Travelog GPTD 2: Hari Kedua Di Pulau Ketam

From Voice Of Fatih

Agak awal juga saya bangun pagi ini, mungkin kerana kedinginan dinihari seakan mengajak saya untuk bangun untuk persiapkan diri. Kelihatan di tingkat bawah balai Islam, Ustaz Rozaidin dan abg nasa sudah pun bangun melihat siri tazkirah pagi di televisyen. Awal betul mereka bangun. Terus saya mempersiapkan diri, misi kedua pada hari ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Kuliah Subuh Tentang Penyempurnaan Dakwah

Pagi subuhnya saya di tugaskan oleh sahabat sukarealwan untuk menyampaikan kuliah subuh. Sebenarnya saya lebih suka untuk mengisi tazkirah menggunakan persembahan power point , tetapi memandangkan padgi itu, waktunya amat terhad.. saya memilih untuk berkongsi dengan teman-teman sukarelawan kuliah secara biasa tentang konsep Dakwah dan perkara-perkara yang menyempurnakan tugas dakwah. Saya menghuraikan bahawa dalam konteks dakwah, 3 perkara utama yang harus di utamakan sehingga ia akan menyempurnakan urusan dakwah iaitu

UKHWAH
IMAN
PERINGATAN

Pertama, tentang UKHWAH.... bagaimana kita secara kreatif memupuk hubungan ukhwah dengan sahabat yang baru dikenali dan disandarkan atas prinsip Ukhwah fil Islam dan bukan ukhwah kerana sandaran pada objek... seperti Ukhwah kerana skuter dan lain-lain.

Kedua, setelah ukhwah dibina, bagaimana ia harus dimantapkan dengan keimanan supaya nilai ukhwah itu boleh melahirkan amal. Seperti amal dakwah, laksana kerja-kerja sukarelawan dan lain-lain. Akhirnya apabila ukhwah dan iman mantap... kita harus saling memotivasikan sahabat -sahabat yang sudah mempunyai nilai ikatan ukhwah dan iman dengan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.. iaitu saling memberikan PERINGATAN. Selalu memberikan motivasi tentang khabar gembira dari rahmat Allah dan selalu memberikan peringatan tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar.

Akhirnya jika ketiga-tiga aspek ini telah dilaksanakan. Maka sempurnalah asas dakwah bagi seseorang daie. Bahkan jika dilakukan ketiga-tiga aspek dakwah ini, maka inilah titik temu antara kepelbagaian badan dakwah yang melaksanakan misi dakwah mengikut pendekatan masing-masing.

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari

From Voice Of Fatih



Jam 7.00 pagi setelah taklimat yang disampaikan oleh pengarah program, aktiviti diteruskan dengan senaman pagi di ruang lapang berhadapan dengan pejabat Bomba Pulau Ketam. Dimulai dengan saudara Jack Naim dengan menunjukkan kebolehannya bertaichi, dan kemudian saya yang kebetulannya mempersiapkan teknikal audio di hadapan... menjadi salah seorang tenaga yang berkongsi sama teknik -teknik senaman taichi.. teringat semasa di kampus Politeknik Kota Bharu dulu, pernah mempelajari 20 disiplin asas seni bela diri (Rhythmic Martial Art), jadi saya gunakan sebahagian dari teknik itu untuk jadikan sebahagian daripada teknik-teknik senaman pada pagi itu.

From Voice Of Fatih


Kemudian, senaman Demi Matahari menjadi kemuncak kepada aktiviti senaman pada pagi itu. Ustaz Rozaidin merupakan antara ahli senaman yang begitu menghayati senaman demi matahari. Tak kurang juga teman-teman yang lain. Maklumlah pergerakan senaman yang digerakkan itu mempunyai nilai dari segi penghayatan lagu nasyid Demi Matahari yang merupakan terjemahan Surah As-Syams ayat 1-10.Jadi sambil bersenam, saling menghayati maksud surah tersebut.

Misi Kedua : Cabaran melaksana aktiviti 2 dalam 1

Misi kedua hari ini cukup mencabar, kerana disamping aktiviti yang akan dilaksanakan oleh tim sukarelawan USM, pihak penduduk Pulau Ketam juga menerima lawatan dan aktiviti gotong Royong anjuran Adun Klang Selatan di bawah YB Halimah Ali (Exco Kerajaan Selangor). Pada awalnya dimaklumkan, aktiviti gotong royong itu hanyalah digerakkan
secara biasa tanpa perlu majlis khas. Rupa-rupanya, aktiviti gotong royong ini memanfaatkan secara total dewan serbaguna ini untuk majlis perasmian yang akan turut digunakan oleh tim sukarelawan USM untuk pemeriksaan kesihatan. Namun saya lihat , ketangkasan tim-tim sukarelawan ini bertindak secara professional menyantuni keadaan.

Seakan-akan dilihat walaupun mereka pada pada awalnya tidak berkait langsung dengan aktiviti YB pada hari itu, tetapi bagi untuk melihat kedua-dua aktiviti terlaksana tanpa ada kecacatan, akhirnya aktiviti hari itu seakan-akan aktiviti bersama . Cukup mantap dan professional tim-tim sukarelawan menyantuni keadaan. Saling melengkapi walaupun tugasan pada hari itu cukup ad-hoc.

Akhirnya selepas majlis perasmian aktiviti dan YB bersama sukarelawan Briged Amal dan pelajar sekolah bergerak ke kawasan gotong royong, dewan itu akhirnya dimanfaatkan oleh tim-tim sukarelawan USM untuk meneruskan misi pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.

Jam 2.30 petang, sekali lagi cabaran bagi tim sukarelawan USM, iaitu pengisian ceramah kesihatan oleh wakil GPTD , Dr Syazni yang tiba di Pulau Ketam seawal tengahari. Kerumitan yang timbul bagaimana untuk melaksanakan aktiviti ceramahitu mengikut sasaran. Kerana sasaran awal ceramah ini ialah untuk kalangan ibu bapa . Namun audien teramai pada hari itu adalah kanak-kanak dari kalangan yang menyertai aktiviti gotong royong pada hari itu. Bagi kanak-kanak, mungkin mereka ingat slot itu adalah tanyangan cerita seperti semalam (Kungfu Panda) kerana apabila saya dan teman-teman membuat pemasangan LCD utntuk tujuan ceramah, mereka terus mengisi ruang hadapan ruang audien. Apatah lagi kebisingan suara riang mereka sehingga jika tidak ada kawalan sedikit akan mengganggu kelancaran.

Ceramah oleh Dr. Syazni cukup unik. Iaitu penyampaian beliau dalam bahsa melayu diterjemahkan oleh Puan Marlina dalam bahsa Cina kerana masyarakat di situ kurang fasih dalam berbahsa melayu.
From Voice Of Fatih



Namun sekali lagi tim sukarelawan menghadapi kerumitan, kurang hampir setengah jam sahaja selepas ceramah itu di mulakan, masalah kedua timbul apabila pihak jawatankuasa Gotong royong itu ingin menggunakan dewan tersebut untuk memberikan angpau dan sijil penghargaan kepada peserta gotong royong. Ini menyebabkan Dr Syazni terpaksa menghabiskan ceramah itu sepantas mungkin untuk memberi laluan kepada mereka. Akhirnya tidak-dapat tidak, Dr.Syazni terpaksa membuat kesimpulan walaupun penyampaian ceramah itu hanya mampu dimanfaatkan lebih kurang setengah jam bersama audien. Oleh kerana dewan tersebut dimanfaatkan secara total oleh pihak YB. Akhirnya pihak sukarelawan membuat aktiviti khas bersama Dr.Syazni di Balai Islam. Mereka membuat perkongsian ilmu dan pengalaman tentang hal kerjaya dan tugas kemasyarakatan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka kreatif memanfaatkan masa dan peluang bersama Dr Syazni.

Saya ibarat Troli

hehe... Kesempatan dewan digunakan oleh YB untuk majlis penutup, saya mengambil peluang untuk menyimpan kelengkapan- kelengkapan asas saya seperti laptop, kamera video, dan beberapa peralatan elektronik asas yang lain untuk di simpan di Balai Islam. Sekurang-kurangnya ada masa untuk rehat. Namun untuk mengangkat segala peralatan cukup mencabar. Semua pancaindera saya kena dimanfaatkan. Beg laptop di belakang , portable mic di bahu kiri dan beg alatan elektronik di bahu kiri menyebabkan diri saya tak ubah seperti sebuah troli tanpa tayar.. Namun mungkin sudah lali dengan pergerakan sepanjang perjalanan dari Bagan Hailam ke Pelabuhan Klang dan terus ke Pulau Ketam, seakan sudah jadi satu kebiasaan pula. Maklumlah alatan elektronik tidak boleh di tinggalkan sebarangan .. nanti merana pula apabila ia hilang. Apatah lagi sepanjang peralatan elektronik ini terpasang di dewan, saya dan saiful (sukarelawan Teknikal) bagai tidak cukup tangan untuk menyekat, anak-anak cina ceria yang nak mengusik peralatan elektronik yang terpasang di balik tabir sisi dewan.

sambungan nanti... aktiviti Sukaneka bersama anak-anak cina Pulau Ketam

iLuvislam.com Top Blog