Futur VS Bimbingan sahabat



Lagu : Futur
Artis : Fatih


Kadangku merasa bimbang
Berada di dunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Di jalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku


___________________________________________________

Pengalaman aku : Hampir Futur




15 Jun 2008, sekali lagi saya diundang berkursus di Hotel Sutera Inn di Kota Bharu. Kursus ini bertujuan mengumpulkan semua Juruteknik Komputer seluruh Kelantan di bawah Jabatan Pelajaran Kelantan. Seronok dapat berkumpul rakan sejawat... lebih teruja bila 4 orang dikalangan mereka terdiri daripada teman-teman saya semasa di Sekolah Menengah Teknik Bachok dahulu, walaupun mereka terdiri daripada junior-junior (batch kedua) dan hanya seorang sahaja iaitu Azrul yang merupakan rakan sekelas semasa di sekolah dahulu...


Namun kehadiran saya ke kursus kali ini tidak seperti biasa...kali ini perasaan saya cukup berbaur pelbagai perasaan. Susah hati, marah, rasa bersalah, teringat tentang perselisihan dengan rakan aktivis, teringat tentang tikaman belakang sahabat baik, kisah teman yang berdiam diri , dan banyak lagi ..semuanya bercampur baur. Timbul juga rasa kasihan kepada adik-adik aktivis (PPIK) yang telah ku hemburkan "Kemarahan" terpendam kepada mereka tanpa mereka tahu apa kesilapan mereka. Teringat akan seorang adik pelajar akhawat yang menangis kerana kali pertama melihat sikap zalim aku kepada mereka. Sengaja aku lakukan kepada mereka ...mungkin kerana ku biarkan emosiku memimpin supaya aku lakukan sesuatu biar sekeliling aku menjadi marah kepada ku... mungkin inilah alasan yang paling mudah untuk ku berundur daripada tanggungjawab.

Dalam keadaan hadirnya problem itu secara serentak, menyebabkan saya rasa terduduk, rasa
bersalah yang teramat...semangat motivasi saya luntur...bayangkan apabila selesai sahaja kursus, teman-teman Juruteknik Komputer yang lain mengambil peluang untuk berkumpul sesama mereka samada untuk makan bersama-sama, berbincang dan sebagainya.... namun saya dalam keadaan nanar, melangkah lemah ke kamar hotel , dan aktiviti saya hanyalah melabuhkan kepala di katil, termenung atau tidur. ada juga aku di tegur oelh sahabat-sahabat sejawat bertanyakan kenapa nampak tak bermaya... dan kenapa tampak diam sahaja sepanjang sesi... rupanya ada kawan2 yang memerhati.



Di kepala hanya terbayangkan aku sudah letih berdepan dengan pelbagai ragam manusia, ingin sahaja rasanya untukku beruzlah (bersendirian) atau aku lakukan sesuatu yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini ...iaitu Futur (meninggalkan medan juang) sahaja dari apa yang aku lakukan sebelum ini. Biarlah mereka menangis, biarlah semua yang telah aku bina berkecai begitu sahaja. Aku tahu kalau aku berundur pasti ada yang lebih baik yang akan menggantikan aku.

Namun perancangan Allah maha hebat... Dia menguji , kemudian memberi petunjuk . Dalam keadaan diri yang berbaur... telefon bimbit tidak henti -henti menerima pesanan sms daripada adik-adik . Kalau tidak sms, kesanggupan adik-adik untuk menghubungi ....menghabiskan kredit mereka untuk berbincang... degil sungguh mereka ni... Selangkah kakiku memilih jalan untuk Futur, kaki kananku dipaut erat adik-adik yang teguh pendirian setelah semangat jatidiri dan tarbiyyah mereka dibina... tak sanggup melihat gurunya futur??

Bahkan seakan babak-babak ini di atur oleh Allah, kamar hotelku didatangi oleh rakan yang sudah sekian lama menghilang kerana membawa diri membina kariernya dalam kerjaya sebagai pegawai imegresen di Johor Bharu, Akram Hakim seakan memahami bahawa aku perlukan sesorang yang dipercayai untuk meminta pendapat....lebih-lebih lagi dikala semangat ku yang perlu dipulihkan. Kehadiran sebenarnya bertemu dengan ku adalah untuk menuntut sedikit bahan visual dan tarbiyyah yang ingin dibawa ke Johor untuk misi dakwahnya..

Dia mendengar....bahkan menjadi pendengar yang baik... membiarkan sahaja aku meluahkan apa yang terpendam.... rupa-rupanya apa yang aku lakukan semasa itu adalah apa yang pernah
dia lakukan dengan menjadikan aku sebagai tempat dia melepaskan apa yang terpendam.. nasihatnya seakan "refresh" semula apa yang pernah aku nasihatkan kepadanya dulu...
mesej pesanan ringkas yang beliau hantar kepadaku sebagaimana yang aku catatkan dibawah adalah apa yang terangkum daripada nasihatnya kepada ku :

Jalan dakwah ini tidak pernah sunyi dgn ujian (29:2) juga bukan jalan singkat (9:42) dakwah memerlukan pengorbanan (49;15) jangan mudah kecewa dan sedih, Allah sentiasa bersama kita(9:40)

Abg afzan , ana nak bertolak dah ni, Tq utk bahan 2 yg anta bagi tu, ana doakan anta sentiasa kuat hadapi cabaran dlm perjuangan. Semoga anta sentiasa suksess...
Tidak lupa juga, kiriman sms daripada muslimah kecil yang menangis kerana "kezaliman"ku yang memenuhi ruang kad sim telefon bimbitku :

Semalam..kau suntik semangatku dalam jemaah.. hari2 berlalu aku riang dan tabah dalam membentuk hati-hati setap sahabat yang telah ku kutip semangat mereka. Bila mereka patah semangat, ku cuba barakan perjuangan ini kembali... kadang2 ku juga hampir tersungkur dengan cabaran ini tetapi kau menginsafkan aku ttg semangat dalam jemaah ini...

Ya setiap dugaan ada hikmahnya, mereka bersatu di puncak ukhwah...menyemaikasih sayang yang tercipta, syukurku pada tuhan x terhingga...

hari-hari itu, aku tergelincir kerana masalahku sendiri. bukan aku ingin menepi, ttp ingin menyepi seketika...membaluti luka-luka yang tidak diketahui...

Kini aku gagah kembali.. namun kau menghukumku tanpa ku ketahui khilafku, inikah sahabat yang ku anggap seperti saudara dan abang sendiri??

Sungguh kau mengecewakan... kuanggap kau lebih matang dalam menangani mereka di bawahmu.. ku hanya muslimah kecil biasa, punya perasaan dan harga diri bila diperlakukan hukuman sebegini. Mana yang dikatakan ukhawah?? tinggal kenangan??

Bicaralah setulusnya, tentang impian dan pengertian hidup ini... mengertilah maksudku ini kita bina tugu ukhwah, yg dipagari besi kedewasaan yg teguh berdiri megah di hati-hati kita.. x tumbang dek rintangan...
Tidak lupa juga panggilan telefon jauh dari adik dari UIA Nilai , yang sanggup menghubungi demi meminta nasihat... nasihat yang aku lontarkan kepadanya sebenarnya aku tujukan pada diriku sendiri. Hampir dua jam lamanya... Yang pastinya, kali ini, aku menerima tarbiyyah kembali dari adik-adik yang selama ini aku bimbing.

Esoknya bagai seorang yang baru, aku cuba menuruti sahaja nasihat adik-adik PPIK untuk melaksankan satu formula iaitu : hemburkan kemarahan yang terpendam melalui saluran yang baik... bagus betul formula ini... kalau di zaman kanak-kanak, bila aku nak marah, aku lontarkan barang yang aku paling sayang ke dinding... sampai pecah.. teringat dahulu bagaimana aku pecahkan robot mainan Transformers kesayanganku... padan muka aku masa itu...



Kali ini formula itu aku turutkan... aku kumpulkan semua kemarahan , sakit hati, resah , gelisah yang terpendam.... lalu kuluahkan dalam bentuk saluran aktiviti berkumpulan dalam kursus komputer itu. Kebetulan malamnya ada persembahan perbentangan. Dan aku dilantik menjadi ketua bagi satu kumpulan...


Kami Melaksana tugasan yang diberikan... Perbincangan dalam kumpulan di hangatkan... kemudian disusur dengan kaedah perbentangan power point..biarlah perbentangan itu jadi tercantik dan persembahan itu yang terbaik... dan aku menjadi pembentang ... ku aktifkan formula adik PPIK... luahkan segalanya yang terpendam melalui saluran yang baik...


Nampaknya respon itu positif... audien memberi tumpuan... gayaku mengalahkan ahli politik walau hanya membicarakan tentang kerosakan komputer semata-mata. Berkat Formula yang diaktifkan... kumpulan aku meraih kumpulan terbaik perbentangan... Bagus betul idea adik ni.. Aku fikir juga, kalau kemarahan aku hemburkan secara emosi...rasanya habis hancur komputer-komputer aku campak kan kedinding.....


Menerima Hadiah untuk persembahan terbaik


Babak seterusnya, aku dihiburkan (sungguh indah aturan tuhan) dengan sebuah lagu nasyid bertajuk Futur nyanyian Kumpulan Fatih dari Indonesia yang aku "embed" di atas cukup memberikan maksud persamaan terhadap jalan ceritaku hari ini. Terima kasih buat semua.. di kala aku hampir futur, adik-adik dan sahabat-sahabat cuba mendampingi dan membimbingku...

p/s : Selalu aja kita baca Surah Al-Asr. Sedar tak kita bahawa surah ini memberikan kita erti bimbingan motivasi kepada kita sebagai orang muslim. Kita hanya anggap baca surah ni sebagai memotivasi kita agar menghargai masa. Sebenarnya ada banyak lagi nilai yangboleh di ambil . Contohnya 2 ayat terakhir surah ini. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan Berpesan-pesan dengan kesabaran.

Berpesan-pesan dengan kebenaran iaitu memberi nasihat dengan memberikan semangat , teruskan perjuangan samada dalam menntut ilmu atau apa-apa usaha yang dilakukan, menegur yang tersilap, amar maaruf dan nahi mungkar.

Berpesan-pesan dengan kesabaran pula iaitu kita memberikan nasihat kepada teman kita supaya bersabar bila berdepan dengan cabaran. Yelah..kadangkala realitinya , dikalangan kita ada yang semangatnya lemah, maka wajiblah kita bangunkan mereka. Selain itu juga kita wajib nasihatkan kepada mereka yang jenis semangat tinggi. Sebab kadang-kadang bila dia terlebih bersemangat, dia pula tinggalkan yang lain dibelakang, maka golongan ini juga harus dinasihatkan agar bersabar.