Aktifkan Ramadhanmu : Pre-counsil bersama Fasilitator dan Urusetia

9 September, saya mengadakan pertemuan dan sedikit perbincangan dengan teman-teman kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di Pusat Islam USM tentang program yang akan diadakan esok hari iaitu Iftar Jamie Persatuan Pelajar Sains Kesihatan (PPSK) Tahun satu di Kompleks Sukan USM. Saya dijemput oleh teman-teman Skuad kerohanian Batch PPSK untuk mengendalikan slot sebelum berbuka iaitu Bengkel Aktifkan Ramadhanmu yang bukan sahaja melibatkan pelajar muslim sahaja bahkan pelajar non-muslim !!



Satu program eksperimen yang bagus , yang bakal mencetuskan fenomena baru dalam kampus USM dari segi tautan Ukhwah yang merentasi kaum dan bangsa. Apatah lagi tugas saya sebagai koordinator bengkel esok hari yang akan memainkan peranan penting membawa semua peserta (muslim & non-muslim) memahami hikmah berpuasa .

Mungkin kerana inilah USM diangkat sebagai Universiti APEX, kerana pelajarnya mempunyai idealisme yang global dan merentasi semua bangsa bila membuat program. Moga USM dapat menjadi contoh model perpaduan antara kaum yang terbaik untuk ditonjolkan kepada dunia!!


penaFATIH : plan asalnya nak berbuka di Pusat Islam, tapi sebab sibuk kat sekolah tadi saya terlewat balik ke rumah. Jadi ambil keputusan berbuka di rumah. Solat tarawikh pula kat Masjid Sultan Ismail. Selepas itu barulah bergegas ke Pusat Islam USMKK.