RESOLUSI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 (KPIK10)

From konvensyen
Berikut merupakan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Pelajar Islam Kali ke-10 bertempat di Hotel MGU Kota Bharu.

  • Menyedari kepentingan pelajar islam meneladani qudwah terpilih dan personaliti unggul dalam dunia yang serba moden.

  • Menginsafi betapa dunia globalisasi yang kini semakin dominan sedang menjalar bersama timbunan masalah social dan budaya asing yang mencabut akarumbi dan jatidiri pelajar-pelajar Islam.

  • Menginsafi bahawa kepimpinan dan ketrampilan pelajar-pelajar Islam disemua peringkat perlu diberi ruang dan perhatian yang wajar.

  • Menyelami hakikat bahawa potensi dan kualiti pelajar-pelajar Islam harus dipupuk dan digilap selaras dengan keperluan semasa :

MAKA DENGAN INI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 20.6.09, BERTEMPAT DI HOTEL MGU KOTA BHARU YANG DIHADIRI SERAMAI 300 ORANG PESERTA DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA :

1.Merealisasikan penubuhan alumni konvensyen pelajar islam Kelantan.

2.Memperbanyakkan kerjasama, usahasama dan hubungan strategi dengan sekolah-sekolah di Kelantan bagi memantapkan aktivtiti-aktiviti bercorak peningkatan minda, pembentukan jatidiri dan syakhsiah dan kepimpinan pelajar Islam.

3.Memperhebatkan program –program penonjolan personaliti unggul dari kalangan tokoh-tokoh Islam untuk pembinaan qudwah di kalangan pelajar muslim.


Alumni Konvensyen Pelajar Islam Kelantan
Persatuan pembimbing Pelajar Islam Kelantan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia