Recharge & sambut Hari Lahir di ESQ di Perdana Resort

From esq 2009
Bersama Roger, pasangan saya ketika menjadi watak Jepun
dan Samseng di Training ESQ

25- 27 Jun lepas, usai penat berkonvensyen dan mengisi program kepada masyrakat.. akhirnya saya beruzlah juga di Training ESQ zon Timur di Perdana Resort. istilah di training bagi yang bergelar alumni di panggil "recharge".. kelebihan bagi yang pernah mengikuti training ini, boleh masuk percuma ke training ESQ seluruh negara.

Cuma gambar yang saya "embed" dalam entri kali ini, hanyalah ketika berdiskusi dengan ATS (Advance Training Support) tentang persiapan sebagai petugas sukarela training. Cuma kali ini amat seronok apabila dapat berikan komitmen 3 hari penuh dalam tarining di sana. Siap ditugaskan menjadi Samseng dan Jepun lagi..


27 Jun : Sambut Hari Lahir bersama ATS

From esq 2009
Amir..anak buah semasa training

Yang paling seronok, hari-hari terakhir saya ketika berumur 25 tahun dihabiskan dengan aktiviti recharge dan bertugas sebagai ATS di sini. Amir (anak kak Ida) yang paling excited nak umumkan hari lahir saya di ruang diskusi ATS... selepas diumumkan, maka disambutlah majlis kelahiran saya ni dengan menikmati keenakan nasi bungkus berlaukan ayam goreng dan daging bakar. oklah.. sekian sahaja entri santai saya untuk kali ini.. wassalam..

Layan gambar foto Training di bawah :






Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam