Minggu ini memang kena bagi betul-betul komitmen untuk persiapan menjayakan konvensyan Pelajar Islam Kelantan yang sudah dua tahun tidak dilaksanakan. Alhamdulilah..kesempatan inilah saya dapat bersama teman-teman bertungkus lumus mempersiapkan strategi agar konvensyen kali ini menyerlahkan satu kelainan berbanding konvensyen seblumnya... tengok ajer gambar yang telah saya "embed" di entri kali ini... menggambarkan seribu satu peristiwa..semacam dalam kubu pengkalan semasa perang gitu..
modul qudwah yang sedang di perkasakanAnda mesti tahu tahap mana kesibukan kami waktu ini...hehe...ok ya! layan aja gambar-gambar di bawah...gambar ini merupakan rangkuman peristiwa sepanjang seminggu berkampung di sekretariat PPIK di Tanjung Mas , Pengkalan Chepa disekitar jam 1.00 pagi hingga jam 4.00 pagi...siang hari saya tak sempat rakam sebab saya kena pergi kerja di sekolah....
Pakar strategi... Kagum padamu Pak Lah
Menukar ruang bilik mesyuarat menjadi bilik
Strategi Perang (Plan Analisis persiapan konvensyen )
Pakar Teknikal dan Multimedia... Faizal yang mantap!!
Tanpamu Faizal , kami tak akan dapat merasa kelazatan Pulut Durian
ibumu..hihi...Syahiran jeles tak dapat makan pulut durian!
Pakar penyusun protokol program...
Zul Amin (Tenang dan meyakinkan)
serius menaip perancangan
dan menghitung bilangan peserta terkini
Strategi perang yang digeruni pihak musuh
Peralatan perang dan makanan sebelum perang...
Mengadaptasi materi tarbiyyah ke dalam presentasi untuk
di sampaikan semasa konvensyen kelak
Erdogan dan Abdullah gul sedang berbincang serius merancang strategi
untuk kemenangan semasa konvensyen kelak..
Rambut pun dah jadi cam Albert Einstein..
Masih tersenyum walaupun penat bersengkang mata...
Rambut Abdullah pun dah jadi seperti super saiya (son Goku)...
Lah..ana nak pi cari idea kejap dalam mimpi...
3 minit selepas ini tolong kejutkan ya...
mungkin itulah ungakapan terakhir sebelum terlena..
kemudian bangkit semula sambung kerja...
p/s: tak lupa juga di siang hari, team akhawat membantu mempersiapkan bahan-bahan dalam fail dan hadiah... terima kasih ya buat Mizah Aurora hijau dan Syazwani serta akhawat yang lain yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang sememangnya tak termampu untuk dilakukan oleh ikhwah dari segi hasil kerja tangan kreatif...