Travelog 3 : Menyantuni orang lama (Pak Da)

From pulau perhentian

Sepanjang berada di Pulau Perhentian, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada makmum berjamaah di masjid. Di sinilah tempat saya untuk bertemu dengan warga penduduk khususnya golongan yang tua di pulau ini. Kesempatan ini, tatkala selepas solat berjamaah, ahli jamaah akan berada di serambi dan tangga masjid untuk mereka berborak dan bertanyakan khabar. Maka pada waktu inilah saya berkesempatan untuk menyertai mereka untuk mengenali dengan lebih jauh tentang keadaan masyarakat di sini. Kesempatan inilah saya dapat berkenalan dengan orangl ama yang berbahasakan dirinya Pak Da.
Namun sedikit mengecewakan kerana saya tidak dapat merakamkan foto saya dengan beliau kerana pada waktu ini, saya "kehilangan" kamera digital saya. Mungkin kerana sibuk membantu mengendalikan ceramah sir syafiq semalam, kamera itu tercicir. Bersembang dengan Pakda, banyak input asas yang diperolehi seperti latar belakang beliau, keadaan perkampungan serta survival yang harus ditempuhi.

2 Sumber Rezeki Generasi Pertama

From pulau perhentian


Rupa-rupanya, Pakda merupakan penduduk yang bermastautin di sini. Kampung asal beliau ialah di pantai Changgong di Bachok, kiranya beliau ini sekampung dengan arwah atuk saya kerana keluarga di sebelah ayah saya merupakan orang kampung pantai changgong.

From pulau perhentian


Berkenaan dengan keadaan di sini, beliau bercerita dahulunya, segala bekalan makanan dan buah-buahan, ikan dan segalanya di perolehi di sini. Penduduk generasi pertama di sini memanfaatkan dua sumber rezeki utama di sini iaitu pertanian dan nalayan. Di pulau inilah menjadi lubuk makanan untuk di jual di daratan semenanjung. Namun sejak di pulau ini menjadi kawasan pelancongan, generasi baru masyarakat penduduk di sini mula menumpukan dan memenuhi ruang pekerjaan yang disediakan di sektor pelancongan seperti pemandu bot, pengawal keselamatan, tukang kebersihan dan pelbagai jawatan di sektor ini. Memandangkan pekerjaan ini tidak memerlukan kudrat dan sumber rezeki mereka berasaskan kerja "makan gaji", akhirnya pekerjaan 2 sumber utama di sini suatu masa dahulu (nelayan dan pertanian) akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Ladang pertanian yang menjadi tempat penanaman buah-buahan dan sayuran akhirnya ditinggalkan usang begitu sahaja. Begitu juga dengan kerja nelayan , bot-bot nelayan yang berlabuh di sekitar pulau inipun kebanyakan daripada nelayan dari daratan yang singgah ke sini.

Kerja Makan Gaji

From pulau perhentian


Keadaan ibubapa yang bekerja "makan gaji" di sini juga memberikan kesan yang sama seperti apa yang berlaku di darat seperti kehidupan moden di bandar. Kesibukan kedua ibu bapa yang sibuk mencari rezeki di resort dan chalet menyebabkan mereka meninggalkan anak-anak mereka bersendirian menguruskan diri. Kata Pakda, anak-anak yang ditinggalkan di rumah, usai pulang dari sekolah, mereka akan membeli makanan tengahari mereka di kedai-kedai makanan menggunakan wang saku yang sudah disediakan di kocek baju yang disangkut pada dinding oleh ibu bapa mereka masing-masing.

From pulau perhentian


Keadaan yang amat menyedihkan, jurang waktu yang memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka menyebabkan anak-anak mereka terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan seperti ketagihan dadah, minum arak dan sebagainya. Apatah lagu suasana di kawasan perlancongan yang dilawati oleh pelbagai manusia berbagai bangsa di seluruh dunia menjadikan keadaan mereka akan terdedah dengan budaya-budaya barat yang dibawa bersama ketika melancong ke sini. Jika didikan agama tidak menjadi agenda memperkasakan jatidiri mereka, kelak generasi ini akan musnah akibat kemelaratan faktor budaya yang di bawa ke sini.

Survival Modal insan Pulau Perhentian

Mendengar rintihan pakda tentang isu ini, beliau mencadangkan agar di pulau ini diwujudkan satu pusat tarbiyyah remaja dan belia yang berperanan membina jatidiri generasi muda belia dengan pembinaan tarbiyyah. Beliau berharap agar ada kumpulan-kumpulan agamawan yang boleh memberikan khidmat tarbiyyah kepada anak mereka di sini khususnya kepada generasi belia dan remaja. Pada konotasi fikiran saya, kehadiran Yapeim membina sekretariat di sini adakan merupakan penyelesaian kepada cadangan pak da tadi.

From pulau perhentian


hasil input asas inilah, saya menyeru kepada teman-teman fasilitator yang mengendalikan program kecemerlangan motivasi di pulau ini, agar mengambil ruang tanggungjawab untuk lebih mendekati masyarakat di sini agar mereka boleh mengetahui sedikit sebnayak tentang keadaan dan masalah masyarkat di sini untuk di atasi semampu mungkin. Saya membicarakan kepada teman-teman seperjuangan di program ini, agar tugas sebagai fasilitator ini tidak dilakukan sambil lewa. Dari segi peranan, saya menyatakan kepada mereka agar fungsi kita di sini bukan semata-samata sebagai fasi, tetapi juga sebagai daie yang menjadi missionary muslim yang cuba menyampaikan dan mengajak masyarakat kepada cara hidup islam.



Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog