Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup. Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.
Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia. Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford.
Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000. Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda. Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya.
Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun. Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.
Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut. Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut. Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka.
Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka. Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound.
Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam. Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall. Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian.