

Isi bicaraku tidak jauh bezanya dengan kuliah yang selalu aku sampaikan kepada pelajar-pelajar di kem atau program lain. Ia berkisarkan kepada fitrah manusia, kaedah membina sikap, mengekalkan sikap positif dengan memilih kawan dan membina persepsi positif tentang diri sendiri dan orang lain. Semoga ia sedikit sebanyak membuka minda mereka untuk memahami isi penting tazkirah ini.

penaFATIH : Alhamdulillah, selesai sahaja tanggungjawab menyampaikan kuliah, Sri Permai mula dibasahi dengan hujan rahmat, dan urusetia sempat menyimpan semua peralatan multimedia ke khemah yang selamat.