Aktiviti Malam Nuzul Quran

16 Ramadhan / 16 September :


Sekali sekala "refresh" diri dengan bertemu ilmuwan-ilmuwan berdiskusi di teratak Pengkalan Chepa. Majlis berbuka puasa anjuran famili Ustaz Makhtear di isi dengan diskusi ilmiah berkenaan dengan Kaedah pengisian semasa i'tikaf di masjid pada malam Nuzul quran. Pembentang nya ialah abah Zahidin , Jururunding Profesional Islam E-Ipro. Banyak isi perbentangan menarik yang di perhalusi oleh abah berkaitan dengan modul tarbiyyah i'tikaf dan qiammullai. Modul ini akan dipraktik semasa kami i'tikaf pada malam ini di Islamic Centre ABIM Kelantan (Kompleks Masjid Al-Hikmah).



Ustaz Makhtear dan Abah Zahidin , guru spiritual
dan professional.



Selepas sahaja berbuka dan solat maghrib. Pengisian tarbiyyah saya sempena malam nuzul Quran ini, saya mengambil peluang untuk solat isyak dan tarawikh di Qaryah Ramadhan Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV.



Rasa tenang bila berjemaah di sini. Rasa sayu bila diperdengarkan bacaan imam daripada Mesir semasa solat. Lebih menarik bila diantara solat tarawikh itu, ada pengisian tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh seorang Ustaz dari Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Jemaah yang hadir memenuhi qaryah ramadhan




Lebih menarik, selepas solat tarawikh di isi dengan tadabbur al-quran yang diperdengarkan oleh as-syeikh imam. Kemudian disusuli dengan nyanyian nasyid oleh seorang lagi syeikh imam Abdulrahman yang menasyidkan lagu "Ikhwanuddin" iaitu persaudaraan dalam agama yang dinyanyikan dalam bahasa arab. Maksudnya lebih kurang begini :

"persaudaraan Agama yang kita bina , akan mengangkat kita kepada yang tertinggi"



Imam As-Syeikh Abdurrahman memperdengarkan
nyanyian nasyid , "Ikhawanuddin"

Sesi memperbetulkan bacaan al-quran
bersama Syeikh Abdul Rahman.