Kursus Blog - Diskusi Ikhtisas - ESL Training

Kursus Blog - Ekspresi Baru Dunia Pelajar.


20 Jun 2008, Saya telah ditugaskan sebagai pengendali Bengkel Blogger anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Cosmo Point Kota Bharu bertempat si Sekretariat GPTD - PPIK Kelantan. Kursus ini bertujuan untuk membina dimensi baru pelajar untuk ekspresi diri mereka dengan menyemarakkan dunia penulisan blog lebih-lebih lagi bila mereka mengendalikan program-program bercorak ekspedisi pengembaraan supaya setiap pengalaman dapat di tulis dalam blog tersebut.




ALhamdulillah..komitmen mereka begitu konsisten untuk mempelajari kursus pembinaan blog yang menjadi satu fenomena baru bukan sahaja kepada para pelajar, malah semua golongan termasuk ahli politik. Semoga pembelajaran ini mampu memberikan pencambahan idea dari apa yang mereka belajar di kampus di realitikan di arus semasa.

Diskusi Ikhtisas di Hotel Temenggung

mmm... tengaharinya, saya bersantai bersama teman-teman pimpinan ABIM di Hotel Temenggung sambil berdiskusi dengan En.Aizan tentang hal-hal berkaitan dengan ikhtisas NGO Belia. Beliau memang seorang pakar dalam bidang ekonomi .....maklumlah pegawai Bank di RHB.



Banyak input-input baru tentang hal-hal berkaitan ekonomi apatah lagi saya kini begelar mahasiswa jurusan Bachelor IT & E-Commerce. Hal bersangkutan ekonomi memang menjadi subjek utama kini.

Pre-Counsil ESL

Malamnya saya bersama teman-teman ABIM bersama abah Zahidin & son (Fadli) mengadakan pre -counsil untuk persiapan Kursus Excellent Student Leadership pada esok hari. Turut bersama Anwar shazali (Naib Presiden Kebangsaan PKPIM) . Penyusunan secara sistematik perlu supaya perjalanan program esok hari berjalan sebagaimana yang ingin dicapai dalam objektif. Abah Zahidin merupakan motivator daripada syarikat E-Ipro Resources dan untuk pengetahuan semua, abah zahidin ini merupakan komposer untuk lagu "Teman Sejati" nyanyian Brothers.





Kesempatan yang ada malam itu, kami ke medan selera bersebelahan Maahad Muhammadi Perempuan untuk menikmati makan malam di sana.


Makan Bersama Abah Zahidin dan teman-teman lain.

Fazdli Zahidin & Anwar Shazali (NP PKPIM)