Memperingati Pembukaan Konstantinople dalam usrah

Salam semua...
Semalam saya menghadiri usrah ABIM kelantan yang cukup signifikan dengan tarikh hari ini 29 Mei 2009.. Ketika ini di Turki, akan berlangsungnya Sambutan Memperingati Pembukaan Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih dan tentera-tentera terbaiknya. Ketika ini pengasas GPTD, Tn Hj Ahamd Azam bersama pimpinan-pimpinan Wadah, ABIM dan PKPIM berada di sana untuk mengikuti sambutan dan mesyuarat Agung UNIW (Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia). berikut adalah entry yang saya ambil dari laman web ABIM Kelantan dan GPTD Al-Fatih :

29 Mei 2009
From Grup Generasi Al-Fatih | GPTD Kelantan



Usrah exco pimpinan ABIM Kelantan yang berlangsung di Sekretariat ABIM Kelantan dan di naqibkan oleh Yang dipertua ABIM Kelantan, Al-fadhil Ustaz Faisal bersetuju untuk merintis Grup Generasi Al-Fatih yang merupakan grup di bawah GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) sebagai platform bagi menggerakkan misi tema Muktamar ABIM Kelantan kali ini yang akan berlangsung pada Julai hadapan. Dalam usrah ini, sedikit gimik pelancaran Grup ini telah dilakukan oleh Ustaz Faisal di ruangan blog GPTD-AlFatih.

From gptd-alfatih
Dari kiri saudara Anuar Ibrahim, Ustaz Fadlul, Alami (SU ABIM),
Ustaz Faisal (YDP) dan saudara Afzan (Ketua GPTD-Al-Fatih)


Tema yang dipersetujui ahli exco usrah untuk muktamar ABIM Negeri kali ini ialah Meneladani Qudwah, Membina Generasi. Tema ini mengambil semangat dan penghayatan teladan tokoh yang berjaya manakluki kota Konstantinople pada tarikh 29 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih dan generasi terbaik di zaman baginda. Sebagai berkongsi semangat yang di sinergikan pada pertemuan usrah kali ini sehingga mencetuskan Tema dan resolusi merintis Grup Al-Fatih, berikut adalah kronologi dalam pertemuan usrah kali ini :

Pengisian Usrah : Peribadi Unggul Rasulullah, Watak Yang Terakam Dalam Al-Quran

From gptd-alfatih


Usrah yang dimulakan dengan pengisian ringkas oleh Ustaz Faisal tentang isu generasi muda dan penghayatan Qudwah Rasulullah SAW. Menginsafi bahawa Keruntuhan Akhlak/ Moral Generasi Muda bererti Kehancuran Sesuatu Bangsa, bermakna wajarlah generasi muda hari ini harus di bina kembali budi pekertinya. Ustaz Faisal memetik ungkapan seorang penyair bernama Syauqy, beliau Bermadah;

Sesuatu umat itu tidak lain melainkan budi pekerti.
Selama budi pekerti itu ada maka adalah umat. Sekiranya
budi pekerti itu lenyap maka lenyaplah umat .

Ustaz menegaskan generasi perubah masyarakat hari ini sememangnya terdiri daripada mereka yang mempunyai karakter budi pekerti yang mulia. Beliau menyentuh tentang bagaimana hadirnya Rasulullah SAW ditengah-tengah masyarakat jahiliyyah yang mempunyai moral yang amat buruk akhirnya berjaya di ubah secara total moralnya kepada masyarakat yang berakhlak mulia.

Perubahan masyarakat ini boleh dilihat dari karakter Rasulullah sebagai Moralis yang membawa
misi memperteguh asas-asas akhlak yang terpuji dikalangan manusia dan hadirnya baginda di
tengah-tengah masyarakat sebagai pembawa Risalah Kenabian.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya adalah pada diri Rasulullah SAW itu
contoh ikutan terbaik” ( al-ahzab, 33:21 )

“Sesungguhnya engkau itu wahai Muhammad benar-benar punyai budi pekerti yang mulia”
( al-Qalam: 68:4 )

Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”

2 Fungsi Besar Generasi Moralis - Agent Of Change

Rumusan daripada qudwah Rasulullah tadi, dua fungsi besar yang harus di pugar dalam pembawakan generasi muda sebagai "moralis" atau agen perubahan iaitu :

Pertama : sebagai Perubah manusia (Human Transformers)
Kedua : pembina budaya (Culture Builder)
Ustaz menegaskan bahawa dua fungsi ini memainkan peranan yang amat penting kerana sebagai
perubah manusia (human transformer), generasi ini sudah pun melalui saringan kaedah transformasi insan dalam dirinya sendiri iaitu mengubah diri (Taghyir Al-Anfus ) dan membentuk akhlak yang mulia (Taqwin Al-Akhlak Al-Karimah).

Manakala sebagai pembina budaya, generasi muda ini tidak akan dipengaruhi oleh keadaan dan
budaya buruk di sekelilingnya malah mampu mempengaruhi keadaan dan mengubah budaya buruk itu kepada budaya aklaq yang mulia. Bagi mengukuh idea 2 fungsi moralis di atas, Ustaz Faisal mengungkapkan Fakta Sejarah – bahawa ;

Rasulullah SAW berjaya mengubah imej akhlak masyarakat Arab Jahiliyyah yang tergambar seperti penyembahan berhala, pembunuhan anak perempuan, minum arak, berzina, peperangan antara qabilah, penipuan, penindasan bertukar kepada Satu masyarakat yang toleransi, harmonis dan saling hormat menghormati.

Melihat kepada keadaan jahiliyyah moden yang berlaku pada hari ini melibatkan masalah berikut :

Antarabangsa
* Kemiskinan
* Pemimpin Rasuah
* Penyakit Berleluasa
* Buta Huruf
* Budaya Hedonistik Malazzat
* Gejala fasad Mungkar

Lokaliti
* Pengangguran
* Perang Saudara
* Perceraian
* Berkonflik
* Pergaduhan Sesama Sendiri
* Pembaziran
* Tidak Berakhlak
* B’gantung Negara Luar


maka jelas dunia hari ini memerlukan generasi moralis yang mempunyai elemen 2 fungsi untuk merubah masyarakat. Akhirnya perbentangan ini mendapat reaksi pelbagai oleh teman -teman exco bagaimana keadaan semasa di lapangan seperti di alam mahasiswa, masyarakat dan lapangan kerjaya.

29 Mei dan sultan Muhammad Al-Fatih

From gptd-alfatih


Jam 12.00 malam seketika nanti, tarikh akan berganjak ke Tarikh 29 Mei 2009. Tarikh keramat 29 Mei ini suatu ketika dahulu pernah memugar sejarah tentang penaklukan sebuah Kota Agung
yang pernah di ungkapkan oleh Nabi SAW :

“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan) nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya”
[Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]

Mengambil semangat 29 Mei 2009, Ustaz Faisal berkongsi dengan pimpinan exco tentang sejarah Al-Fatih yang di adaptasi dari artikel senior iaitu Datuk Husam Musa dalam artikel terkininya mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih.

From gptd-alfatih


Manakala saudara Faizul Afzan yang merupakan Ketua Penyelaras GPTD Kelantan , membentangkan presentasi modul "Meneladani Qudwah, membina Personaliti" yang diadaptasi oleh sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih. Modul ini kali pertama di bentangkan di hadapan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Pulau Chondong, Machang pada 10 APril yang lepas. Modul perbentangan ini merupakan modul motivasi pembinaan karakter generasi muda berasaskan teladan Tokoh khususnya Sultan Muhammad Al-Fatih.

Tema Muktamar ABIM Kelantan

Akhirnya selepas perbentangan pengisian Usrah pada tadi, agenda pengisian usrah beralih kepada perbincangan asas konsep muktamar ABIM negeri Kelantan kali ini. Cukup signifikan, persetujuan exco terhadap konsep Muktamar ABIM kali ini cukup menarik. Tema yang akan diangkat kali ini sememangnya berasaskan modul dan pengisian usrah yang dibentangkanseketika tadi.

Dengan mengambil semangat dan budaya serta minat generasi muda hari ini, dan meneladani qudwah tokoh-tokoh islam terdahulu bermula qudwah teragung Nabi Muhammad SAW, merentasi tokoh-tokoh Islam yang lain sehinggalah kepada qudwah Sultan Muhammad Al-Fatih, persetujuan di kalangan exco ABIM untuk mengangkat tema yang menyantuni kedua-duanya iaitu Meneladani Qudwah , Membina Generasi

Misi di sebalik tema "Meneladani Qudwah, Membina Generasi"

Disebalik tema ini, mempunyai huraian-huraian misi yang akan diserlahkan oleh pimpinan dan aktivis ABIM kali ini. secara asas, tema kali ini akan memperbaharui jenama-jenama program yang sudah dilakukan untuk menarik generasi muda. Setiap aktiviti yang berbentuk rekreasi, ekstrim yang menarik generasi muda seperti mendaki gunung, menjejak pulau , ataupun program yang bersifat motivasi dan ilmiah akan diselarikan dengan Nilai Islam.

Sebagai contoh Ekspedisi Mendaki Gunung bakal dijenamakan sebagai Ekspedisi Tariq Ziad, yang mana disebalik aktiviti ini , kepenatan pendaki merasi cabaran mendaki akhirnya akan di isi makna perjuangan tokoh-tokoh Islam seperti Pangkima Tariq Bin Ziad.

Bahkan aktiviti bersifat kesukanan juga akan diterapkan nilai disebalik itu. Inilah yang dimaksudkan makna tersirat disebalik tema. iaitu menerapkan nilai disebalik aktiviti.

Grup Al-fatih Merintis Tema

Dalam usrah kali ini juga, mengambil semanagat 29 Mei sebagai hari memperingati Pembebasan Konstantinople, Ustaz Faisal dan pimpinan exco secara drastik bersetuju untuk merintis Grup Generasi Al-Fatih kelolaan GPTD dengan menjadikan Ustaz Faisal sebagai mentor dan Faizul Afzan sebagai Ketua Grupnya. Melalui persetujuan itu, sedikit gimik pelancaran ringkas di adakan iaitu YDP ABIM meletakkan kenyataan ringkas di ruangan Shout Box blog GPTD-AlFatih dengan mesej berikut :



YDP ABIM Kelantan :
"Salam. membina generasi perlukan qudwah. abim kelantan akan rintis al-fatih"

kemudian tepat jam 12.00 malam, 29 Mei 2009, Semua Exco ABIM termasuk Setiausaha Agung PPIK (Shahiran) bergambar kenang-kenangan sebagai reaksi pelancaran "Grup Generasi Al-Fatih-GPTD" oleh Al-Fadil Ustaz Faisal. Grup ini akan menjadi perintis , yang akan bergerak bertemu generasi muda menganjurkan program yang berasaskan Tema "Meneladani Qudwah membina Generasi". Grup ini juga akan mengembangkan idea 2 fungsi yang telah dibentangkan oleh Ustaz Faisal dalam usrah tadi iaitu "Human Transformers dan Culture Builder"

From gptd-alfatih
Turut Hadir, Setiausaha Agung PPIK, saudara Syahiran (kiri)


Semoga dengan pelancran Grup ini, akan melahirkan generasi muda khayra Ummah yang akan memimpin masyarakat berasaskan teladan tokoh-tokoh terdahulu. Majlis usrah berakhir sekitar jam 12.15 malam.



Gratisan Musik
Detik-Detik Hidupku

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Peringatan Muktamar ABIM Daerah Tumpat


Lady Bug Note Generators






Gratisan Musik
Detik-Detik Hidupku


penafatih | Detik hari kelahiran

Laskar Pelangi | untuk adik-adik kita di Pulau Perhentian

Salam... buat sahabat-sahabat yang pernah menjadi fasilitator di SK Pulau Perhentian, semalam saya melihat video klip Laskar Pelangi nyanyian Nidji.. Bila melihat video klip itu, terhimbau watak adik-adik kita di Pulau Perhentian.. hajatnya nak buat satu video klip khas untuk adik-adik kita di Pulau Perhentian... Tapi sebelum itu, hayatilah video klip nyanyian Nidji ini..LASKAR PELANGI!!!!



Detik-Detik Hidupku


penafatih | Detik hari kelahiran

Banner untuk iluvislam Topblogs


Salam... sekadar untuk menjadi sebahagian daripada sahabat-sahabat muslim yang berjuang di alam siber.... -penafatih-




Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Anugerah Dinar | Blogger Muslim

1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda.

Oleh kerana saya memulakannya, saya hanya menunggu kiriman balas teman-teman yang sudi memberikan award ini kembali kepada saya... hehe... hanya sekadar menunggu...


2- Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anugerah.

Orang yang pertama yang beri saya Award ialah Mimie Hamizah (Uber Cup) dari USM Kubang Kerian .... Awards yang di hantar oleh beliau mendorong akhirnya saya mencuba mencipta "Award" sendiri untuk menghargai teman-teman blogger yang lain. Maka eloklah saya menyatakan 5 Fakta terbaik mengenai Mimie Hamizah :

1. Tegas
2. Kreatif menyatakan idea.
3. Boleh dan mampu mendorong orang lain.
4. Kemampuan mandiri @ berdikari ( jual susu kambing untuk projek bagan Hailam -
Pulau Ketam.)
5. Suka belajar dari alam ( salah satu karekter Ulul Albab - Muslim Professional @ Protaz)

3-Tuliskan 10 perkara tentang diri anda sendiri

1. Suka kepada idea inovasi. Cam mencipta award ni... dengan idea inovasi... sekurang-kurangnya saya menghargai idea kreatif orang lain.

2. Suka kepada kanak-kanak dan kanak-kanak suka kepada saya.... perkara ni selalu saya fikir. Kenapa kanak-kanak suka mendekati saya?? Tak kira masa di sekolah, dalam program, di pejabat ABIM mahupun di mana-mana.... adakah saya ni comel?? kekekeke....

3. Selalu memikirkan cara untuk membebaskan diri daripada belenggu emosi, kemudian membentuk cara pemikiran yang baru, memperoleh sudut pandang yang baru dan menemui cita-cita yang baru.

4. Selalu memilih jalan menyantuni dan diplomasi... contohnya, cuba melayani aduan-aduan sahabat-sahabat dengan baik (menjadi pendengar yang baik), mengelakkan perbalahan, cuba untuk memelihara supaya perhubungan kemanusiaan saya berjalan dengan lancar dan menyenangkan orang lain..

5. Suka menjalinkan persahabatan yang merentasi ideologi, fikrah berjamaah, pelbagai bangsa, pelbagai bidang.... kiranya menjadikan persahabatan sebagai jaringan terbaik untuk ilmu , dakwah dan ukhwah.

6. Suka baca buku yang berkaitan dengan Motivasi, dakwah, ICT, pengurusan, ideologi tokoh-tokoh dunia dan fiksyen.

7. Dalam bab cari jodoh , berpendirian untuk lebih "menjadi" daripada "mencari" walau kedua-duanya tetap seiring... faham x?? tak faham boleh tanya saya secara direct...

8. Kena bersedia memikirkan idea-idea kreatif untuk memantapkan modul program. Sekarang ini kerap menerima jemputan untuk berceramah... Tidak terfikir pun untuk setahap ini. Namun kata ustaz (murabbi), mulai sekarang, saya kena bersedia untuk itu.

9. Suka bertindak berorientasikan misi, bukan berorientasikan program.

10. Selalunya, orang yang selalu menegur kesilapan saya , mengajar saya ilmu, selalu menjadi kawan yang amat rapat dengan saya... tetapi sahabat yang selalu memuji... selalu aja menjadi musuh yang membelenggu.

4- Sampaikan Anugerah ini kepada 10 orang penulis Blogger yang bervariasi Islamik.

Buat pertama kalinya saya ingin menghargai 10 teman-teman blogger yang saya kenali melalui blogger, dalam program, ESQ, ABIM dan lain-lain... untuk itu, anugerah "Anugerah Dinar Blogger Muslim" ini saya anugerahkan kepada :

1. Mimie Mizah (Sebab orang pertama yang bagi award, jadi saya balas balik.... suka baca blog dia sebab penulisan berasaskan pengalaman... )

2. Kamil Korea ( Rakan saya yang akan menjadi sebahagian daripada Protaz (Muslim Professional) yang berjuang di Malaysia kelak .. Selalunya, bila beliau balik sahaja ke Malaysia, beliau selalu menjadi teman musafir saya. ... Blognya juga terisi dengan ilmu dari khazanah pengembaraan beliau menimba ilmu di Korea)

3. Ahyana Solehah ( Sahabat yang saya kenali ketika Training ESQ di PCB... Muslimah Profesional yang solehah dari MSU - Management & Sceince University... selalu beri nasihat, motivasi dan dorongan yang baik. Saya yakin beliau akan menjadi Doktor Solehah yang 'Nafi'un li ghairihi'...- bermanfaat kpd orang lain....

4. Zuhdi Ismail - Sahabat baik saya ketika mengenalinya dalam tamrin sewaktu saya belajar di Politeknik KB dulu. Beliau ketika itu belajar di Kolej Jaiputra. Beliaulah sifoo saya yang memperkenalkan saya kepada dunia ICT. Paling best , saya pandai ICT bukan dalam dewan kuliah, tetapi semasa bertamrin ... segalanya bermula bila melihat video klip Jalan Dakwah karyanya. saya merasai keberkatan belajar ICT melalui wadah islam ini.

5. Jacknaim ( juga bakal seorang Doktor dari USM KK ; Sahabat baik , guru saya dalam bidang perbandingan agama [ FRIENDLY COMPARATIVE RELIGION ]. Bila berbual, berbicara dengan beliau, penuh dengan idea kreatif dan mempunyai perspektif sendiri yang menarik )... Dunia memerlukan muslim profesional seperti dia... bersedialah jacknaim ke arah itu....

6. Abdullah Nawi ( Rakan seperjuangan, setiausaha politik saya ketika saya bertanding jawatan YDP MPP di Politeknik Kota Bharu... Selalu berkongsi idea Erdogan-PM Turki dengan beliau untuk diadaptasi dalam gerak kerja MPP. Mengenali beliau di kampus IPT dan masih kekal bersama dalam gerak kerja aktivis ABIM)

7. Syahiran Muhamad ( Rakan seperjuangan dalam PPIK, kader pelapis generasi muda... student Usuluddin yang mampu menguasai perisian-perisian ICT seperti Flash, grafik, blog dan editing video... selalu mendesak saya untuk cepat-cepat kahwin...huhu)

8. Nor Azimah Yusoff – sahabat dari USM KK ... seorang YB (MPP USM KK) yang cekal, Muslimah professional yang petah berbicara dalam bahasa cina. Kagum dengan semangat dia menuntut ilmu agama. Mempunyai idea kreatif untuk berdakwah kepada non-muslim (refer kepada idea beliau utk buat ziarah sahabat non muslim di USM KK)

9. Zul Amin - Juga rakan seperjuangan dalam PPIK dan Grup Penjejak Tamadun Dunia. Ketua penggerak Grup Generasi Salahuddin Ayubi di bawah GPTD. Mempunyai idea dan sudut pandang menarik dalam gaya penulisan blognya.

10. Azmiza - Sahabat sperjuangan dalam PPIK dan PKPIM dan kini ABIM.... banyak pengalaman kerana selalu mengembara ..... tak sabar nak baca sudut pandang beliau tentang pengalaman di Pulau Perhentian.

11. Ateh - Hampir terlupa... walaupun melebihi kuota... tempat kesebelas bukan bermakna yang terakhir... blog anak buah saya dalam PPIK yang bakal menjadi seorang profesional dalam bidang pendidikan... aktif di kampus UPSI ...ibunya adalah merupakan guru saya yang paling saya hormati semasa di Maahad Muhammadi... moga tabah mendepani cabaran ya Ateh!!

p/s : ingat nak tambah lagi... x pa nanti dapat anugerah baru..saya akan hantar lagi kepada teman2 blogger yang lain... maklumlah..ramai gak sahabat seperjuangan blogger nih!!

5. Jika dalam Blog penerima anugerah mempunyai Gadget Follower, jangan lupa klik butang Follow ya!! ini penting untuk "keep in touch" .... pastikan anda memaklumkan kepada penerima bahawa anda mengirimkan anugerah ini melalui medium apa skalipun ( shout box, cbox, YM, Gtalk)

saya tiru seperti Hamizah dan Kamil... maklumkan supaya datang ke blog saya untuk ambil hadiah... hehehe








Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Award | Penghargaan dari sahabat pejuang


Terima kasih atas anugerah ini...
Di anugerahkan oleh : Mimie Hamizah @ Aurora
Tarikh : 25 Mei 2009

p/s : Sedang terfikir nak cipta
design anugerah blogger muslim
untuk teman-teman blogger...





Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Award Dari Korea & Mutiara dari seorang Doktor Berwawasan


Best Blog Award | dari Dr Jacknaim
Tarikh Terima : 25.5.2009



Friendship Award | dari Mohd Kamil Halim
a.k.a Jundumay

Tarikh terima : 26 Mei 2009









Gratisan Musik
iLuvislam.com Top Blog

Travelog 4 : Keindahan Bersama-Mu (Hari terakhir di P.Perhentian)

Menikmati Waktu Subuh di Hari Terakhir

From pulau perhentian


Pagi subuh : Usai solat Subuh, sekali lagi saya bersama Pak da, Tok Imam dan beberapa penduduk. kali ini tidak lagi santai di tepi tangga masjid. Tapi kali ini, berjalan-jalan bersama mereka di tepi tebing pulau melihat keindahan pagi yang sangat indah. Waktu ini, keadaan sangat tenang, air laut di sekitar pulau ni pun tidak bergelora walau sedikitpun, tenang sangat... kalau tak silap saya , pak Da memberitahu , pada waktu ini, air laut di kawasan ini dikenali dengan suasana air kaku... sebab tidak bergelora. Kata beliau waktu ini, kalau bot-bot kecil suatu masa dahulu sukar hendak berlayar kerana tiada angin. Sekarang ini, masalah ni sudah bukan menjadi masalah sebab bot-bot sekarang sudah menggunakan enjin.

Rancangan Pulang Awal

Jam 9.00 pagi, saya bersama teman-teman yang lain termasuk ustaz tarmizi ,Anuar Ibrahim dan Cikgu Kamarudin (guru besar) bersarapan di kantin. Ketika menikmati juadah, saudara Anuar sibuk menghubungi pakcik Mat untuk menempah bot untuk pulang ke Jeti. Beliau berhasrat untuk pulang ke Besut seawal pagi ini. Tetapi dia berasa resah gelisah kerana apabila beliau menyatakan hasrat itu, saya dan sir syafiq membuat keputusan untuk pulang awal bersamanya juga. maklumlah saya dan sir syafiq ni bekerja dengan kerajaan, tempoh cuti hanya berakhir hari ini. Kalau pulang lewat , takut-takut berlaku apa-apa kemungkinan seperti ketiadaan bot atau sebagainya.

Anuar rasa tak sampai hati memandangkan saya dan sir syafiq belum lagi menikmati keindahan pulau ini. Rancangan kumpulan fasilitator hari ini, memandangkan murid-murid semuanya menghadapi peperiksaan, ruang masa yang terluang hajatnya mereka ingin menjelajahi pulau ini dan menikmati keindahan dasar laut melalui aktiviti snorkling. Tapi saya masih dengan pendirian semalam. Rasanya tidak ada masalah kalau tidak dapat menikmati kerana kehadiran saya di sini hanyalah untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan di sini. Andaikata saya berhasrat untuk menikmati rasanya saya masih boleh untuk hadir semula ke sini kelak.
From pulau perhentian


Namun, mungkin hikmah Allah swt mentakdirkan supaya saya bersama dengan teman-teman menikmati keindahan di sini. Bot yang ingin di tempah oleh saudara anuar memang tidak ada di waktu pagi. Masa perjalanan bot kalau palling awal jam 12.00 tengahari dan yang terakhir jam 4.00 petang. Akhirnya keputusan yang di ambil ialah SNORKLING!!


From pulau perhentian

Tetapi saya masih menolak untuk menyertai aktiviti itu kerana saya berhasrat nak bertemu dengan adik-adik yang saya ajarkan mereka solat semalam. Saya tidak ingin perkara yang berlaku di Pulau Ketam januari lepas berlaku sekali lagi di sini. (Rujuk artikel ini ) . Akhirnya kerana permintaan teman-teman khususnya Anuar Ibrahim dan Ustaz Tarmizi , saya akhirnya akur untuk menyertai mereka.

Latihan Sebelum Snorkling

From pulau perhentian
Ayah Haji..lagaknya seperti pelancong dari Amerika Latin


From pulau perhentian
Bersedia untuk dilambung ombak..


From pulau perhentian


akhirnya dua buah bot laju yang sudah ditempah menjadi kenderaan air kami menuju ke tempat untuk kami snorkling. Hamizah dan sahabatnya tidak mengikuti aktiviti ini kerana ada urusan di pejabat Yapeim (guna internet). Hehe..hamizah...rugi tau tak join...

From pulau perhentian


From pulau perhentian
Alami, Anuar dan Bat..bersedia untuk misi menyelam


aktiviti Snorkling ini ialah aktiviti menyelam di permukaan dengan memakai goggles dan life jacket. Permulaan sebelum kami ke lagoon untuk menikmati keindahan dasar laut, kami perlu melatih dan membiasakan diri dengan air laut dalam dengan membuat sedikit latihan berenang di Pulau pasir panjang. usai berlatih, bot yang kami naiki terus membawa kami ke Lagoona untuk kami melaksanakan aktiviti menyelam di sana.



Keindahan Bersama-Mu


sampai sahaja di Lagoona, orang pertama yang terjun ke lagoon itu ialah Ustaz Tarmizi (TYDP ABIM) dan Alami (SU ABIM). Selepas terjunan itu, terus dia (Alami) mendekati bot yang yang saya naiki. Dalam keadaan teruja, mulut Alami tidak henti-henti menyebut kalimah Subhanallah usai melihat keindahan di dasar laut itu. Lantas saya pula mencuba untuk terjun dan merasai nya sendiri. sebenarnya saya masih gemuruh dan trauma... Saya amat takut bila menyelam di laut dalam. Terhimbau semasa saya darjah tiga dahulu, pernah lemas di jeram linang. Trauma itu masih ada hingga sekarang... Kali pertama terjun saya masih ingin berpaut pada bot atau tidak mahu menjauhi bot... sedangkan dengan memakai life jacket, saya tak akan tenggelam pun..

From pulau perhentian
Ustaz Tarmizi menunjukkan ikan-ikan yang mengelilinginya

From pulau perhentian
Saya bersama Anuar Ibrahim dan Ayah Haji


From pulau perhentian


Apabila menjenguk ke dasar laut... keadaan saya sebagaimana saudara Alami tadi, Subhanallah..amat cantik!! keindahan batu karang, ikan-ikan berwarna warni berenang bebas ... sungguh... kalau selama ini suasana keindahan di dasar laut ini dapat saya lihat pada skrin komputer pada screen saver... namun kali ini saya melihat secara langsung pada pandangan mata saya sendiri. Ikan-ikan yang berenang bebas mengelilingi saya dan teman-teman lain..apatah lagi kalau ditangan ada sebuku roti yang sememang di bekalkan untuk membolehkan kami mendekati ikan-ikan itu ketika ikan itu makan.


Mengejar Penyu

Betul-betul di hadapan resort Pulau Perhentian, destinasi bot kami berpusing-pusing seakan-akan hendak memintas sesuatu. Kelihatan dari jauh, ustaz Tarmizi menjongolkan kepalanya ke air untuk mengintai objek di dasar laut. rupa-rupanya objek yang sedang di intai di dasar laut ialah penyu. ade ker penyu di kawasan ini?? Persoalan awal bermain di minda...

From pulau perhentian
aku ni pemalu...yang ngko amik gambar tu ape kejadahnye..amiklah..amik..amik..


Tiba-tiba anak kecil pemandu bot menjerit.."sini..sini.. tu dia penyu !! " terus gerombolan perenang snorkling amatur terjun menyelam untuk melihat objek yang dikatakan penyu itu. Sah!! memang penyu... saya memerhatikan penyu dewasa itu dari permukaan.. seakan-akan saya berada di langit melihat penyu di dasar... rasa geram nak menyentuhnya. Tapi apakan daya , saya memakai jaket keselamatan... tiada peluang untuk menyelam ke dasar.. terhad untuk permukaan sahaja.


From pulau perhentian


Kelihatan penyu itu sedang memakan makanannya. Tiba-tiba penyu itu menguis kakinya, kemudian berenang , menuju ke atas .Apabila penyu itu tiba di permukaan terus kami semua semua bersorak tanda teruja. Kemudian dengan lajunya penyu itu berenang.. lantas semua perenang snorkling ini mengejarnya.. namun perenang seperti saya ni.. macam kura-kura berlumba dengan arnab..paling lambat..hehe

Menjejak ikan Yu dan Mandi di Tadahan air berani

From pulau perhentian
Inilah kot gambaran seekor ikan yu.. ihsan gambar internet

Bot yang membawa kami kemudian terus membawa kami ke tempat seterusnya, kawasan ikan yu (bukan puyu ya!!).. tergambar di fikiran saya.. ikan yu ni macam ikan jaws yang makan orang di kaca Tv tu ker?? Sampai di kawasan itu, terus kami menyelam menjejaki ikan yu. kawan-kawan lain ada yang terserempak dengan nya .. saya pula ?? Ikan Yu tak jumpa, tapi kalau ikan nemo jumpalah..

From pulau perhentian


Usai menyelam di kawasan itu, akhirnya kami menamatkan ekspedisi kami dengam menikmati kesegaran dan kesejukan air berani di kawasan tadahannya di pulau besar. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, air berani rasanya memang tawar dan segar. Lebih enak meminumnya terus.. info yang diberitahu oleh cikgu kamarudin, jika air ini di masak trlebih dahulu, rasanya akan lain. Air ini hanya elok di minum terus. Apatah lagi kehebatannya air ini jika dicampurkan dengan air masin, rasanya tetap tawar...

From pulau perhentian
Cikgu syafiq tak melepaskan peluang mengambil air berani untuk di bawa pulang


Tapi yang tidak best di situ ada dua. Pertama ketika mula-mula sampai, kawasan itu telah diserang terlebih dahulu oleh pelancong dari negara cina kalau tak silap ( dah muka cam cina.. cina Taiwan kot) . Kenalah tunggu diorang mandi dahulu sampai mereka puas.. Kemudian barulah giliran kami pula untuk mandi.

From pulau perhentian
Melepak sambil menunggu giliran

From pulau perhentian
Air berani yang bertembung dengan air masin... tetapi rasanya tetap tawar..sebab itulah air ini dinamakan air berani


Kedua, yang tak best juga , apabila saya terkena perangkap sir syafiq dan Abdullah nawi.. dia menawarkan air botol kepada saya untuk meminumnya. Mati-mati saya ingat air botol itu adalah air berani, sebab Pak Lah sudah pun mendemonstarsi meminum air tesebut. Lantas apabila air itu dihulurkan pada saya.. terus saya cover perit kemasinan air itu. Namun adegan meminum air ini memang sudah diperhatikan oleh si perancang.. lalu di ketawakan saya ramai-ramai.. kesian betul saya diperlakukan sebegitu...huhuhu

Akhirnya jam 12.30, kami pun pulang ke pengkalan (pulau kecil), kepenatan tetapi puas memang terasa.. badan-badan terasa lenguh kerana kudrat ini digunakan sedaya mungkin untuk berenang. Ada juga yang pening-pening mabuk laut... hehehe..sememangnya, keindahan ciptaan tuhan ini meninggalkan kenangan yang amat manis di sini. memang berazam untuk datang lagi kesini.

From pulau perhentian
Kesian ...dah mabuk laut dah...


From pulau perhentian


Bertolak Pulang.


2.00 petang, selepas solat zohor buat kali terakhir di masjid bersama ahli jemaah , kali ini saya kira melakukan salam widhak (penutup) lah dengan ahli jemaah di sini, terutamanya Pak Da. Semoga saya boleh berkunjung lagi ke sini untuk berjemaah bersama mereka dan mendengar Pakda bercerita lagi.

Di Dewan Batin Mina, kelihatan abah Zahidin bersama anaknya (fadzli) sedang menikmati makanan bersama fasilitator yang lain. Malam ini giliran abah pula yang akan berceramah di hadapan audien yang ramai sedikit berbamding biasa. Kali ini ceramah beliau akan bersama-sama ibu bapa murid-murid. Saya tidak dapat merakam kejadian malam ini, kerana sudah tiba masanya untuk saya berpisah buat sementara dengan masyarakat di pulau ini. Nanti catatan saya akan menulis kejadian yang akan berlaku malam ini melalui cerita daripada fasilitator yang lain.

Demi Matahari dan Sinarnya.

From pulau perhentian


"abang Fatih..abang Fatih... sebelum abang balik, boleh tak nyanyikan sekali lagi lagu demi Matahari untuk kami... , inilah dialog permintaan adik-adik yang meminta saya menyanyikan sekali lagi di hadapan mereka. Ketika itu mereka sedang membuat latihan matematik bersama-sama kakak fasilitatornya di dewan terbuka Batin Mina.

From pulau perhentian


Agak keberatan untuk saya menyanyikannya, namun mereka tetap memaksa menyebabkan saya akur dengan permintaan mereka. Akhirnya saya menyanyi secara bersyarat. Syaratnya, mereka juga perlu menyanyi dan menggayakan pergerakan tangan lagu itu.

Usai menyanyi, akhirnya tibalah detik-detik perpisahan, semuanya bersalaman buat kali terakhirnya dengan saya dan sir syafiq dalam pertemuan ini. Saya sempat bergurau dengan mereka, " Tolong jaga kakak adik-adik ni ya!"... sambil saya menunjukkan kepada teman fasilitator puteri. Seorang adik perempuan yang sejak pagi tadi bertanyakan saya bila akan balik, memegang tangan saya lantas menyuarakan hasratnya, " Harap abang fatih akan datang melawat kami lagi ya!".. sayu sahaja mendengarnya.


From pulau perhentian
Perjalanan pulang ke Jeti..Jurugambar : sayalah..

Insya Allah. Moga-moga saya boleh datang lagi untuk melihat perkembangan adik-adik yang sekian ditarbiyyahkan selama seminggu ini bersama fasilitator mereka. Dalam kekalutan untuk bergegas ke jeti, saya cuba memerhati anak -anak kecil yang saya ajarkan mereka solat semalam. Seorang pun tidak kelihatan. Mungkin masih berada di rumah. moga-moga kelak saya boleh hadir lagi ke sini, berjumpa dengan mereka. Memberikan sesuatu yang terbaik untuk mereka... Tarbiyyah Islamiah...

Demi Matahari dan Sinarnya di pagi Hari,
Demi Bulan apabila mengelilingi,
Demi Siang apabila menampakkan diri,
Demi malam apabila menutupi,
Demi Langit dan seluruh binaan,
Demi bumi dan semua yang ada di permukaannya,
Demi Jiwa dan penyempurnaannya,
Allah Mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi mereka yang mensucikannya,
Dan Merugi bagi yang mengotorinya.

- Asy-Syams (91:1-10) -




Gratisan Musik