Aku , Dia dan Matlamat

Surfing intrnet kat bawah pokok..huhuhu

Sejak akhir-akhir ini, sejak aku hebahkan blog penaFATIH ku ini, bertubi-tubi ruangan chating dan bicara hikmah penaFATIH ku di hentam dengan soalan-soalan Bila aku akan kahwin ..... Bahkan tidak kurang juga selain di alam blog ini, soalan yang sama turut dilontarkan oleh sahabat-sahabat dan sekeliling termasuk guru-guru yang pernah mentarbiyyahkan aku.

Bila aku berada di Sekretariat PPIK, dua orang angkatan muda PPIK iaitu Shahiran dan Farid yang menjadi penyerang hendap dengan soalan-soalan ini. Kekadang mereka turut memberikan tekanan kepadaku dengan mengaitkan persoalan kahwin dalam setiap urusan aku dengan mereka seperti makan, mengemas dan lain-lain.

Dua angkatan muda yang selalu memberi tekanan kepada ku untuk
kahwin!! (kiri Shahiran dan kanan Farid)

Tidak kurang juga ketika aku menemui sahabat-sahabat lamaku seperti Rahim, razif dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan. Soalan mereka yang menjadi mukaddimahnya ialah Bila aku nak kahwin. Aku jumpa ibu angkatku iaitu Ustazah Jah (Bekas guru Pendidikan Islam SM Teknik Bachok) ketika bertemu setelah lama tak berjumpa... huhuhu, soalan yang sama di lontarkan.. Dirumah pun tak kurang hebatnya bila soalan yang sama ini turut dilontarkan oleh adik-adik ku (terutama yang perempuan) dok tanya bila mereka akan dapat kakak ipar kedua... Apa jawapanku ? Tunggulah , kan Faiz (adik Ketigaku) akan bertunang tak lama lagi... dapatlah kakak ipar kedua ngko nanti... itulah ayat terbaik untuk aku selamatkan diri sendiri.. Mak aku? dia tak tanya direct kat aku... dia bangkitkan isu ni bila kawan-kawanku bertandang kerumah..

Di setiap penjuru aku diserang dengan soalan yang sama .. dalam blog, tak kiralah, Fadhil Ismail (teman seperjuangan Poli) membangkitkan soalan yang sama :

Fadhil : baru ni kawe chat ngan umi (pensyarah Poli) ... umi tanya bila demo nak kawin?? kawe bagi blog demo kat umi ....cian (kasihan) ko akhawat doh ikhwah pakat xsir mitok blakow...


Hek eleh Fadhil ni, ngate kat kita..dia tak terlibat ke dalam hal ni?? hehe..Umi.. umi pun dah tau cerita ana ni kan?? dah belum jumpa jodoh lagi kan?? huhuhu...Dulu ada jugak mintak bantuan umi melalui Baitul Mawaddah.. dah usaha tu x berjaya ....jadi terima ajalah ketentuan itu...

Couple In Islam???.


Aku sering menasihati tak kira sahabat-sahabatku, adik-adik PPIK, SSR dan lain-lain. Kalau boleh dalam usia remaja ni , jangan lah terlibat dengan budaya skandal couple-couple ni lebih lagi bila kita dalam organisasi... macamna orang nak respek kalau kita tegas , hebat di medan kawat, tapi dalam satu masa anak buah kita dok nampak kita sedang "melabuhkan kapal -kapal" (couplelah tu) ...

Bak kata ustaz aku , Tak ada istilah "Couple In Islam" ni.. walaupun ada kumpulan-kumpulan turut dok mengarut dalam lagu nasyid tentang lagu-lagu bervariasi cinta ni.. kalau aku pula, aku akronim perkataan couple ini Islam ini sebagai CIS !! ... (CIS!! Berdebah sungguh budak2 yang couple ni...@Q7#q^$^q$#^q$ ) - NADA SUMPAH SERANAH


Kata ustaz aku lagi, sebaik-sebaiknya kalau nak kekal kasih sayang antara suami isteri ni, kita kena bercinta selepas kahwin.. lagi mantap!! Ini tidak... apa guna bercinta sebelum kahwin?? tak der maknanya... Orang berwawasan, jiwang siut tak mainlah beb!!

Mencari Takdir


Betul kata orang, kita kenalah cari takdir kita, barulah kita tahu siapa takdir permaisuri yang akan menjadi suri perjuangan disamping kita ni.. heeee.. aku pernah mencari takdir itu, lucu jugak, bila mana aku jadikan seorang akhawat itu sebagai perantara , untuk bertanyakan tentang seorang kawanku dari organisasi pelajar ku, dengan harapan sekurang-kurangnya terjumpalah takdir itu... huhuhu..malangnya kawan akhawat tu sudahpun bertunang.. nak kahwin pun tak lama lagi. .. heee.. itulah salah satu kenanganku mencari takdir...

AKU, DIA dan MATLAMAT
Satu nasihat mashyur ku kepada adik-adik yang sedang hangat nak cari pasangan ni sedangkan dia ada tugas paling penting.. aku bagikan formula ini iaiatu AKU DIA DAN MATLAMAT

Golongan 1
Aku mampu merentasi halangan dan sampai ke MATLAMATKU ...

Golongan 2
Aku dalam merentasi menuju halangan, bertemu dengan si DIA , dan aku jadikan dia sebagai sebahagian dari hidupku untuk menuju ke MATLAMAT ( Boleh jaga ke niat camni masa hanagt2 remaja ni??)

Golongan 3
AKU menjadikan DIA sebagai MATLAMAT ( Yang ini parah... kalau dia tak sudi.. Aku jatuh tersungkur kecewa sampai tak bangun-bangun lagi)

Golongan-golongan di atas ini aku cuba kaitkan dengan hadis 1 Imam Nawawi (Hadis 40) :

HADIS Nabi SAW yang masyhur dan diriwayatkan Umar al-Khattab bermaksud:
"Sesungguhnya sesuatu amal itu (bermula) dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa diniatkan itu."


Jadi bagi aku, dalam tugas aktivisku dalam ABIM dan PKPIM, aku tak akan mencampuri urusan peribadiku dengan aktivis sukarelawan dakwah yang aku jadikan sebahagian daripada lapanganku.. sebab takut hijrah tu yangbergantung kepada apa yang aku niatkan....

Buat Bakal Permaisuri aku



Hee... bukanlah aku nak bukak tender terbuka ni, tapi ikhlas aku nyatakan...walaupun sehingga kini aku tak tahu siapakah yang akan ditakdirkan untuk menjadi permaisuri hidup aku selepas ini, bukan niat aku untuk tidak mencari takdir itu, kerana aku tahu dan semua pun tahu bahawa Allah telah tetapkan 3 takdir yang tidak diketahui oleh kita iaitu Rezeki, Ajal dan Jodoh . Jadi buat bakal permaisuri ku ini, Hari ini bukanlah saatnya ku membalas penantian kalian... mungkin kerana tugas dan tanggungjawab ku yang terpaksa aku tanggung... Oleh itu, NANTIKANKU DI BATAS WAKTU (bila tiba masanya)....





Nantikanku di Batas Waktu
Album : Masa Muda
Munsyid : edCoustic
http://liriknasyid.com


Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

Lagu/lirik : Deden Supriadi


Nota : Hari tu masa aku berbicara dengan akhawat yang menjadi perantara
dengan pilihanku (yang dah berkahwin) aku tanya dia... bolehkah aku jadikan dia pilihan hati yang akan menemani tugas aku seperti yang terlakar kat komik di bawah ini :

(Klik pada gambar untuk Resolusi yang jelas)