Siapa Aku??

Pengetahuan adalah pangkal hartaku, Akal dasar agamaku,
Cinta adalah dasar-dasarku, Rindu adalah kenderaanku,
Ingat pada Allah adalah hiburanku, Kepercayaan adalah gudangku,
Sedih adalah temanku, Ilmu adalah senjataku, Sabar adalah selendangku,
Redha adalah harta rampasanku, Fakir adalah kemegahanku,
Zuhud adalah pekerjaanku, Keyakinan adalah kekuatanku,
Jujur adalah penolongku, Taat adalah yang mencukupiku,
Jihad adalah akhlakku, Permata hatiku adalah di dalam solat.

SEMANGAT BADAR AL-KUBRA


Pada ketika umat Islam menyambut Nuzul-al-Qur’an pada hari ini, sebagai meraikan tarikh turunnya Al-Qur’an kepada manusia (menurut pandangan sebahagian ulama’); mungkin ramai juga yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama satu lagi peristiwa besar telah berlaku dalam sejarah Islam. Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, peristiwa yang dinukilkan dalam Al-Qur’an sebagai Yaumul-Furqan (Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil) telah berlaku; peristiwa penting yang menjadi penentu kepada tertegaknya atau jatuhnya Islam; peristiwa yang menentukan sama ada yang hak atau yang batil yang akan selamanya menang; itulah peristiwa yang kita kenali sebagai peperangan Badar Al-Kubra!

Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam, adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak. Apatah lagi, tentera Islam yang seramai 313 orang itu semuanya merupakan ‘orang-orang kuat’ Islam yang seandainya terkorban, pasti perkembangan Islam itu sendiri akan mati. Malah, peristiwa ini juga boleh menjadi kayu ukur, adakah kekentalan iman Islam akan menang atau puak musyrik akan mudah meleburkan tentera Islam. Atas sebab itulah, Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah S.W.T. sebelum bermulanya peperangan, yang menggambarkan betapa penting dan besarnya perang Badar Al-Kubra tersebut;

Baginda Rasulullah s.a.w. berdoa: “Wahai Allah, kalau (pasukan Muslimin) ini sampai binasa hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi (oleh manusia). Wahai Allah, jika Engkau menghendaki, Engkau tidak disembah lagi selepas ini.”

Dalam peristiwa inilah kita menyaksikan bagaimana Allah S.W.T. membuktikan janji akan pertolongan-Nya kepada orang-orang yang beriman dan berjihad di jalan-Nya. Dalam peristiwa ini jugalah kita menyaksikan bagaimana kesatuan dan kesepaduan umat Islam itu teruji dan terbukti. Strategi peperangan yang terhasil daripada musyawarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menjadi hujah betapa pentingnya musyawarah dalam membuat keputusan penting dalam sesebuah organisasi atau jemaah. Malah, dalam peristiwa ini jugalah terbukti keimanan para sahabat yang telah menyatakan iltizam mereka untuk bersama-sama dengan Rasulullah, walaupun menyedari bahaya yang menanti di hadapan. Namun, dek kekentalan iman dan keyakinan yang menebal akan janji Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, maka mereka terus mara di medan perjuangan.

Perhatikan ucapan Sa’ad ibn Muaz, mewakili golongan Ansar yang merupakan golongan terbanyak dalam barisan tentera Badar tersebut, yang menyatakan tekad mereka sekaligus menghilangkan kegusaran dan menghadirkan kegembiraan di hati Rasulullah s.a.w.: “Kami telah beriman kepadamu, dan kami bersaksi bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Atas dasar itu, kami telah menyatakan janji untuk sentiasa bersama, taat dan setia kepadamu. Wahai Rasulullah! Laksanakanlah apa yang engkau kehendaki, kami tetap bersamamu. Demi Allah! Seandainya engkau menghadapi lautan dan engkau terjun ke dalamnya, kami pasti akan terjun bersamamu juga. Tidak ada seorang pun di antara kami yang mundur dan kami tidak akan bersedih jika engkau menghadapkan kami dengan musuh esok hari. Kami akan tabah menghadapi peperangan dan tidak akan melarikan diri. Semoga Allah akan memperlihatkan kepadamu apa yang sangat engkau inginkan daripada kami. Marilah kita berangkat dengan kemuliaan Ilahi.”

Akhirnya dengan bantuan tentera daripada para Malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T., tentera Islam yang hanya seramai 313 orang itu berjaya menumpaskan tentera Musyrik yang diketuai oleh Abu Jahal. Oleh sebab besarnya peranan dan nilai kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar Al-Kubra ini, para tentera Badar adalah merupakan mereka yang dikurniakan kemuliaan.

Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah melihat orang yang menyertai Perang Badar, lalu Dia berfirman: ‘Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunkan dosa kamu!’”.

Imam Al-Bukhari r.a. juga turut menyebut mengenai kehadiran tentera malaikat dalam Peperangan Badar dengan memetik sebuah hadith, yang bermaksud: “Malaikat Jibril a.s. menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, ‘Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?’ Baginda s.a.w. menjawab, ‘Daripada sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!’ Lalu Jibril a.s. berkata, ‘Begitu juga tentera Malaikat yang menyertai peperangan ini!’”.

Semoga Allah merahmati para ahli Badar. Berikut disenaraikan nama tentera-tentera Badar Al-Kubra, yang diketuai oleh pemimpin agung kita, Penghulu Para Nabi dan Rasul!


Pahlawan Islam Badar

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Uthman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tolib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Allah Maha Besar!

Sumber : akhie Naiem

penaFATIH : Tahun lepas, bila mendengar tazkirah Ustaz Abd Ghani Samsuddin di Qaryah Ramadhan , beliau ada menyebut supaya mengenali 313 para sahabat Nabi yang menjadi pahlawan ketika perang Badar. Beliau menyarankan agar dikaji sikap dan amalan mereka satu persatu.

Faizul Afzan dan Nuzul Quran

Kompleks Masjid Al-Hikmah ,
Islamic Center ABIM Kelantan.

Cuti Nuzul Quran, Pulang sahaja dari Islamic Center ABIM selepas i'tikaf dengan sahabat-sahabat di sana, saya hanya menghabiskan masa di rumah sahaja bersama famili. Inilah masa yang terluang untuk kemas rumah, bilik dan lain-lain.

Bila berada di rumah setiap kali cuti Nuzul Quran, antara pengkisahan yang selalu ibu saya ulangkan setiap tahun ialah tentang kelahiran saya di pagi Nuzul Quran iaitu pada 27 Jun 1983 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1403. Ibu akan selalu "segarkan" semula kisah saya dilahirkan di pagi subuh Nuzul Quran dan sejarah dinamakan nama saya sebagaimana sekarang.



Budak ni dikhabarkan bila besar nanti akan menjadi
lebih hensem dan macho..hahaha

Saya anggap ini sebagai perkongsian saya dengan teman-teman..... pada awalnya ibu dan ayah berhasrat untuk menamakan saya dengan nama Mohd Nuzul Quran b Mamat bersempena Nuzul Al-Quran. Akhirnya bincang punya bincang , akhirnya timbulnya cadangan terakhir untuk menjenamakan saya dengan nama Mohd Faizul Afzan dengan menganggap masih mengekalkan sebutan dihujung dua nama itu yang seakan menyebut Nuzul Quran.

Setiap tahun, saya rasa lebih selesa menghargai kelahiran diri saya pada bulan Islam berbanding bulan masihi. Kerana bila menghargai kelahiran pada bulan -bulan Islam, ia akan diraikan dengan pengisian ilmiah berbanding dengan bulan masihi yang hanya sekadar ucapan hari lahir tetapi kosong dari segi erti kelahiran itu. Kalau teman-teman ingin tahu tarikh kelahiran diri dalam bulan Islam, boleh klik di dua laman ini :
Daawah.com - Hijri Convert
Islamic finder - Date Conversion

Pagi ini juga, banyak mesej Yahoo Messengger (Offline Messege) dari teman-teman seluruh negara yang menghantar mesej tentang Rahsia disebalik bulan Islam dan Bulan Masehi sempena kelahiran saya di bulan Islam (Terima kasih kerana prihatin). Saya anggap ia sekadar satu perkara yang boleh dianggap "suka-suka" tanpa perlu ambil serius. Tapi boleh juga dijadikan "guideline" tidak rasmi sebagai muhasabah dan mengetahui secara tidak langsung wujudkah kelebihan atau kelemahan sesuatu sikap yang dipandukan pada Rahsia bulan-bulan tersebut. Antara yang boleh saya kongsi adalah seperti berikut ( berpandukan kepada bulan kelahiran saya ):

Bulan Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
( Lihat Link sumber)


Watak mereka yang lahir pada 27 Jun
Ambisius, gagah berani dan ulet dalam memperjuangkan usahanya dan
tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain sebab pendiriannya kuat.
Umumnya ia banyak tertarik pada kegiatan sosial dan politik.
(Lihat Link Sumber)

Sifat Lahir bulan JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
(Lihat Link Sumber)

penaFATIH : Sebenarnya selain kita yang tahu akan diri kita, sahabat kita juga merupakan cerminan diri kita. Kalau dibandingkan dengan sumber di atas, Saya lebih optimis dengan firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah Tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya" - Maksud Surah Al-Baqarah.


Aktiviti Malam Nuzul Quran

16 Ramadhan / 16 September :


Sekali sekala "refresh" diri dengan bertemu ilmuwan-ilmuwan berdiskusi di teratak Pengkalan Chepa. Majlis berbuka puasa anjuran famili Ustaz Makhtear di isi dengan diskusi ilmiah berkenaan dengan Kaedah pengisian semasa i'tikaf di masjid pada malam Nuzul quran. Pembentang nya ialah abah Zahidin , Jururunding Profesional Islam E-Ipro. Banyak isi perbentangan menarik yang di perhalusi oleh abah berkaitan dengan modul tarbiyyah i'tikaf dan qiammullai. Modul ini akan dipraktik semasa kami i'tikaf pada malam ini di Islamic Centre ABIM Kelantan (Kompleks Masjid Al-Hikmah).



Ustaz Makhtear dan Abah Zahidin , guru spiritual
dan professional.



Selepas sahaja berbuka dan solat maghrib. Pengisian tarbiyyah saya sempena malam nuzul Quran ini, saya mengambil peluang untuk solat isyak dan tarawikh di Qaryah Ramadhan Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV.



Rasa tenang bila berjemaah di sini. Rasa sayu bila diperdengarkan bacaan imam daripada Mesir semasa solat. Lebih menarik bila diantara solat tarawikh itu, ada pengisian tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh seorang Ustaz dari Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Jemaah yang hadir memenuhi qaryah ramadhan




Lebih menarik, selepas solat tarawikh di isi dengan tadabbur al-quran yang diperdengarkan oleh as-syeikh imam. Kemudian disusuli dengan nyanyian nasyid oleh seorang lagi syeikh imam Abdulrahman yang menasyidkan lagu "Ikhwanuddin" iaitu persaudaraan dalam agama yang dinyanyikan dalam bahasa arab. Maksudnya lebih kurang begini :

"persaudaraan Agama yang kita bina , akan mengangkat kita kepada yang tertinggi"



Imam As-Syeikh Abdurrahman memperdengarkan
nyanyian nasyid , "Ikhawanuddin"

Sesi memperbetulkan bacaan al-quran
bersama Syeikh Abdul Rahman.

Muslim dan al-Quran


Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.



Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran – Nabih Zakariya Abd’ Rabbih – Dar al-Haramain, Mesir – 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf – Muhammad Rejab Farjani –Dar al-‘Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline.net
4- www.islamweb.net
5- www.islam-qa.com – lanh

Siapakah orang yang paling manis senyumnya?

Mutiara Hari : "Siapakah orang yang paling manis senyumnya? Orang yang paling manis senyumnya adalah orang-orang yang ketika di coba dengan ujian oleh Allah, mereka mengucap "Innalillahi wa inna ilahi roji'un" seraya bergumam dalam hati: Ya Allah...Aku ridha atas segala ketetapan dariMu". sambil mengukir senyum tulus di bibirnya.


hehe..petang tadi "buraq" yang membawa pantas kemana sahaja destinasi saya tiba-tiba merajuk manja tak mahu bergerak. Sedangkan teman-teman yang lain dahpun meninggalkan saya kerana nak uruskan makan minum famili berbuka. Saya pula bercadang selepas tamatnya diskusi dengan Ustaz Faisal (YDP ABIM) di pejabatnya akan ke rumah ibu saudara di Kampung Guchil Kubang Kerian untuk majlis berbukanya.



Alhamdulillah , masalah selesai selepas meminta bantuan dari abah secara dalam talian (telefon).. maklumlah "buraq" ni dia dah serasi sejak 18 tahun lalu lagi. Sampai di rumah ibu saudara, waktu berbuka dah keudara , jadi terpaksalah tunggu giliran berbuka.


Bagus..boleh jadi pejuang islam yang baik di masa depan..
sebab tak bising masa pakciknya solat maghrib..

Lagi mangsa buli pakcik !!



Iftar Jamaie di SMK Dato' Ahmad Maher

Makan di meja VIP bersama Pengetua SMK DAM dan pimpinan
BBNK Kelantan.

13 September : Saya mengambil kesempatan utuk menerima jemputan Pertubuhan Briged Bakti Kelantan ke Iftar Jama'ie Majlis Ihya Ramadhan BBNK Kali ke -4 di SMK Dato' Ahmad Maher Kota Bharu. Sebulan lepas mengembara, baru kali ini dapat bertentang mata dengan teman-teman aktivis BBNK di sini. Rupa-rupanya mereka tercari-cari sejak "kehilangan" saya sebulan yang lalu. Insya Allah, program akan datang saya optimis akan memberi komitmen.

Pelajar-pelajar BBNK sekolah menengah
SeluruhKelantan beratur mengambil hidangan berbuka.

Bermulanya pengajian di OUM semester ke tiga.

Di kiri ada peluang,
Di kanan ada peluang,
Dimana mana ada peluang,
Untuk menggenggam kejayaan.

Jadual baru pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM.
di Kelantan Learning Centre , OUM KB.


Semester ini saya akan mengikuti 3 modul pengajian dalam IT dan E-Commerce iaitu : Introduction To Networking, Data Analysis And Modeling, Elements Of E-commerce.

penafatih : Dapat semangat baru seorang mahasiswa selepas berkampung di Universiti Sains Malaysia...

Aktifkan Ramadhanmu : Tugas menyampaikan Cahaya Fitrah

Dr. Wan Nudri Wan Daud memberikan ucapan perasmian.

10 September 2008 : Alhamdulillah, Iftar Jamaie dan Bengkel Aktifkan Ramadhanmu ternyata memberiikan satu pengalaman menarik yang boleh dikongsi. Kehadiran peserta-peserta pelbagai kaum yang memenuhi dewan aerobik Kompleks Sukan USM memberikan satu kelainan dalam bengkel penghayatan Ramadhan berbanding yang pernah saya ikuti sebelum ini di tempat lain. Majlis ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh Skuad Kerohanian Batch, Persatuan Pelajar Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama Pusat Islam USM Kubang Kerian. Pihak penganjur telah mengundang saya bersama sahabat-sahabat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Kelantan dan Islamic Outreach ABIM Kelantan untuk mengendalikan bengkel Aktifkan Ramadhanmu di dewan ini. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian , Dr. Wan Nudri bin Wan Daud.
Saya kagum dengan "sahabat-sahabat" baru saya dari non-muslim yang memberikan penghomatan dan komitmen untuk menghadiri bengkel ini tanpa ada rasa kejanggalan walau sedikitpun. Bahkan komitmen mereka sangat menghidupkan suasana lebih-lebih lagi semasa program LDK. Saya memulakan bengkel dengan mengalu-alukan teman-teman kepelbagaian ini supaya menganggap pertemuan hari ini sebagai pertemuan yang unik yang akan menzahirkan tautan persaudaraan dan kemesraan yang saya sandarkan melalui maksud surah

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)." - Surah Al-Hujurat : 13.

Saya memulakan bengkel dengan membawa audien menghayati 5 tindakan asas yang menjadi fitrah semua manusia iaitu :

A. Kekuatan Diri (personnal Strengh)
1. Penetapan Matlamat (Mission Statement)
- Tentukan niat dan matlamat hidup .

2. Membangunkan Karekter diri (Charecter Building)
- Karekter diri yang baik seperti tekun,prihatin, sopan, rendah diri, toleransi dan lain2.

3. Kendalian Diri (self Control)
- Cari kemahiran-kemahiran yang boleh memantapkan diri seperti kemahiran fizikal dan mental.

B. Pembangunan Masyarakat (Sosial
4. Kerjasama Strategik (Stretegic Colabboration)
Kena wujudkankan kerjasama dan bersatu untuk membina masyarakat yang lebih baik seperti kesatuan masyarakat, membangun ekonomi masyarakat dan lain2.

5. Hasilkan (perbanyakkan) tindakan (Total Action)
- Melalui kesatuan masyarakat, perbanyakkan tindakan-tindakan yang akan memberikan kebaikan kepada masyarakat seperti membantu mereka yang susah, mencegah keburukan secara bersama, membina peradaban dan tamaddun secara seimbang dan lain-lain.


Kelima-lima tindakan asas di atas inilah yang secara logiknya, semua manusia telah amalkan tanpa mengira bangsa dan agama, semua melakukan kelima-lima di atas sebagai panduan asas sebagai seorang manusia dalam hidup bermasyarakat. Inilah fitrah manusia. Kalau tidak melakukan kelima-lima di atas , nescaya pincanglah hidup sebagai seorang manusia.



Kemudian saya cuba kaitkan 5 tindakan asas di atas dengan Prinsip Rukun Islam yang dihayati oleh umat Islam iaiatu syahadat, solat, puasa , zakat dan Haji :

- Mengucapkan dua kalimah syahadat dan niat kerana Allah merupakan penetapan matlamat (mission Statement) orang Islam sebagai khalifah di muka bumi.
- Akhlak dalam solat seperti tekun, khusyuk, fokus, positif, rendah diri, dan lain-lain merupakan latihan kepada umat Islam yang wajib dizahirkan dalam realiti kehidupan sebagai pembinaan karakter diri yang mempunyai akhlak yang mulia.
- Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu-satunya latihan secara langsung dari Allah kepada oang Islam untuk melatih kendalian diri (self control) yang bukan sahaja hanya mengawal fizikal (dari makan dan minum), malah mental seperti mengawal dan membina kecekapan emosi seperti menahan marah, mengelak dari membuat keburukan dan maksiat dan lain-lain.
- Membayar zakat merupakan satu-satunya kerjasama strategik umat Islam membangunkan ekonomi umat Islam dan membantu meringankan umat yang kesusahan.
- Manakala ibadah Haji dapat digambarkan sebagai aplikasi tindakan diri yang menzahirkan keimanan, akhlak dan kekuatan diri dalam bentuk tindakan. Gambarkan ibdah-ibadah sewaktu menunaikan haji. Melontar Jamrah , Tawaf,wukuf. Semua aktiviti itu menggunakan kudrat fizikal. Jadi dalam kehidupan, Haji digambarkan sebagai Total Action yang diserlah secara fizikal seperti mempertahankan negara, membina tamadun insan dan material seimbang, amal maaruf nahi mungkar, mendidik generasi muda dan sebagainya. Kesemua tindakan ini merupakan tindakan-tindakan yang lahir dari kekuatan iman (suara hati).


Setelah peserta memahami perkaitan di atas barulah saya menerangkan secara detail tentang hikmah berpuasa. Dua Hikmah penting yang cuba saya huraikan tentang puasa iaitu berfungsi untuk menghayati dan merasai keperitan yang ditanggung oleh mereka yang miskin dan mengalami musibah seperti peperangan, bencana, kemiskinan dan sebagainya .


Dan keduanya untuk membina kekuatan, ketahanan, melatih disiplin diri melalui penahanan fizikal dan mental. Sahabat-sahabat boleh melihat secara slaid perbentangan melalui link ini untuk melihat bahan perbentangan (klik di sini). Hasil perbentangan diperhalusi semasa Latihan Dalam kumpulan (LDK).



Alhamdulillah, respon peserta semasa dalam LDK amat positif. Dengan izin Allah, apa yang disampaikan tadi telah menemui titik-titik kebersamaan antara peserta. Ditambah lagi dengan kecekapan fasilitator dari skuad Kerohanian Batch PPSK (Persatuan Pelajar Sains Kesihatan) menambahkan lagi ramuan kemesraan antara mereka semasa berbincang.


Sesiapa sahaja yang berada dalam dewan aerobik USM akan terasa kemanisan perpaduan sesama mereka. Kemesraan sehingga terlupa bahawa peserta akan berbuka puasa selepas itu. Ini satu permulaan yang baik. Bahkan ada diantara mereka (non-muslim) yang mula memahami erti puasa dan ibadah lain umat Islam merasa ia satu pengalaman yang menarik dan akan membantu menerangkan kepada kawan-kawan mereka yang lain tentang input yang mereka terima dalam bengkel ini sebab ada dikalangan mereka yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap Islam.



Teringat saya akan ungkapan Pak Ary Ginanjar Agustian (Trainer ESQ Leadership ) semasa saya mengikuti training ESQ dahulu :



Jika dalam buku ini ada Rukun Iman, Islam dan Ihsan,
Bukan beerti ekslusivisme aliran atau agama,
tapi keinginan untuk menyampaikan kebenaran.

Kalau dalam buku ini ada Al-Quran,
Ini bukan untuk golongan (Islam) sahaja,
Tapi untuk seluruh umat manusia.

Bukan Al-Quran untuk Islam,
Bukan Dunia untuk Islam,
Tapi Al-Quran dan Islam untuk Dunia,
Islam merindukan perdamaian dan kebahagian sejati,
Bersama dengan yang lain.



Majlis berakhir dengan iftar jamie (berbuka puasa) di perkarangan pusat Islam USM Kubang Kerian. Semoga program sebegini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik lagi di masa hadapan. Dikala negara sedang menghadapi pelbagai isu yang berkaitan sentimen kaum, namun di sini membuktikan bahawa kemesraan dan toleransi antara kaum di Universiti USM amat baik dan hebat!! Semoga USM yang diiktiraf sebagai Universiti APEX kini dapat membuktikan kepada dunia bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik dan pengurusan , malah menonjolkan nilai perpaduan antara kaum yang terunggul di dunia.

Post moterm selepas terawikh

Barisan pemuda yang optimis dengan tanggungjawab.

Srikandi yang komited.

Menerima cenderahati dari penasihat
Skuad Kerohanian Batch PPSK



Aktifkan Ramadhanmu : Pre-counsil bersama Fasilitator dan Urusetia

9 September, saya mengadakan pertemuan dan sedikit perbincangan dengan teman-teman kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di Pusat Islam USM tentang program yang akan diadakan esok hari iaitu Iftar Jamie Persatuan Pelajar Sains Kesihatan (PPSK) Tahun satu di Kompleks Sukan USM. Saya dijemput oleh teman-teman Skuad kerohanian Batch PPSK untuk mengendalikan slot sebelum berbuka iaitu Bengkel Aktifkan Ramadhanmu yang bukan sahaja melibatkan pelajar muslim sahaja bahkan pelajar non-muslim !!



Satu program eksperimen yang bagus , yang bakal mencetuskan fenomena baru dalam kampus USM dari segi tautan Ukhwah yang merentasi kaum dan bangsa. Apatah lagi tugas saya sebagai koordinator bengkel esok hari yang akan memainkan peranan penting membawa semua peserta (muslim & non-muslim) memahami hikmah berpuasa .

Mungkin kerana inilah USM diangkat sebagai Universiti APEX, kerana pelajarnya mempunyai idealisme yang global dan merentasi semua bangsa bila membuat program. Moga USM dapat menjadi contoh model perpaduan antara kaum yang terbaik untuk ditonjolkan kepada dunia!!


penaFATIH : plan asalnya nak berbuka di Pusat Islam, tapi sebab sibuk kat sekolah tadi saya terlewat balik ke rumah. Jadi ambil keputusan berbuka di rumah. Solat tarawikh pula kat Masjid Sultan Ismail. Selepas itu barulah bergegas ke Pusat Islam USMKK.