Travelog GPTD 3: Aktiviti Sukaneka dan Majlis Perasmian Penutup

From Voice Of Fatih

Sekali lagi putaran senaman Demi Matahari

Jam 4.30 petang , sekali lagi sukarelawan akan berkumpul di dewan serbaguna untuk mengisi satu lagi aktiviti iaitu permainan sukaneka bersama kanak-kanak di sini. saya dihubungi oleh saudari Hamizah untuk memenuhi permintaan teman-teman sukarelawan agar dapat mengetuai senaman Demi Matahari untuk pembukaan di awal aktiviti itu. Nampaknya dah jadi macam satu banchmark pula senaman Demi Matahari ni. Kali pertama tarian Demi matahari ini di tunjukkan kepada kanak-kanak ini, ada sedikit kejanggalan. Tidak kurang pula kalau yang terlalu nakal mereka mengusik abang-abang dan kakak-kakak mereka yang sedang mempersembahkan tarian senaman Demi Matahari. Akhirnya saya mengajak teman-teman sukarelawan agar dapat mengambil setiap seorang dari kanak-kanak ini sebagai pasangan untuk di tunjuk ajar langkah gerakan senaman ini.



Alhamdulillah barulah, keadaan sedikit terkawal. Entah mengapa semasa mengepalai gerakan senaman itu, bila saya melihat teman-teman sukarelawan mesra mengajar adik-adik kesayangan mereka itu, hati saya rasa sebak dan air mata saya laju mengalir. Terharu melihat keakraban teman-teman sukarelawan dengan kanak-kanak cina yang sedang bersama-sama membuat pergerakan senaman itu. Kanak-kanak pula jujur menampakkan keakraban dan kemesraan bersama abang dan kakak mereka biarpun berbeza latar bangsa dan bahasa. Selesai beberapa kali senaman Demi matahari di buat, maka bermulalah aktiviti sukaneka yang di susun oleh teman-teman sukarelawan.

Teringatkan Projek GPTD Saudara Suhail Ke China
From Voice Of Fatih

Memang petang itu adalah petang untuk rekreasi minda antara kanak-kanak dan teman-teman sukarelawan. Seronok tengok gelagat sukarelawan yang seakan-akan dibuli dek kanak-kanak. Akhirnya sukaneka itu berakhir jam 6.00 petang, Kesempatan itu saya mengambil peluang untuk bersiar-siar dengan basikal yang di sewa dengan harga RM 5.00 sehari. Bila seorang diri bersiar-siar di sepanjang laluan di perkampungan pulau ketam ini, saya lantas teringatkan saudara Suhail yang akan ke China pada bulan depan (Februari). Kalau saya berada di sini pun terasa sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sini yang kurang fasih berbahasa melayu, apatah lagi bila suhail yang akan seorang diri melaksanakan misi dakwah GPTD di sana??

From Voice Of Fatih


Saya turut teringatkan saudara Rezwan yang kini berada di United Kingdom melanjutkan pelajaran di sana. Beliau amat fasih dalam berbahasa cina. Mujur dalam kalangan sukarelawan program pulau ketam ini, mempunyai seorang akhawat yang fasih berbahasa cina.. saudari azimah. Dialah yang menjadi perantara untuk berkomunikasi antara kami dengan masyarakat cina di sini. Bayangkan jika ketiadaan Azimah pada ketika ini, rasanya amat sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat untuk sepanjang melaksanakan
misi di sini.

Kanak-kanak Cina dan Kungfu Panda
From Voice Of Fatih


Waktu solat maghrib : Keakraban antara teman sukarelawan dan kanak-kanak cina disini cukup terserlah sampaikan ada sebahagian daripada mereka sanggup menunggu di hadapan Balai Islam. Tidak kurang juga ada yang menyusup masuk ke dalam balai Islam untuk melihat abang-abang dan kakak-kakak mereka menunaikan solat. Bahkan mereka turut sama meniru pergerakan solat .... Sekali lagi hati saya tersentuh melihat saudari azimah menyantuni mereka, mengajar mereka berwuduk, menajaar mereka kaedah memakai kain sembahyang dan asas-asas solat. Niat di hati ingin sahaja saya rakamkan menggunakan video kamera saya ini segala aktiviti yang berlaku pada waktu itu. Namun situasi itu berlaku di kawasan solat wanita,saya membatalkan hasrat itu takut mengganggu teman-teman dikalangan akhawat untuk meneruskan ibadah solat.

From Voice Of Fatih

Situasi itu mengingatkan saya tentang kisah Poo dalam kungfu panda yang cuba sedaya upaya untuk masuk ke majlis pertandingan untuk pengistaharan pahlawan naga .Kehadiran
panda bernama Po yang semata-mata untuk melihat "The furious five" yang terdiri daripada Master Tigress, Master Monkey, Master Mantis, Master Viper dan Master Crane yang menjadi idola kegilaannya dalam dunia kungfu. Namun pelbagai cabaran yang dihadapi untuk menuju ke dewan perlawanan itu sehingga akhirnya pintu gerbang utama ditutup dan perlawanan sudah bermula.. Tertarik dengan kata-kata MAster Oogway, "There are no accidents" ... apa yang berlaku bukan kerana kebetulan, walaupun pada niat asalnya hasrat Po ke untuk melihat perlawanan itu, namun kerana percubaan Po melakukan apa sahaja untuk melihat dengan jelas perlawanan di kalangan The furious 5 itu menyebabkan beliau tersadung ke tengah pentas selepas menggunakan jalan terakhir iaitu dengan menggunakan roket mercun. Akhirnya Po dinobatkan oleh master Oogway sebagai The Dragon Warrior walaupun Po berkali-kali menafikan kerana kehadirannya semata-mata untuk melihat idola kesayangannya (The Furious 5) .

From Voice Of Fatih

Begitulah juga tamsilan terhadap usaha-usaha permulaan dan asas oleh sahabat-sahabat sukarelawan di sini, sebenarnya bukanlah sekadar memenuhi tuntutan dan melaluinya secara kebetulan.. tidak mustahil, hikmah suatu masa nanti anak-anak kecil ini akan menjadi generasi penerus kearah mengembalikan masyarkat pulau ketam ini kepada Fitrah... iaitu Fitrah Islam... dan merekalah yang tanpa kita sedari dan dengan izin Allah akan menjadi The Muslim Dragon Warrior di Pulau Ketam!!


Majlis Penutup dan kemuncak kepada kehangatan kanak-kanak

Majlis perasmian penutup program berlangsung dengan menjemput semua vip-vip terlibat memberi ucapan termasuk saya mewakili GPTD... dalam hati bergumam rasa sukar bagaimana cara untuk memberikan ucapan dalam keadaan audien yang didominasi oleh kanak-kanak. Seperti yang berlaku semalam.

Keadaan di majlis penutup juga cukup ramai berbanding semalam. Rupa-rupanya malam penutup ini disertai dengan aktiviti cabutan bertuah. Bertambahnya bilangan audien terutama kanak-kanak menyebabkan saya, saiful dan tajuddin perlu berhati-hati dengan kelengkapan teknikal saya di hadapan pentas. Beberapa kali laptop dan LCD terpadam kerana di sepak oleh kanak-kanak ini. Terpaksa juga bersabar kerana beberapa kabel audio rosak kerana kepala audionya di pijak oleh mereka.... sabar sajelah..

From Voice Of Fatih


Ucapan saya sekadar menanyakan apa khabar dalam bahasa cina dan menyanyikan lagu nasyid selawat dalam bahasa cina.. entah betul atau tidak sebutannya... hanya mereka yang berbahasa cina sahaja yang tahu. Terlihat juga azimah terkerut dahi mendengar nasyid saya.. mungkin ada kesilapan bahasa kot. Selepas semua VIP memberikan ucapan, kemuncak kepada majlis itu adalah persembahan sukarelawan bersama kanak-kanak dengan membuat persembahan gerakan Demi Matahari... dan saya mengepalai nya di bawah dan mereka semua sukarelawan berada di pentas...

From Voice Of Fatih


Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati pertandingan sukaneka siang tadi.. misi berakhir dengan post moterm sukarelawan di Balai Islam Pulau Ketam. Oklah saya akhiri catatan saya disini, tadi sempat bersama Jacknaim dan 2 sukarelawan lain minum dan makan di restoren sebelah Balai Islam. Selepas itu mereka berhasrat nak pergi berjalan-jalan menghirup udara malam. Saya terpaksa untuk menolak ajakan mereka kerana sakit-sakit badan yang teramat. Maklumlah seharian menjadi troli bergerak ... tapi seperti semalam...Keletihan yang memberikan kepuasan dan kegembiraan yang teramat!!.

Entry terakhir : Hari Terakhir di Pulau Ketam.

penaFATIH
1:59 pagi
Balai Islam Pulau Ketam



iLuvislam.com Top Blog