Travelog GPTD 4: Hari Terakhir di Pulau Ketam

From Voice Of Fatih

Selepas solat Subuh berjemaah, semua sukarelawan bersiap-siap mengemas pakaian-pakaian untuk persiapan pulang. Begitu juga saya, tapi yang lebih penting ialah mengemaskini peralatan elektronik sebelum berangkat pulang. Memang menjadi satu kewajipan dan keutamaan sebelum berangkat. Dari sekecil-kecik kabel sehingga sebesar-besar alat elektronik yang dibawa, takut ada alat yang tercicir. Semua peralatan elektronik yang berada dalam beg, perlu dikeluarkan semula dan di semak berpandukan checklist. Bila membuat semakan , baru saya teringat yang saya terlupa di sepanjang program semalam, saya tidak merakam aktiviti temuramah peserta tentang aktiviti yang dilakukan. Jadi terpaksa qadha pada hari-hari yang terakhir. Bermula dengan Timbalan Pengarah, Dr Wan Nudri sehingga kepada wakil peserta dan wakil pusat islam saya rakam untuk sesi temuramah. Kemudian sukarelawan bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang.
Sayu meninggalkan jeti tanpa suara kanak-kanak.
From Voice Of Fatih

Pagi itu suasananya tetap indah , seperti pagi semalam, sewaktu kami menikmati udara segar dengan mengalunkan gerakan tarian Demi Matahari. Kalau semalam suasananya tetap sunyi dari suara kanak-kanak. Mungkin mereka keletihan kerana terlalu aktif tahap tertinggi pada malam semalam.

From Voice Of Fatih


Namun pagi ini, saya rasa bagikan satu kekurangan tanpa suara kanak-kanak itu untuk meraikan perpisahan kami dengan Pulau Ketam. Mungkinkah selepas kanak-kanak ini bangun dari tidur, lantas berlari menuju ke Balai Islam untuk bertemu dengan abang dan kakak yang mereka raikan sepanjang berada di sini. Apa perasaan mereka apabila melihat Ruang Balai Islam itu kosong tanpa penghuni -penghuni . Tiada lagi suara kakak-kakak yang mereka sayangi kerana lembutnya sentuhan kasih sayang. Tiada lagi suara-suara gurauan abang-abang yang sanggup menurunkan taraf intektualnya menjadi kanak-kanak girang demi menyantuni mereka??

From Voice Of Fatih

Lebih sayu bila teringatkan seorang kanak-kanak cina lelaki semalam yang belajar solat dengan akhawat semalam... adakah kanak-kanak itu akan berlari menuju ke Balai Islam semula untuk mencari kakak yang disayangi itu? Atau lebih sayu bila memikirkan... apakah akhirnya kanak-kanak itu hanya merasakan bahawa kegembiraan semalam hanya sebuah mimpi dari lenaan tidurnya semalam??

From Voice Of Fatih

Itulah yang tergambar pada konotasi minda saya hari ini. Mungkin sebak hati saya dapat dikongsi dalam penulisan ini. Saya langsung tidak memberikan gambaran kesedihan dihadapan teman-teman sukarelawan lain sewaktu berada di atas bot tadi. Tetapi perasaan sayu ini semakin terserlah semasa entry ini ditulis dalam bas semasa perjalanan pulang ke Kelantan. Diri saya tidak dapat menahan rasa sebak.. bagai ingin menangis semahunya... Insya Allah... Pulau Ketam... saya berazam untuk datang semula dan ingin berbicara dengan kanak-kanak dan masyarakat di sana dengan bahasa cina kebanggaan mereka!!
From Voice Of Fatih

Sepanjang berprogram , saya terpaksa untuk kurang bergurau dengan kanak-kanak kerana risaukan respon tindak balas mereka menyebabkan tugas teknikal saya terganggu. Tak dapat digambarkan bagaimana sahabat-sahabat sukarelawan di kalangan lelaki yang bagaikan di buli oleh mereka. Bagaimana mereka menerkam dan memeluk Jack Naim, memanjat tubuh Fazli dan dan memeluk saiful.. tidak kurang juga sukarelawan dari kalangan akhawat.

Kepuasan melaksanakan Misi


From Voice Of Fatih

Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari perlaksanaan Misi di Bagan Hailam dan Pulau Ketam. Rasa gembira kerana dapat mengikat tali ukhwah bersama teman ikhwah dan akhawat sukarelawan USM yang selama ini, ikatan ukhwah hanya tertaut dalam bilik kuliah semasa mengikuti bengkel anjuran Kelas Peradaban Nabawi. Betul kata murabbi saya, untuk mengenali sahabat-sahabat kita, adalah melalui sebuah pengembaraan atau musafir.
From Voice Of Fatih

Saya mempunyai keinginan yang kuat agar ikatan ukhwah yang terbina bersama teman-teman USM tidak berakhir apabila berakhirnya misi di Bagan Hailam dan Pulau Ketam. Sudah menjadi tabiat saya untuk melebarkan jaringan ukhwah yang merentasi sempadan fikrah dan orientasi gerakan, kerana ia mempunyai hikmah yang amat ternilai dari segi ilmu dan pengalaman.

From Voice Of Fatih


Bersama-sama teman-teman dikalangan mahasiswa USM mengimbau kepada kenangan saya bersama sahabat-sahabat semasa di kampus dahulu. Sekurang-kurangnya pengalaman lalu boleh dijelmakan kembali terutamanya bila bersama mahasiswa.... jadi nasihat saya kepada semua mahasiswa, rebutlah peluang keemasan untuk mencari pengalaman dengan mempelbagaikan aktiviti mahasiswa kerana saat keemasan ini tidak dapat dikecapi bila anda sudah bekerjaya. Seperti kata seorang tokoh barat (tak ingat namanya) :

From Voice Of Fatih

"Sesuatu yang dapat mematikan pengalaman ialah apabila anda sudah bekerjaya".... Renung-renungilah...dan selamat beramal

PenaFATIH
25 Januari 2009
Bas USM Kubang Kerian
Perjalanan Dari Selangor ke Kelantan
iLuvislam.com Top Blog