Kembara Ilmu : Kursus Lanjutan Juruteknik Komputer





Seminggu berada di All Son Klana berkursus. rutin hariannya ialah belajar kemahiran-kemahiran yang memberi nilai tambah kepada seorang juruteknik Komputer seperti saya.



Cukup bermakna kursus ini di adakan, walaupun ada beberapa kemahiran yang sedikit sukar, kerana ada beberapa skill tentang sistem operasi komputer ini bagi saya memerlukan masa kursus yang panjang supaya dapat dihadam dan difahami.

Kursus ini dikendalikan oleh En Rozaimy dan En Zamri Budiman yang merupakan "Otai" dalam bidang ICT kerana sudah menceburi bidang kerjaya ini sejak 14 tahun lalu. Terima kasih kepada mereka berdua atas tunjuk ajar ilmu yang begitu mantap!


Ambil peluang melawat kawasan bebas cukai di Nilai.

Bergambar di hari akhir kursus sebelum pulang
ke destinasi masing-masing.