Bila Terasa Rindu (Nasyid)



Bila Terasa rindu (versi Nasyid)

Apa agaknya khabarku di sana,
Di siniku sedang di belenggu dosa,
Beginikah rasa hamba yang terleka,
Sungguh anehnya dikala ku alpa

Hati terasa bagai ingin menuju-Mu
Walaupun diri terasa jauh beribu batu
Sesaat diriku jauh melupakanmu
Dan Seribu Langkah Kau dekat padaku

Bila terasa rindu
Ku sebut namamu,
Dengan harapan kau kan ampun dosa-dosaku

Bila terasa rindu
Ku sujud Padamu
Dalam doa dan harapanku
Semoga suluh imanku

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Berbanding dengan khabar firman - Mu di sana,
Tak sabar menanti detik kepulangan
Namun tanpa rahmat-Mu
Adakah ku mampu

Bila terasa rindu
Ku sebut namamu,
Dengan harapan kau kan ampun dosa-dosaku

Bila terasa rindu
Ku sujud Padamu
Dalam doa dan harapanku
Semoga suluh imanku

Terlintas difikiran
untuk meminggirkan
saja segala kemahuan di sini
Tetapi ini sebahagian dari perjuangan
Bekalan andainya hari sukar mencabar....




Nota : sebenarnya video ini dirakam semasa latihan nasyid di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 dan aku menjadi sebahagian dari jurulatih yang suka mendera mental adik-adik aku ini dengan nyanyi lagu balada dalam bentuk nasyid....