Travelog 4 : Keindahan Bersama-Mu (Hari terakhir di P.Perhentian)

Menikmati Waktu Subuh di Hari Terakhir

From pulau perhentian


Pagi subuh : Usai solat Subuh, sekali lagi saya bersama Pak da, Tok Imam dan beberapa penduduk. kali ini tidak lagi santai di tepi tangga masjid. Tapi kali ini, berjalan-jalan bersama mereka di tepi tebing pulau melihat keindahan pagi yang sangat indah. Waktu ini, keadaan sangat tenang, air laut di sekitar pulau ni pun tidak bergelora walau sedikitpun, tenang sangat... kalau tak silap saya , pak Da memberitahu , pada waktu ini, air laut di kawasan ini dikenali dengan suasana air kaku... sebab tidak bergelora. Kata beliau waktu ini, kalau bot-bot kecil suatu masa dahulu sukar hendak berlayar kerana tiada angin. Sekarang ini, masalah ni sudah bukan menjadi masalah sebab bot-bot sekarang sudah menggunakan enjin.

Rancangan Pulang Awal

Jam 9.00 pagi, saya bersama teman-teman yang lain termasuk ustaz tarmizi ,Anuar Ibrahim dan Cikgu Kamarudin (guru besar) bersarapan di kantin. Ketika menikmati juadah, saudara Anuar sibuk menghubungi pakcik Mat untuk menempah bot untuk pulang ke Jeti. Beliau berhasrat untuk pulang ke Besut seawal pagi ini. Tetapi dia berasa resah gelisah kerana apabila beliau menyatakan hasrat itu, saya dan sir syafiq membuat keputusan untuk pulang awal bersamanya juga. maklumlah saya dan sir syafiq ni bekerja dengan kerajaan, tempoh cuti hanya berakhir hari ini. Kalau pulang lewat , takut-takut berlaku apa-apa kemungkinan seperti ketiadaan bot atau sebagainya.

Anuar rasa tak sampai hati memandangkan saya dan sir syafiq belum lagi menikmati keindahan pulau ini. Rancangan kumpulan fasilitator hari ini, memandangkan murid-murid semuanya menghadapi peperiksaan, ruang masa yang terluang hajatnya mereka ingin menjelajahi pulau ini dan menikmati keindahan dasar laut melalui aktiviti snorkling. Tapi saya masih dengan pendirian semalam. Rasanya tidak ada masalah kalau tidak dapat menikmati kerana kehadiran saya di sini hanyalah untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan di sini. Andaikata saya berhasrat untuk menikmati rasanya saya masih boleh untuk hadir semula ke sini kelak.
From pulau perhentian


Namun, mungkin hikmah Allah swt mentakdirkan supaya saya bersama dengan teman-teman menikmati keindahan di sini. Bot yang ingin di tempah oleh saudara anuar memang tidak ada di waktu pagi. Masa perjalanan bot kalau palling awal jam 12.00 tengahari dan yang terakhir jam 4.00 petang. Akhirnya keputusan yang di ambil ialah SNORKLING!!


From pulau perhentian

Tetapi saya masih menolak untuk menyertai aktiviti itu kerana saya berhasrat nak bertemu dengan adik-adik yang saya ajarkan mereka solat semalam. Saya tidak ingin perkara yang berlaku di Pulau Ketam januari lepas berlaku sekali lagi di sini. (Rujuk artikel ini ) . Akhirnya kerana permintaan teman-teman khususnya Anuar Ibrahim dan Ustaz Tarmizi , saya akhirnya akur untuk menyertai mereka.

Latihan Sebelum Snorkling

From pulau perhentian
Ayah Haji..lagaknya seperti pelancong dari Amerika Latin


From pulau perhentian
Bersedia untuk dilambung ombak..


From pulau perhentian


akhirnya dua buah bot laju yang sudah ditempah menjadi kenderaan air kami menuju ke tempat untuk kami snorkling. Hamizah dan sahabatnya tidak mengikuti aktiviti ini kerana ada urusan di pejabat Yapeim (guna internet). Hehe..hamizah...rugi tau tak join...

From pulau perhentian


From pulau perhentian
Alami, Anuar dan Bat..bersedia untuk misi menyelam


aktiviti Snorkling ini ialah aktiviti menyelam di permukaan dengan memakai goggles dan life jacket. Permulaan sebelum kami ke lagoon untuk menikmati keindahan dasar laut, kami perlu melatih dan membiasakan diri dengan air laut dalam dengan membuat sedikit latihan berenang di Pulau pasir panjang. usai berlatih, bot yang kami naiki terus membawa kami ke Lagoona untuk kami melaksanakan aktiviti menyelam di sana.



Keindahan Bersama-Mu


sampai sahaja di Lagoona, orang pertama yang terjun ke lagoon itu ialah Ustaz Tarmizi (TYDP ABIM) dan Alami (SU ABIM). Selepas terjunan itu, terus dia (Alami) mendekati bot yang yang saya naiki. Dalam keadaan teruja, mulut Alami tidak henti-henti menyebut kalimah Subhanallah usai melihat keindahan di dasar laut itu. Lantas saya pula mencuba untuk terjun dan merasai nya sendiri. sebenarnya saya masih gemuruh dan trauma... Saya amat takut bila menyelam di laut dalam. Terhimbau semasa saya darjah tiga dahulu, pernah lemas di jeram linang. Trauma itu masih ada hingga sekarang... Kali pertama terjun saya masih ingin berpaut pada bot atau tidak mahu menjauhi bot... sedangkan dengan memakai life jacket, saya tak akan tenggelam pun..

From pulau perhentian
Ustaz Tarmizi menunjukkan ikan-ikan yang mengelilinginya

From pulau perhentian
Saya bersama Anuar Ibrahim dan Ayah Haji


From pulau perhentian


Apabila menjenguk ke dasar laut... keadaan saya sebagaimana saudara Alami tadi, Subhanallah..amat cantik!! keindahan batu karang, ikan-ikan berwarna warni berenang bebas ... sungguh... kalau selama ini suasana keindahan di dasar laut ini dapat saya lihat pada skrin komputer pada screen saver... namun kali ini saya melihat secara langsung pada pandangan mata saya sendiri. Ikan-ikan yang berenang bebas mengelilingi saya dan teman-teman lain..apatah lagi kalau ditangan ada sebuku roti yang sememang di bekalkan untuk membolehkan kami mendekati ikan-ikan itu ketika ikan itu makan.


Mengejar Penyu

Betul-betul di hadapan resort Pulau Perhentian, destinasi bot kami berpusing-pusing seakan-akan hendak memintas sesuatu. Kelihatan dari jauh, ustaz Tarmizi menjongolkan kepalanya ke air untuk mengintai objek di dasar laut. rupa-rupanya objek yang sedang di intai di dasar laut ialah penyu. ade ker penyu di kawasan ini?? Persoalan awal bermain di minda...

From pulau perhentian
aku ni pemalu...yang ngko amik gambar tu ape kejadahnye..amiklah..amik..amik..


Tiba-tiba anak kecil pemandu bot menjerit.."sini..sini.. tu dia penyu !! " terus gerombolan perenang snorkling amatur terjun menyelam untuk melihat objek yang dikatakan penyu itu. Sah!! memang penyu... saya memerhatikan penyu dewasa itu dari permukaan.. seakan-akan saya berada di langit melihat penyu di dasar... rasa geram nak menyentuhnya. Tapi apakan daya , saya memakai jaket keselamatan... tiada peluang untuk menyelam ke dasar.. terhad untuk permukaan sahaja.


From pulau perhentian


Kelihatan penyu itu sedang memakan makanannya. Tiba-tiba penyu itu menguis kakinya, kemudian berenang , menuju ke atas .Apabila penyu itu tiba di permukaan terus kami semua semua bersorak tanda teruja. Kemudian dengan lajunya penyu itu berenang.. lantas semua perenang snorkling ini mengejarnya.. namun perenang seperti saya ni.. macam kura-kura berlumba dengan arnab..paling lambat..hehe

Menjejak ikan Yu dan Mandi di Tadahan air berani

From pulau perhentian
Inilah kot gambaran seekor ikan yu.. ihsan gambar internet

Bot yang membawa kami kemudian terus membawa kami ke tempat seterusnya, kawasan ikan yu (bukan puyu ya!!).. tergambar di fikiran saya.. ikan yu ni macam ikan jaws yang makan orang di kaca Tv tu ker?? Sampai di kawasan itu, terus kami menyelam menjejaki ikan yu. kawan-kawan lain ada yang terserempak dengan nya .. saya pula ?? Ikan Yu tak jumpa, tapi kalau ikan nemo jumpalah..

From pulau perhentian


Usai menyelam di kawasan itu, akhirnya kami menamatkan ekspedisi kami dengam menikmati kesegaran dan kesejukan air berani di kawasan tadahannya di pulau besar. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, air berani rasanya memang tawar dan segar. Lebih enak meminumnya terus.. info yang diberitahu oleh cikgu kamarudin, jika air ini di masak trlebih dahulu, rasanya akan lain. Air ini hanya elok di minum terus. Apatah lagi kehebatannya air ini jika dicampurkan dengan air masin, rasanya tetap tawar...

From pulau perhentian
Cikgu syafiq tak melepaskan peluang mengambil air berani untuk di bawa pulang


Tapi yang tidak best di situ ada dua. Pertama ketika mula-mula sampai, kawasan itu telah diserang terlebih dahulu oleh pelancong dari negara cina kalau tak silap ( dah muka cam cina.. cina Taiwan kot) . Kenalah tunggu diorang mandi dahulu sampai mereka puas.. Kemudian barulah giliran kami pula untuk mandi.

From pulau perhentian
Melepak sambil menunggu giliran

From pulau perhentian
Air berani yang bertembung dengan air masin... tetapi rasanya tetap tawar..sebab itulah air ini dinamakan air berani


Kedua, yang tak best juga , apabila saya terkena perangkap sir syafiq dan Abdullah nawi.. dia menawarkan air botol kepada saya untuk meminumnya. Mati-mati saya ingat air botol itu adalah air berani, sebab Pak Lah sudah pun mendemonstarsi meminum air tesebut. Lantas apabila air itu dihulurkan pada saya.. terus saya cover perit kemasinan air itu. Namun adegan meminum air ini memang sudah diperhatikan oleh si perancang.. lalu di ketawakan saya ramai-ramai.. kesian betul saya diperlakukan sebegitu...huhuhu

Akhirnya jam 12.30, kami pun pulang ke pengkalan (pulau kecil), kepenatan tetapi puas memang terasa.. badan-badan terasa lenguh kerana kudrat ini digunakan sedaya mungkin untuk berenang. Ada juga yang pening-pening mabuk laut... hehehe..sememangnya, keindahan ciptaan tuhan ini meninggalkan kenangan yang amat manis di sini. memang berazam untuk datang lagi kesini.

From pulau perhentian
Kesian ...dah mabuk laut dah...


From pulau perhentian


Bertolak Pulang.


2.00 petang, selepas solat zohor buat kali terakhir di masjid bersama ahli jemaah , kali ini saya kira melakukan salam widhak (penutup) lah dengan ahli jemaah di sini, terutamanya Pak Da. Semoga saya boleh berkunjung lagi ke sini untuk berjemaah bersama mereka dan mendengar Pakda bercerita lagi.

Di Dewan Batin Mina, kelihatan abah Zahidin bersama anaknya (fadzli) sedang menikmati makanan bersama fasilitator yang lain. Malam ini giliran abah pula yang akan berceramah di hadapan audien yang ramai sedikit berbamding biasa. Kali ini ceramah beliau akan bersama-sama ibu bapa murid-murid. Saya tidak dapat merakam kejadian malam ini, kerana sudah tiba masanya untuk saya berpisah buat sementara dengan masyarakat di pulau ini. Nanti catatan saya akan menulis kejadian yang akan berlaku malam ini melalui cerita daripada fasilitator yang lain.

Demi Matahari dan Sinarnya.

From pulau perhentian


"abang Fatih..abang Fatih... sebelum abang balik, boleh tak nyanyikan sekali lagi lagu demi Matahari untuk kami... , inilah dialog permintaan adik-adik yang meminta saya menyanyikan sekali lagi di hadapan mereka. Ketika itu mereka sedang membuat latihan matematik bersama-sama kakak fasilitatornya di dewan terbuka Batin Mina.

From pulau perhentian


Agak keberatan untuk saya menyanyikannya, namun mereka tetap memaksa menyebabkan saya akur dengan permintaan mereka. Akhirnya saya menyanyi secara bersyarat. Syaratnya, mereka juga perlu menyanyi dan menggayakan pergerakan tangan lagu itu.

Usai menyanyi, akhirnya tibalah detik-detik perpisahan, semuanya bersalaman buat kali terakhirnya dengan saya dan sir syafiq dalam pertemuan ini. Saya sempat bergurau dengan mereka, " Tolong jaga kakak adik-adik ni ya!"... sambil saya menunjukkan kepada teman fasilitator puteri. Seorang adik perempuan yang sejak pagi tadi bertanyakan saya bila akan balik, memegang tangan saya lantas menyuarakan hasratnya, " Harap abang fatih akan datang melawat kami lagi ya!".. sayu sahaja mendengarnya.


From pulau perhentian
Perjalanan pulang ke Jeti..Jurugambar : sayalah..

Insya Allah. Moga-moga saya boleh datang lagi untuk melihat perkembangan adik-adik yang sekian ditarbiyyahkan selama seminggu ini bersama fasilitator mereka. Dalam kekalutan untuk bergegas ke jeti, saya cuba memerhati anak -anak kecil yang saya ajarkan mereka solat semalam. Seorang pun tidak kelihatan. Mungkin masih berada di rumah. moga-moga kelak saya boleh hadir lagi ke sini, berjumpa dengan mereka. Memberikan sesuatu yang terbaik untuk mereka... Tarbiyyah Islamiah...

Demi Matahari dan Sinarnya di pagi Hari,
Demi Bulan apabila mengelilingi,
Demi Siang apabila menampakkan diri,
Demi malam apabila menutupi,
Demi Langit dan seluruh binaan,
Demi bumi dan semua yang ada di permukaannya,
Demi Jiwa dan penyempurnaannya,
Allah Mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi mereka yang mensucikannya,
Dan Merugi bagi yang mengotorinya.

- Asy-Syams (91:1-10) -




Gratisan Musik