Pada hari Khamis 5:30 petang, saya telah diberi amanah untuk menjadi speaker menyampaikan ceramah bertajuk "Toward a Better Muslim & Daie. Ceramah ini bertempat di Pusat Islam USM Kubang Kerian anjuran Kelas Peradaban Nabawi. Melihatkan pada tajuk ini, saya dikehendaki untuk menyampaikan 2 point utama iaitu bagaimana untuk menjadi muslim yang baik dan bagaimana untuk menjadi Daie yang baik? Bersandarkan dua point tersebut, saya jelmakan dua istilah agar di permulaan audien boleh memahami mukaddimah yang ingin saya sampaikan iaitu Islah dan Dakwah.
Berkenaan tajuk itu, saya menghuraikan maksud dari tajuk tersebut bersandarkan pada kalimah nukilan As-syahid Imam Hassan Al-Banna ‘Islah nafsaka wad`u ghairaka' ( perbaikilah dirimu dan serulah kepada orang lain) dengan menerangkan aspek terbaik sebagai individu muslim untuk melaksanakan 10 keperibadian muslim yang di susun oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna.
10 Ciri Keperibadian Muslim
Aqidah Sejahtera
Ibadah yang benar
Akhlak yang mantap
Mampu berdikari
Pengetahuan yang luas
Tubuh badan yang kuat
Mujahadah diri
Kerja bersistematik
Menjaga waktu
Bermanfaat kepada orang lain
Kemudian pada sudut daie, saya lebih menerangkan tentang persiapan seorang daie, sikap bersama mad'u, dan bagaimana untuk melaksanakan dakwah. Disamping itu juga, saya banyak menekankan tentang pentingnya jaringan antara badan jemaah untuk melaksanakan dakwah secara kolektif dan bukan saling bersaing dan mencantas untuk merealisasikan dakwah. Insya Allah akan saya terangkan pada entry akan datang.