31 Mei 2008 lepas, saya ditugaskan menyambut teman-teman PKPIM dan PII (Pelajar Islam Indonesia) di Sekretariat ABIM Kelantan terdiri daripada Secretary General , Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara, Zaid Markarma merangkap Presiden PII ,Amelia (Hewi PII) , Mariati, Abu, dan Anuar Musa.
Kehadiran delegasi ini bertujuan untuk transit sementara di Kelantan sebelum meneruskan misi delegasi mereka ke Thailand bertemu dengan pimpinan pelajar Islam di sana. Banyak yang dapat kami bertukar pengalaman dan pendapat mengenai hal ehwal semasa mengenai situasi pelajar dan belia Islam kedua-dua negara.
Mereka bermalam sepanjang 3 hari di sini memandangkan ada beberapa urusan yang melibatkan visa terpaksa dilakukan di sini. Pengalaman bersama mereka sedikit sebanyak dapat meninggalkan kenangan di mana dapat memenuhu hajat Abang Zaid dan Amelia untuk menikmati durian di sini. Maklumlah sekarang ni kan musim durian. Jadi sempatlah saya membawa mereka ke Bandar Islam Satelit Wakaf Che Yeh untuk membeli sebanyak mungkin durian untuk dinikmati.
Alhamdulillah , walaupun saya ada komiten kerja semasa kehadiran mereka kesini, namun sempat juga menyantuni selepas tamatnya waktu kerja dan di waktu malamnya. Rasanya dah menjadi kewajipan untuk memastikan perjalanan mereka sepanjang berada di sini sehingga ke sempadan Thailand sentiasa selamat .. moga-moga misi mereka ke sana akan tercapai...
Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Kelantan Bergambar
bersama Setiausaha Agung Persatuan pelajar Islam Asia Tenggara.
bersama Setiausaha Agung Persatuan pelajar Islam Asia Tenggara.
Selesai membuat tukaran wang Thailand.
Bersama Paklah menikmati pau Ayam... terima kasih
kerana sudi menemani delegasi.
Bodyguard from Beijing...
haa..kan dok Beijing neh?? hehe... ni Masjid 3 ciri budaya , melayu,cina dan india..
tapi seni bina cina yang paling dominan. Masjid ini lokasinya di pintu masuk bandar bebas cukai
Rantau Panjang.
Selamat Mengembara para delegasi serumpun!!
Bersama Paklah menikmati pau Ayam... terima kasih
kerana sudi menemani delegasi.
Bodyguard from Beijing...
haa..kan dok Beijing neh?? hehe... ni Masjid 3 ciri budaya , melayu,cina dan india..
tapi seni bina cina yang paling dominan. Masjid ini lokasinya di pintu masuk bandar bebas cukai
Rantau Panjang.
Selamat Mengembara para delegasi serumpun!!