Selamat Menempuhi Peperiksaan !!


30 Mac 2008 : Bermula minggu ini, aku akan lebih kerap dihadapan buku-buku nota untuk persediaan menghadapi peperiksaan pertamaku di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Kota Bharu. Rasa berdebar-debar timbul kerana ini kali pertama aku akan merasai detik menjawab soalan peperiksaan untuk Ijazah Sarjana Muda IT & E-Commerce di semester pertama. Harap suasananya tidak ubah seperti pengalaman ketika aku di Politeknik dahulu. Maklumlah ini kali pertama aku bergelar Mahasiswa Universiti atau "Mahasitua" oleh Tutor aku Mrs K.... apa-apapun aku rasa kawan-kawan yang lain juga akan menghadapi peperiksaan di tempat masing-masing. Untuk kalian yang akan menduduki peperiksaan , "Tumpukan kepada Matlamat, kerana doaku mengiringi usaha kalian!!"

p/s : InsyaALLAH saya akan menghadapi peperiksaan akhir pada 6 April - 12 April nie. Tolong doakan kejayaan saya ye sahabat-sahabat...

Jazakallahu khairan kathira.


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"



Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh