Savannah Hill (Johor Baru) : Kalau di beri peluang untuk anda membuat pilihan mengikut keutamaan iaitu Sosial, Ekonomi, Pendidikan dan Politik... apakah keutamaan anda? Inilah satu aktiviti dalam kumpulan semasa saya mengikuti Kursus Kenegaraan Anjuran Biro Tatanegara bertempat di Savannah Hill , Johor Bharu. Cukup menarik apabila aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) memberi peluang seluas-luasnya.. Fasilitatornya En.nasir bujang, cukup mantap menjadi pemudah cara dan mempunyai input dan fakta tentang sejarah-sejarah Malaysia dan Kesultanan Melayu Melaka yang tidak dapat dinafikan kesahihahannya.
Dalam kumpulan saya ini... mempunyai keutamaan masing-masing dalam membuat pilihan. Ada yang meletakkan politik sebagai pilihan utama, ada yang meletakkan sosial dan ekonomi sebagai keutamaan. Dan saya dan sebilangan kecil yang lain memilih pendidikan sebagai keutamaan. Maka berlakulah perdebatan antara yang memilih politik dan pendidikan. Manakala yang memilih ekonomi dan sosial yang sekadar "Supplement" sahaja dalam perdebatan ini.
Pendidikan Merentas dan mengukuh Politik, Ekonomi, Sosial.
Pada pandangan saya , untuk mengukuhkan hujah saya kenapa Pendidikan lebih penting.. saya yakin bahawa memilih pendidikan sebagai keutamaan kerana ia merentasi ketiga-tiga pilihan yang lain. Kerana ketiga-tiga pilihan tersebut adalah fitrah rutin manusia dalam bermuamalat.
Bicara sahaja soal ekonomi, ia sudah bermula sejak dahulu kala lagi daripada sistem barter kepada sistem matawang sekarang. Berbicara Konteks Sosial seperti bermuamalat, persaudaraan, hidup bermasyarakat, rukun tetangga, dan sebagainya juga merupakan fitrah komunikasi antara manusia . Begitu juga dengan politik yang bukan sahaja berkisar pada pilihanraya semata-mata, malah tentang diplomasi, perperangan, kedaulatan , juga merupakan fitrah manusia.
Maka, ketiga-tiga itu perlu berpaut dan berakar daripada pendidikan. Kerana jika ketiga-tiga itu tidak bersandar kepada ilmu, maka akan berlakulah pergolakan dalam melaksanakan fitrah tersebut. Dalam ekonomi berlaku penindasan semasa menjual beli seperti riba, dalam sosial tanpa bersandar ilmu akan berlaku kepincangan dalam perhubungan masyarakat seperti konteks munakahat (pernikahan) , hak pembahagian harta, dan sebagainya. Begitu juga dengan politik.
Tanpa ilmu kuasa politik akan disalah gunakan dek kerakusan manusia yang ingin lari dari fitrah seperti perebutan kuasa secara ektrem, pembunuhan demi kuasa, atau penindasan antara golongan yang merebut kekuasaaan dalam politik. Itulah asas hujah saya kenapa pendidikan menjadi keutamaan.
Qudwah Nabi
Saya juga menyentuh tentang cara dakwah Nabi Muhammad SAW. Bagaimana baginda memulakan dakwah baginda selama 13 tahun di Makkah. Apakah yang baginda mulakan selepas menerima wahyu dan menjadi rasul. Baginda menyeru manusia dengan mengajak manusia kembali kepada fitrah dengan mentarbiyyah ( Mendidik). Lihat sahaja para sahabat yang ditarbiyyah hasil dakwah baginda sebermulanya dakwah secara rahsia selama 3 tahun kepada keluarga dan kawan :
-Generasi As Sabiqun al Awwalun: Khadijah, Zaid, Ali, Abu Bakar
-Abu Bakar Islamkan Uthman Affan, Zubair Al Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqqas,
Talhah bin Abdullah
-Bilal, Abu Ubaidah Al Jarrah, Khabbab, Abdullah Mas'ud, Al Arqam, Said b Zaid,
Selama tiga belas tahun baginda mendidik para sahabat. Bukan usaha mereka mengusai Makkah dengan jalan politik. Baginda mungkin sahaja boleh menguasai Makkah kerana baginda merupakan keturunan pembesar -pembesar Makkah. Tapi keutamaan baginda ialah mendidik umat. Bahkan Wahyu berupa ayat-ayat pendek turun berterusan pada masa ini dan penekanan wahyu ini lebih kepada aqidah. Jadi ia berkisar kepada ilmu dan fitrah. Bahkan baginda pernah menolak tawaran-tawaran pembesar makkah yang terdiri daripada bapa sauadra baginda untuk memberikan kekuasaan asalkan pendidikan dakwah baginda dihentikan. Baginda menolak.
Bukanlah politik tidak penting. Tetapi bagi saya ia diletakkan pada tahap kedua selepas pendidikan. Lihat sahaja selepas Nabi mendidik para sahabat. Bagi saya baginda SAW mendidik para sahabat untuk menjadi pengikut yang baik. Bak kata orang, kalau ingin menjadi pemimpian yang baik, kita kena punya pengikut yang baik dan patuh.
Lihat sahaja apabila aqidah dan keilmuwan para sahabat mantap hasil tarbiyyah nabi, akhirnya bagi melalui jalan seterusnya iaitu jalan Politik melalui Hijrah ke Madinah. Hijrah Nabi ke Madinah juga berlaku secara serentak penyelesaian di sudut sosial dan ekonomi. Lihat sahaja AbdulRahman Bin Auf memfomulasikan bisnes ekonomi beliau di madinah untuk menandingi Perniaga -peniaga yahudi yang menindas. Lihat sahaja baginda SAW melakukan konteks sosial dengan mempersaudara Aus dan Khajraj menjadi Kaum Ansar . Kemudian baginda menyatukan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin. Lihat!! Tidakkah semuanya hasil Tarbiyyah (pendidikan) baginda kepada para sahabat... Jelas, Pendidikan menaungi tiga aspek fitrah manusia iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial...
Rumusan sepanjang di BTN
Saya tinggalkan debat Politik VS Pendidikan . Apa yang pasti saya berasa bertuah dapat mengikuti kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara ini. Sekurang-kurangnya Kursus Kenegaraan yang menekankan aspek Negara Malaysia dan tugas saya dan teman-teman lain sebagai penjawat awam membuat saya merindukan kembali Buku Sejarah semasa SPM dahulu. Kalau dahulu Teks Sejarah saya baca kerana orientasi peperiksaan semata-mata. Kini saya amat meminati sejarah kerana ia sebahagian dari saya untuk mengukuhkan jatidiri dan kecintaan kepada tanah air. Saya lebih bersikap akademik. Sebab itu memilih Pendidikan sebagai keutamaan. Kalau Politik, nescaya saya akan berfikiran pro dan kontra sebab politik bersifat partisan walaupun ada cara politik secara diplomatik , tetapi pendidikan ia merentasi perbezaan ideologi, partisan demi ilmu.
penaFATIH : Sekarang saya merasa amat rindu kepada Pak Khalid dan Pak Daud yang menjadi jurulatih malah ayah kami semasa di kem. Teman-teman kursus yang lain juga merasa perkara yang sama.. Malah betul kata Pengarah Kem, balik nanti pasti termimpikan Pak Khalid dan Pak Daud. Ish.. memang termimpi pun.... Rindu kepada jenaka "ghimau" beliau, senaman unik, joging sambil menyanyi lagu urat dawai- tulang besi, dan yang paling penting tazkirah beliau semasa selepas maghrib dan subuh berkaitkan tentang tanggungjawab dan amanah. Sentuhan beliau (pak khalid) bagai seorang ayah mendidik anaknya.
p/s : Terkilan sebab saya dan kawan2 dalam kumpulan tak kesempatan mengenali En Nasir Bujang (fasilitator kami) sepanjang LDK. Tak perasan langsung kami. Rasa bersalah dalam hati kerana tidak dapat mengenali beliau. Sepatutnya kami lah perlu bertanya. Sekarang inipun saya merasa rugi sebab tak kesempatan ambil alamat beliau. Kalau tidak, bolehlah berkongsi ilmu sebab beliau sememangnya fasilitator yang mantap!!