas saya itu.. Akhirnya sampai bas terakhir, rupa-rupanya kami menjadi mangsa keadaan. Rupa-rupanya si penjual tiket tambahan menjual tiket melebihi kuaota bas . Lebih 8 orang termasuk saya terkandas untuk ke Kelantan. Alternatifnya, kami kena ambil bas ke Terengganu memandangkan bas itu sahaja yang kekosongan penumpang. jadi bila sampai di Terengganu, barulah kami kena ambil inisiatif sendiri ke Kelantan. Kakak UIA yang bersetuju dengan idea saya, menggunakan kepakaran ilmu psikologinya dengan menghentam semahu-mahunya pengurus bas tambahan yang sudah kepeningan... Saya dan abang saya pula, saling membuat idea lawak untuk hiburkan hati.




Akhirnya saya mengambil keputusan untuk ke Terengganu. Mengapa tidak untuk saya tamatkan pengembaraan saya ke Terengganu. Terlintas di fikiran saya untuk melawat Taman Tamadun Islam. Jadi bolehlah saya melawat negara-negara Islam sekaligus dalam masa sehari.
Jadi bermulalah pengembaraan saya ke negeri seterusnya iaitu ke Terengganu. Insya Allah, sepupu saya akan menjemput saya di sana.


penaFATIH : Sebenarnya di Kelantan, 28-30 Ogos 2008 saya sebagai sebagai Alumni ESQ Angkatan ke-5 mempunyai komitmen untuk menjadi urusetia Training Leadership ESQ bertempat di Perdana Resort, PCB, Kota Bharu, Kelantan. Inilah kali pertama Training ESQ di adakan di Kelantan. Trainernya ialah Pak Aminul Rachman Pulungan. Saya ingat program saya akan berakhir di Training tersebut. Tapi apakan daya, Allah takdirkan untuk saya mengembara ke sebuah lagi negeri. Insya Allah, Training ESQ kali ke 2 di Kelantan akan saya infaqkan masa saya ke sana kelak.