Kembara Bersama Ketua Penyelaras GPTD : Najmuddin


5 Jun, sekali lagi menjadi penyantun musafir , seorang sahabat seperjuangan dari Kuala Lumpur, Najmuddin yang cukup sinonim dengan projek beliau di Turki. Hari ini beliau hadir ke Kelantan bagi membuat sedikit perbincangan dengan beberapa teman-teman di sini termasuk saya tentang pembangunan sukarelawan pengkaji tamaddun atau Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Najmuddin merupakan mantan Exco Dokumentasi Penerbitan PKPIM dan saya juga pernah menyandang jawatan itu tahun lepas (2006-2007).

Bersama Angkatan Muda-Wan Yusuf

Walaupun diri tak sihat, namun kedatangan beliau ke Kelantan sedikit boleh mengubat rasa demam diri ini , sebab perbincangan ilmiah dengan beliau sedikit sebanyak menjadi pengubat semangat kearah memotivasikan diri dalam kerja-kerja aktivis ini. Saya tak mampu nak menandingi beliau. Apatah lagi kini saya penjawat awam, banyak masa terpaksa saya bahagikan menyebabkan waktu saya sedikit terhad.

Antara yang paling menarik sewaktu berbincang dengan beliau ialah tentang perkembangan Turki. Saya begitu tertarik dengan sejarah Turki kerana ia berkait rapat dengan sejarah kesultanan dan khalifah Islam yang terakhir. Lebih menarik bila dapat mengaitkan sejarah perjuanganTok Janggut di Kelantan dan pahlawan ulama di Tanah Melayu yang mana perjuangan mereka bukan semata-mata kerana menentang bayaran cukai semata, namun demi memperkukuhkah kedaulatan agama dan bangsa serta pengukuhan ikatan antara kesultanan melayu dengan khalifah Islam Turki.

Beliau mendahului saya dalam pengembaraan ke Turki.. Pengembaraan saya ke Turki hanyalah dari segi pembacaan dan beliau (najmuddin) mengembara secara realiti.


Selalu aja beliau mengajak saya ke Turki, namun saya serahkan hasrat ini kepada Allah, dengan keizinan-Nya memberikan waktu terbaik kepada saya untuk ke sana. Sepanjang di Kelantan, sempat membawa beliau ke Masjid Kampung Laut yang dipindahkan ke Nilam Puri. Masjid ini merupakan senibina yang menyamai Masjid Demak di Tanah Jawa, yang mempunyai sejarah dakwah Wali Songo.

Masjid Kampung Laut - Persis binaan masjid Demak
di bawah kepimpinan Wali Songo di Tanah Jawa



Bersama Paklah, Pengerusi Angkatan Belia Orang Asli Kelantan... ahaks!!

Selain itu juga, kesempatan yang ada, saya membawa beliau menziarahi teman dakwah kami iaitu Abdullah Nawi dan sahabat-sahabat di Islamic Outreach ABIM Kelantan, Kok Lanas. Destinasi terakhir, saya sempat bawa Najmuddin ke Pantai Seri tujuh dan ziarah ke rumah anak buahnya Makiko Fatihah di Tumpat sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Ok syeikh.. moga kita boleh teruskan usaha pengembaraan lagi..khususnya ke Turki...!!

Bayang-bayang dahan pokok yang akan menimpa muka
sejurus gambar diambil...



Perbincangan hangat antara Nacmettin (Turki) dan Pak Lah
(Tok Batin Islamik)



Bersama Family Makiko Fatihah... Baju biru tu Makiko..

Adik Makiko Fatihah yang hebat dan lasak!!

Gaya Pahlawan Cilik... Dunia di gengamanku.. untuk Islam
(insya allah) .. moga kanak-kanak ini menjadi pewaris generasi Islam
akan datang


Ok Necmettin Jumpa di Turki!!