Al-Fatihah : Perginya seorang Guru Berwatak Ibu

From skkk2

"Perhatian Kepada semua murid Kelas KAFA, sila ke surau untuk menunaikan solat Zohor".... Inilah rangkap pengumuman yang selalu bergema di corong pembesar suara usai tamatnya waktu persekolahan dan bermulanya kelas pengajian Fardhu Ain di SK KUbang Kerian 2. Empunya suara ini tidak jemu-jemu untuk setiap hari mengumumkan makluman yang sama untuk perhatian murid-murid agar menunaikan solat Zohor sebelum mengikuti kelas KAFA. Namun suara ini sudah 3 bulan yang lalu tidak bergema lagi. Sejak empunya suara ini terlantar sakit akibat barah yang dialaminya.

From skkk2


Namun kini dan selamanya suara pengunguman ini dan empunya suara ini tidak akan lagi kedengaran di halaman SK Kubang Kerian 2 kerana empunya suara ini telah ditakdirkan untuk pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya. Allahyarhamah Ustazah Rokiah, bagai seorang ibu bagi saya di sekolah ini, ibu bagi murid-murid yang menerima didikan daripadanya. Beliaulah pemilik empunya suara yang selalu bergema 3 bulan yang lalu. Kini Tanggal 4 Jun 2009, Ustazah rokiah pergi buat selama-lamanya.

Kenangan Mengajar Bacaan Jawi di Waktu Cuti

From skkk2
Saat indah bersama arwah


Saya masih ingat, di waktu cuti penghujung tahun 2007 yang lepas, saya bersama-sama ustazah mengisi masa lapang dengan mengadakan kelas pembelajaran bacaan jawi bagi murid-murid pasca UPSR 2007 yang terdiri daripada Baihaqi, Mustakim, Laila, Zarbaim, farhan, Ilham dan lain-lain berkumpul di kelas 1 cemerlang belajar.

From skkk2
Bagaikan ibu yang menyayangi anaknya


From skkk2


From skkk2


From skkk2

Masih ingat kenangan apabila tamatnya pengajian, kami sama-sama menikmati keenakan goreng pisang dan ABC (air batu campur) di kelas tersebut. bagaikan jamuan akhir tahun. Lensa kamera saya tidak putus-putus pada waktu itu menangkap saat-saat itu yang rupa-rupanya ianya menjadi kenangan buat saya selama-lamanya.

Menziarahi Ustazah.
From skkk2

Dalam Tempoh 3 bulan, seakan waktu yang bergerak laju. Dalam tempoh itu, 3 kali saya sempat menziarahi ustazah. Namun 3 kali saya ziarah dalam jarak tempoh 3 bulan itu, memperlihatkan saya perbezaan dari segi tahap keuzuran beliau. Kali pertama ziarah usai beliau membuat pembedahan beliau masih boleh berbicara dengan baik dan tubuhnya masih dalam keadaan biasa. Cumanya kesan pembedahan sahaja yang sedikit melihatkan keuzuran beliau. Namun apabila saya ziarah kali yang kedua, saya lihat tahap keuzuran beliau semakin mendadak, beliau tidak mampu mengangkat tangan kanannya, dan setiap pergerakan beliau dibantu oleh suaminya. Kali ketiga saya menziarahi beliau (ketika bersama anak-anak murid), tahap keuzuran beliau memang di tahap yang amat kritikal. Wajahnya berubah (mungkin kerana menahan kesakitan), rambutnya luruh... Tidak mampu untuk saya memandangnya , mungkin kerana menghormati ustazah, saya hanya mampu melihat dari jauh.

Ustazah membayangkan murid-murid ada disekelilingnya
From skkk2

Cikgu Hasni (saya panggilnya Kak ni) merupakan sahabat ustazah yang tidak jemu-jemu melawat dan memberi bantuan seadanya kepada ustazah sejak beliau terlantar sakit sampaikan menguruskan jenazah ustazah buat kali terakhir.
From skkk2

From skkk2


Seminggu sebelum beliau pergi, beliau selalu menyebut kepada Kak Ni bahawa anak-anak muridnya selalu datang ziarah dan mengelilinginya sedangkan tiada seorang pun anak-anak murid beliau yang menziarahi beliau ketika itu. Dalam sebak, Kak Ni mengiayakan sahaja kata-kata ustazah. Mungkin itu hajat ustazah untuk menemui anak-anak muridnya buat kali terakhir.

From skkk2

Sebagai memenuhi permintaan arwah , Kakni meminta bantuan saya untuk membawa sebilangan anak-anak murid untuk menziarahi ustazah. Kak Ni , Kak hayati, dan saya masing-masing memenuhi ruang kenderaan masing-masing dengan anak-anak murid tahun enam seseudah tamatnya kelas tambahan waktu cuti untuk di bawa ke rumah ustazah. Manakala sebilangan yang lain menaiki basikal beramai-ramai menuju ke rumah ustazah.
From skkk2

Tidak dapat dibayangkan oleh saya pada waktu itu, melihat wajah-wajah anak-anak murid yang sebak melihat keadaan ustazah yang di cintai mereka. Mungkin mereka terkejut melihat keadaan ustazah ketika itu. Kesempatan itu mereka mengucup tangan ustazah , tanda kasih dan cinta mereka kepada guru yang mendidik mereka.

From skkk2

From skkk2


From skkk2


From skkk2

Lensa kamera saya sempat merakamkan dari jauh (secara sembunyi) situasi yang berlaku ketika itu. Ada yang menangis teresak-esak, ada yang tergamam kerana terkejut, kerana sebelum ini mereka hanya mendengar daripada cerita Kak Ni semasa di kelas.

Perginya buat selamanya

From skkk2

Pagi itu , saya menuju ke rumah ustazah untuk memberi penghormatan terakhir buat ustazah. Kak Ni yang sememangnya sahabat ustazah yang setia membantu sejak terlantarnya ustazah sehingga ke saat-saat ustazah berada dalam saat-saat terakhir , Kakni menguruskan jenazah sahabatnya yang tercinta sebagai memberi penghormatannya yang terakhir. Semoga arwah tenang di sana....Al-Fatihah...



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran