Kembara Ilmu : Mengembara ke 21 Negara versi 1

Stadium Sukma

30 Ogos 2008 : Pagi-pagi lagi saya sudah merancang dengan sepupu saya, abang nasaruddin untuk ke Pulau Wan Man, untuk melihat lebih dekat Monumen-monumen Tamadun Islam di sana. Saya belum berkesempatan sebelum ini untuk melawat tempat tersebut memandangkan komitmen diri terhadap program dan kerjaya. Adik saya, Nur Atiqah kini belajar di Institut Perguruan Kuala Terenganu, jadi saya ajak dia sekali. Dialah mewakili adik beradik yang menjadi cikgu mewarisi tradisi ma dan abah...Kebetulan cikgu atiqah ni ada aktiviti bowling dengan rakan-rakan segurunya di Stadium Sukma (Stadium Sultan Mizan). Jadi selepas tamat aktiviti , terus saya jemput cikgu tiqah ni melancong bersama.

Gerbang utama ke Taman Tamadun Islam

Jadi, bermulalah lawatan ke 21 buah negara yang diwakili oleh monumen-monumen masjid di negara-negara Islam oleh saya bersama adik dan keluarga abg nasarudin. Apabila melepasi gerbang pintu masuk Taman Tamaddun Islam, monumen pertama yang pertama dilihat ialah Kubah As-Sakhra , bangunan yang selalu disalah tafsir oleh masyarakat kita bahawa bangunan kubah itulah dinamakan masjid Al-Aqsa. Anak-anak muslim di seluruh dunia ini sering kali dibingungkan dengan kedua masjid tersebut sehingga akhirnya mereka mempunyai referensi yang salah terhadap mana Masjid Al Aqsa yang sebenarnya.



Ramai yang menyangka bahwa Masjid Al Aqsa yang sebenarnya adalah masjid dengan Kubah Emas di atasnya iaiatu Kubah As-Sakhra, yang berdiri tepat di samping tembok ratapan umat Yahudi. Tembok ratapan umat Yahudi sendiri sesungguhnya adalah Tembok Buraq, yaitu tembok tempat Rasulullah saw mengikat Buraq, kendaraannya ketika Isra Mi’raj. Sekarang tembok ini dikuasai oleh Israel dan dijadikan Tembok Ratapan.

Inilah masjid Aqsa yang sebenar

Inilah agenda Yahudi. Bertujuan memperbodohkan masyarakat dunia khususnya umat Islam dengan tujuan, memudahkan mereka merobohkan masjidil Aqsa yang sebenar untuk dibina kuil Haikal Sulaiman di atas robohan masjid tersebut.

Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahwa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi yang dinamakan “Messiah” (Al Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah (Al Baqarah)

~The Guardian Magazine~
Masjid Kristal


Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Masjid Kristal . Entah mengapa, masjid ini tidak begitu memberi kesan kepada jiwa saya, ada benarnya juga kata Hilmi Ramli (presiden PKPIM) , masjid ini tidak memberi kesan mendalam bagi mereka yang selalu menziarahi masjid kerana mungkin kerana jauh dari lokasi penduduk. Mungkin juga dengan kos yang berjuta sebenarnya Masjid Kristal layak diangkat sebagai bangunan lokasi pelancongan, bukan sangat rumah Allah yang perlu diimarahkan dengan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama, solat, zikir, qiam dan sebagainya.



Ada baiknya samada kerajaan Negeri dan pusat menjadikan Taman Tamaddun Islam ini sebagai Tempat yang akan dilangsungkan majlis tilawah Al-Quran Antarabangsa setiap tahun sebagaimana di Taman Maeps Serdang yang dijadikan Kompleks Pameran MAHA setiap 2 tahun sekali. Ataupun diadakan program-program Islam yang boleh mengajak masyarakat terlibat sama. Supaya tempat ini tidak hanya dianggap kawasan perlancongan sahaja. Malah , sebagai kawasan yang akan menzahirkan juga ketamadunan insan.



Semoga walaupun Taman Tamadun Islam ingin dipersembahkan melalui monumen replika yang menelan kos yang banyak, pihak kerajaan juga perlu juga memikirkan cara untuk memperbetulkan budaya hidup masyarakat yang kini telah rosak akibat tamadun kebendaan gaya barat yang kini sedang dialami Negara. Supaya masyarakat dapat meningkat ketamadunan material yang berasaskan ketamadunan insan.

Ini Masjid Sulayman Turki.... Bilalah saya boleh tercapai impian
mengembara ke Turki??

Aktiviti ketamadunan insan yang menjuruskan kepada kualiti hidup manusia disemua peringkat harus dipergiat oleh kerajaan terutama meningkatkan kualiti rakyat yang berada digaris kemiskinan, budaya hidup murni yang berasaskan kepada pegangan takut kepada Allah , pemerintahan yang memberi keutamaan kepada perlaksanaan syariat yang menjamin keadilan kepada semua rakyat , memberi keutamaan kepada keperluan asasi , keselamatan dan keilmuan rakyat , sistem urustadbir Negara serta menjaga keharmonian dan kestabilan alam sekitar. Baru lengkap matlamat diwujudkan Taman Tamaddun Islam di sini.

Saya, cikgu atiqah dan anak sepupu, Wawa yang tak lawa.hehe

penaFATIH : rasa macam tidak sempurna sebab tak dapat masuk ke kawasan monumen Taman Tamadun Islam. Adik saya, cikgu atiqah pun turut rasa sedemikian. Kami sekadar boleh berlegar di luar pagar sahaja. Moga-moga ada peluang untuk masuk ke dalam Taman TTI itu kerana hari ini agak kesuntukan masa untuk masuk sebab Atiqah perlu pulang ke maktab sebab ada program kerohanian sambutan kemerdekaan di tempatnya.