Alhamdulillah, kecanggihan teknologi yang ku pelajari selama ini membantu aku untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.
10 Mac 2008 , merupakan pengalaman baru yang dapat aku catatkan dalam sebagai entry blogku kali ini. Pengalaman apabila aku ditugaskan oleh Pengerusi Biro Islamic Outreach ABIM Kelantan, Abdullah Mohd Nawi untuk memberikan ceramah Motivasi kepada saudara baru di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepadaku sebagai seorang muslim.
Aku ditugaskan untuk menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Daie dan Qiammullai di hadapan lebih 50 orang pelajar IDIP yang terdiri daripada Muslimin dan muslimah dari pelbagai kaum seperti cina, india, kadazan, asli , iban dan lain-lain. Bebanan tanggungjawab yang berat ini aku cuba lakukan sedaya mungkin dengan dibantu oleh temanku saudara Farid.
Cukup memberikan keinsafan, betapa kecintaan saudara-saudara baru ini kepada Islam tidak dapat kunafikan kebenarannya. Betapa seorang muslimah di kalangan mereka yang menyatakan hasrat supaya ceramah motivasiku ini benar-benar memberikan faedah serta input yang mendalam dengan mereka. kata muslimah itu, mentaliti sebahagian dari pihak kami sudah bosan dengan istilah "ceramah motivasi"..... pengakuan muslimah itu benar-benar memberikan aku satu cabaran apatah lagi inilah kali pertama aku berdepan dengan mereka. Lebih mengagumkan muslimah itu adalah merupakan bekas missionary Kristian terbaik semasa beliau dalam anutan agama lalu.
Kerana kagumkan semangat muslimah itu, aku selitkan juga kepada pelajar dalam ceramah ku agar memastikan pengalaman atau kemahiran yang mereka dapat semasa dalam anutan agama lalu dari segi strategi menarik masyarakat mengenali agama mereka dulu, dipraktikkan secara konsisten bila bergelar Muslim kini.
Demi Matahari - Snada
Kulihat mereka (saudara baru) teramat minat dengan alunan muzik dan nyayian. Alhamdulillah, modul ceramahku ku selitkan dengan nyanyian nasyid "Demi Matahari" berserta gaya gerakannya yang aku timba sewaktu mengikuti ESQ Training Leadership di bawah bimbingan Pak Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia ( Aku adalah Angkatan ke-5 ESQ) . Mereka teramat meminati.Bagiku, bila berbicara tentang dakwah, aku selalu berhumor agar pendengar tidak terlalu rigid dengan memahami bila sebut dakwah, tergambar lelaki yang memakai jubah, berserban memegang tasbih dan tugasnya menyeru kepada kebaikan. Bagiku konsep dakwah ada pelbagai method. Ada dalam bentuk nasyid, seni, sosial, kesukarelawan, lukisan, ketenteraan, politik, dan sebagainya. Namun walau pelbagai methodnya , selagi kita tak tinggal 3 perkara ini, maka kita sudah menyelesaikan misi dakwah kita iaitu :
- 1. Ukhwah
- 2. Iman
- 3. Peringatan Khabar gembira dan azab.
Apa yang pasti, kehadiranku ke IDIP dan interaksiku dengan muslimah "mantan missionary Kristian terbaik" dulu telah menghimbau kepadaku tentang lipatan sirah Rasulullah S.A.W mengenai peristiwa strategi Perang Khandak.
Salman Al-FArisi yang merupakan saudara baru dari Parsi menyarankan kepada Nabi saw untuk menggali parit disekililing Madinah untuk melindungi kota tersebut. Dan Nabi saw menerima sarang tersebut dengan gembira. Kemudian Salman ra memulai penggalian dengan tangannya sendiri, selama penggalian tersebut Salman terantuk batu yang sulit dipecahkan, Nabi saw kemudian mengambil kampak. Pada hantaman yang pertama kampak tersebut menimbulkan percikan dibatu itu, demikain juga pada hantaman kedua dan ketiga.
Kemudian ia bertanya pada Salman ra, “Oo.. Salman apa engkau melihat percikan itu? Salman menjawab, “Ya Nabi, aku melihatnya”. Nabi berkata,” Percikan pertama memberikan aku visi atau penglihatan dimana Allah swt telah membuka Yaman bagiku. Pada percikan kedua Allah membuka Damascus dan Al-Magrib (Barat) dan dipercikan yang ketiga Allah membuka daerah Timur. Salman mencatat, bahwa Nabi saw berkata: “Permohonan mencegah perjanjian atau kesepakatan. Tiada hal lain tetapi kebenaran meningkatkan kehidupan dan Tuhanmu sangatlah murah hati dan malu untuk berpaling dari tangan seorang hamba yang telah mengangkat tanggannya untuk berdoa kepadanya”. (Abu Ahsan)
Bagiku untuk saudara baru di IDIP, kalianlah generasi Salman Al-Farisi di bumi melayu kini, andai kata anda terguris dengan sikap kami (umat melayu) yang mengejek kamu dengan ejekan kamu baru setahun jagung mengenali Islam, maka kuatkanlah semangat!! Teguhkan Ukhwah, Kuatkan Iman, selalulah memberikan peringatan.
nota Fatih : Pengalaman Qiammullai dengan mereka cukup menyentuh hati. Dengan diimamkan oleh guruku Ustaz Makhtear Abdul Rahman. Dikiri kananku, ku terdengar esakan-esakan tangisan daie saudara baru memecah kesunyian pagi dinihari itu. Bahkan ku juga mendengar dari rakan-rakan muslimah yang memberitahu bahawa seorang muslimah saudara yang baru masuk Islam 2 bulan pun menangis teresak-esak di pagi dinihari itu dan menyatakan betapa kerdilnya beliau di sisi tuhan. Subhanallah...