Inilah contoh Tarbiyyah & Ukhuwah ABIM

From Voice Of Fatih

Pagi ini, saya di tugaskan untuk merasmikan Muktamar ABIM Daerah Bachok jam 9.00 pagi. Namun beberapa kekangan yang terpaksa saya hadapi pagi ini iaitu terpaksa berada di rumah kerana menunggu nenek di rumah memandangkan semua ahli keluaga saya berada di Kuala Lumpur dan ayah harus ke sekolah mengajar kelas tambahan.

Beberapa idea di fikrkan bagaimana untuk membolehkan saya meninggalkan seketika rumah dalam keadaan ada orang yang akan membantu saya menjaga nenek saya yang berkeadaan uzur (sakit orang tua). Mengharapkan bantuan sepupu, kesemuanya tidak berada di rumah kerana ada tugas atau kerja masing-masing.

Lantas terfikir idea yang bagi saya belum lagi dijelmakan selepas sekian lama bersama dalam ukhwah ABIM. Idea saya agar ada mana-mana exco ABIM yang boleh menggantikan saya untuk ke muktamar atau memilih untuk membantu saya menjaga nenek bagi membolehkan saya pergi ke Muktamar ABIM Bachok.. Akhirnya saya menelefon Abdullah Nawi, sahabat sepengajian, Rakan exco dalam ABIM Kelantan , menjadi sasaran saya untuk meminta bantuan.

Saya sempat menanyakannya samaada untuk memilih menggantikan saya merasmikan muktamar atau menjaga nenek saya di rumah untuk saya terus ke majlis tersebut. Kebetulannya, semalam Abdullah mempunyai tugasan membawa pelajar-pelajar dari Islamic Outreach ABIM ke Balai Islam mengikuti majlis Tadarus Al-Quran. Mungkin beliau perlukan masa untuk rehat. Namun tanpa disangka, Abdullah memilih untuk menjaga nenek saya!!

Tanpa disangka, idea yang saya fikir tidak logik berlaku, rupanya tidak mustahil ianya berlaku. Semalaman saya fikir bagaimana ya kalau kiranya Abdullah membantu saya menjaga nenek saya bagi memudahkan saya ke muktamar daerah itu. Rupa-rupanya idea ini tidak mustahil dijelmakan apatah lagi, bantuan ini memudahkan saya melakukan kerja-kerja Islam sebegini. Allahu Akbar!!

Inilah yang saya rasakan nilaian ukhwah yang tidak terhingga dan bagi saya, ia lahir sejak sekian lama mengikuti tarbiyyah dan budaya kerja ABIM sejak di zaman pengajian lagi. Terima Kasih Abdullah Nawi atas bantuan yang saya kira yang terbaik pernah anda lakukan.

Bersambung nanti ... [ Ringkasan Ucapan saya di Muktamar Bachok ]

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran