Excellent Student Leadership : Membina Karakter Kepimpinan Pelajar Islam

Soalan yang memerlukan jawapan kreatif dari anda.... :

“Molekul-molekul yang wujud dalam asid Jus Oren campuran Ais (molekul hidrogen termampat) mampu membantu pembangunan Teknologi dalam pembangunan penciptaan baru Helikopter moden”


Pembayangnya :
Pelbagai idea baru yg dicanangkan oleh saintis kini bagi mengurangkan kos penggunaan minyak yang tinggi.. atau penggantian minyak kepada molekul lain..
hasil gabungn dua unsur yg berbeza bleh mnghasilkan satu elemen yg kuat..

Terangkan secara kreatif dan sains tentang gabungan dua unsur ini boleh menjadikan ia sebagai bahan bakar kedua dalam pembangunan teknologi helikopter ??

ok ..saya tinggalkan sementara persoalan di atas... Bagi yang mengikuti kursus Excellent Student Leadership ( ESL ) yang lepas , sememangnya soalan ini memberikan kenangan terindah kepada mereka. Namun bagi yang baru membaca entry ini. Ayuh saya ingin berkongsi pengalaman saya dan teman-teman ABIM -PPIK mengendalikan program Kepimpinan untuk mahasiswa dan pelajar dalam program ini.



ALhamdulillah, program kali pertama yang dianjurkan cukup meriah.. penyertaan di kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa IPT cukup membaerangsangkan. Apatah lagi bantuan teman-teman di setiap kampus di Malaysia serti teman-teman UiTM, UIAM , UTM , UM dan lain-lain yang juga anak-anak Kelantan membantu menjadi pemudahcara dalam program ini.



Memang program ini membuahkan satu halatuju kearah pembentukan jatidiri pelajar Islam mendepani cabaran mereka sebagai seorang Pelajar. Cabaran yang bukan sahaja diukur dari segi persaingan mereka merebut capaian tertinggi pointer CGPA, malah cabaran yang datang dari sudut yang pelbagai. Kesemuanya didedahkan bukan untuk dijadikan elemen yang menakutkan malah sebagai memberi ruang kepada mereka supaya menilai apa yangterbaik perlu mereka lakukan sebagai seorang mahasiswa.



Cabaran budaya pergaulan bebas, Kristianisasi, ajaran sesat, free thinker kesemuanya telah didedahkan oleh teman saya saudara Anwar Shazali yang merupakan Naib Presiden Kebangsaan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) supaya generasi baru pelajar bersedia dan berjaga-jaga terhadap cabaran ini yang kelak bukan sahaja menjatuhkan harga dan maruah diri , malah ugama dan bangsa juga turut akan tercalar.

Saya juga turut tertarik bila melihat pemikiran ilmiah Al-Fadhil Ustaz Faisal ( YDP ABIM Kelantan) dalam mebicarakan tentang kerangka pelajar dari segi pemikiran, karekter kepimpinan, apa yang sepatutnya pelajar utamakan dan mengambil peluang apabila bergelar seorang pelajar.


Mauduk bicara inilah yang bagi saya membuka lembaran mukaddimah kepada generasi baru untuk memahami dan menginsafi bahawa keperluan mereka bukan sahaja untuk berkurung di kamar Hostel di kampus semata-mata untuk menelaah pelajaran semata-mata, malah fungsi mereka terhadap pentingnya mereka untuk turut sama membina masyarakat melalui langkah mereka untuk aktif berpesatuan perlu menjadi sebahagian dari rangka penjadualan harian mereka.



Begitu juga dengan pendekatan Abah Zahidin. Memang beliau merupakan seorang "Abah" kami yang perihatin terhadap pembinaan anak-anak muda seperti kami. Saya juga berasa bersyukur kerana semasa saya bergelar mahasiswa dahulu, saya banyak dibimbing oleh beliau supaya sedar terhadap tanggungjawab sebagai muslim yang wajib memberi manfaat kepada orang lain. Peranan berprogram dalam ESL Training ini juga turut mementingkan elemen kekeluargaan sehingga kami boleh menganggap kehadiran semua golongan dalam program ini ibarat sebuah ikatan kekeluargaan.


Elemen kesedaran dan muhasabah juga dititkberatkan apabila diakhir program ESL ini diakhiri dengan muhasabah tentang perjalanan hidup kita dan dimana akhirnya kesudahan kita apabila di akhirat kelak.

hmm.. saya juga tidak ketinggalan diberi tugas untuk menyampaikan slot didalam training itu. Saya lebih membicarakan tentang persoalan motivasi pelajar dalam perjalanan dalam meningkatkan taraf pendidikan melalaui tajuk slot saya "Seteguh Tekad Ke Menara Gading" .


Dalam kursus ini, Kalau saudara Anwar membicarakan tentang cabaran pelajar di IPTA di Kuala Lumpur, saya memutuskan untuk lebih berkongsi untuk menyantuni teman-teman yang belajar di IPT di Kelantan samada di Politeknik mahupun di Kolej-kolej swasta.






Pengalaman saya mendepani teman-teman generasi muda di IPT Kelantan, 9 /10 daripada teman-teman yang dikenali merasakan mereka golongan terpinggir kerana tidak dapat mengikuti arus pendidikan di IPT seperti di IPTA sekitar Kuala Lumpur. Ada yang bercita-cita untuk menyambung pengajian ke UIA, tetapi hanya mampu belajar di Kolej swasta di sini dan beberapa lagi pelajar yang berkeinginan seperti yang saya cerita kan tatapi tidak dapat menggapai cita-cita itu. Akhirnya mereka merasakan mereka lemah dan mengaggap diri mereka berada kelas ke-dua.



Sebenarnya, situasi yang saya ceritakan di atas pernah berkait dengan sejarah diri saya. Bayangkan teman-teman, bilamana saya sebagai Mantan Ketua Pelajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok apabila mendapat keputusan untuk menyambung pelajar ke peringkat seterusnya, terpaksa menelan kekecewaan yang teramat bilamana saya hanya mampu menyambung pengajian saya ke Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Sedangkan teman-teman yang lain semuanya ke kolej-kolej matrikulasi , Universiti-universiti Awam dan sebagainya.



Situasi itu pada awalnya cukup melemahkan saya. Bahkan saya beranggapan untuk tidak lagi menjadi pelajar yang bertanggungjawab, berfikiran negatif terhadap nasib diri, tidak fokus kepada akademik, dan lain-lain.




Namun pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baik menggagalkan tindakan negatif saya pada masa itu . Kami sama-sama mengikuti persatuan , mewujudkan persaingan yang sihat dalam mencapai target dalam pencapaian akademik, bahkan turut sama menyumbang kepada Politeknik Kota Bharu melalui sumbangan sukarela sebagai jawatankuasa pelajar dalam minggu suai kenal dan sebagainya.



Oleh itu jangan memandang rendah kepada diri kita walau dimanapun tahap kita dan dimana kita belajar. Sewajarnya ungkapan kata-kata " Dilontar kelaut menjadi pulau" harus tersemat dalam diri. Kerana dimana-mana pun kita berada , Kita ada tanggungjawab untuk dilakukan. Tak kira samaada belajar di Kolej Komuniti, ILP, Cosmopoint, KTD dan lain-lain. Bersangka baiklah pada diri, barulah kita dapat mengecapi nikmat kenapa kita ditakdirkan berada di tempat itu.

Jangan rasa kecil hati, rendah diri, atau patah hati... Tapi seharusnya kita bangkit untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain di tempat itu. menjadi kelapa yang dilontar kelaut terus menjadi pulau. Tugas kitalah yang akan merubah lanskap pendidikan, pemikiran dan penghayatan samada idealisme, aktivisme, dan spiritual dengan menjadikan diri kita sebahagian daripada insan-insan yang bergerak secara kolektif dalam persatuan semasa di kolej itu.

Tak kiralah apa sahaja nama kelab samada Kelab Keusahawanan, Kelab Fakulti, Kelab Fasilitator, Kelab Bahasa dan sebagainya. asalkan kelab itu menjana diri menjadi pelajar yang proaktif. Saya tertarik dengan kekuatan aktivisme yang wujud dikalangan pelajar-pelajar kolej swasta yang saya kenali seperti di Cosmopoint, KIST dan PTPL. Semangat aktivisme mereka cukup kuat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
dalam konteks ini, mereka memang berjiwa besar. bagi saya, kalau golongan pelajar yang belajar di Universiti tetapi tidak berjiwa besar, golongan ini berada di aras terbawah berbanding golngan pelajar peringkat Politeknik atau Kolej swasta tetapi mempunyai semangat dan jiwa yang tinggi. Dan yang pasti mereka adalah sebahagian daripada generasi muda yang menyumbang kepada negara.

Sebab tu kita tu kena ingat.. walau serendah mana kita bermula.. kita mempunyai tugas yang besar di masa hadapan kelak.. sememangnya tugas kita adalah untuk berjaya.. dan mencari kunci kejayaan itu.. serta memberi manfaat kepada masyarakat hasil dari kejayaan yang telah kita gapai..

Oleh itu jika kita kembali kepada soalan diatas, tentang teori yang perlu dijawab tentang kelebihan jus oren dan ais dari segi zat yang wujud dalam membantu kepada teknologi Helekopter. Saya yakin ramai dikalangan kita yang mampu memberikan fakta-fakta yang bernas serta kreatif mengikut pengajian sains yang pernah anda pelajari. Mungkin keluar di konotasi fikiran anda tentang teori asid yang ada pada oren dan hidrogen yang ada pada ais. Hasil gabungan dua unsur yg berbeza boleh mnghasilkan satu elemen yg kuat..

dan jawapan yang terbaik dari saya, mungkn anda boleh lihat melalui quote di bawah :

Jus oren + Ais jika diberikan kepada pekerja -pekerja yg sedang membina helikopter itu, akan menghilangkan haus dahaga mereka... dan memberikan mereka tenaga baru untuk optimis serta membina komitmen mereka membina helikopter tersebut setelah penat mereka hilang apabila meminum jus itu.. Lebih-lebih lagi apabila ditambah ais.. Perrrghhh!!!

Huraian : Jangan Rasa rendah diri bila kita terpaksa memulakan langkah menuju
Ke menara gading dengan langkah yang seakan-akan merangkak….
- Kita asyik dok cerita pasal kekuatan sayap helikopter..
- Tentang kekuatan besinya
- Tentang kemahiran pekerja nya
- atau idea saintisnya


penafatih : Tapi kita lupa.. ada usaha2 kecil dari segelas air oren yg dihidangkan.. membolehkan mereka kekuatan untuk terus bekerja..dan dengan kelebihan segelas oren juga, secara tidak langsung membantu kearah kewujudan helekopter tersebut. Jadi adakah semangat pelajar-pelajar bukan IPTA tidak diperlukan untuk menyumbang kepada negara??

Koleksi Foto Tambahan di sekitar Program ESL