Rakaman Bersama Koresponden GPTD di Turki (Faiz)

Faiz dan Abdul Kader di Madrasah Suleyman (Turki)

Salam. sekadar ingin berkongsi rakaman perbualan saya bersama saudara Faiz yang kini berada di Turki. Beliau bersama sahabat beliau Abd Kadir (warga Turki) di sana cukup memberikan komitmen padu untuk menjayakan rakaman perbualan ini. Rakaman ini dibuat untuk dipaparkan semasa sesi slot Relevensi generasi Al- Fatih Kepada Generasi Muda ketika muktamar yang lepas.


Terima kasih banyak-banyak ya sheikh atas bantuan ini. Ada kenangan di sebalik rakaman ini. Sebenarnya saya dan sahabat saya (Shahiran) sudah pun membuat persiapan rapi di sekretariat ABIM sepanjang malam sebelum rakaman. Saya berazam pada malam itu untuk berjaga agar dapat menyiapkan rakaman ini jam 5.00 pagi. Namun takdirnya kami tertidur juga di kerusi masing-masing . Seingat saya, ketika saya mempersiapkan peralatan rakaman di meja Ketua Helwa ABIM Kelantan, jam pada waktu itu menunjukkan jam 3.45 pagi.

Mungkin kerana teramat letih usai syura ABIM pada malam itu yang berakhir agak lewat. Hampir 2 jam saudara Faiz dan teman-temannya dari Haryat Foundation menunggu saya online. Kata mereka dalam masa dua jam menunggu , mereka hanya mampu berdoa sahaja agar Allah mengejutkan saya dan sahabat saya. Saya tersedar bila terdengar laungan azan jam 5.45 pagi dan bergegas menunaikan solat subuh. Usai solat saya terus kemeja untuk memepersiapkan keperluan untuk tugas-tugas rakaman. Memang saya menyusahkan teman-teman saya di Turki terutamanya Faiz dan Abdul Kadir. Esoknya mereka berdua ada urusan yang besar.

Faiz akan bertemu wakil kedutaan Sudan di sana manakala Abdul Kadir akan menduduki peperiksaan di kolejnya. Saya tidak putus-putus memohon kemaafan dari mereka atas kesulitan ini. Namun mereka tetap "sporting" dan memberikan komitmen. Terima kasih sahabat-sahabat di sana!!

Usai sahaja rakaman, esoknya (sehari sebelum muktamar), saudara Faiz dan Abdul Kadir menanyakan saya tentang persiapan muktamar dan rakaman semalam. Saya cukup terharu atas keprihatinan mereka di sana. Akhirnya saya memberikan mesej ini khas buat Abdul Kadir dan sahabat Haryat Foundation disana :

"Esok misi kami di Malaysia akan mengangkat kegemilangan Al-Fatih bersama semangat othmaniyyah membela agama di kurun yang lalu... dan kami di sini akan membina semangat Othmaniyyah di bumi Malaysia agar kami juga menjadi sebahagian dari kalian di Turki untuk kita sama-sama gemilangkan islam di abad ini ... " -Fatih Afzan to Abd Kadir & Youth Of Haryat Foundation


Saya ingin mengabadikan ayat ini dengan meminta terjemahan daripada Faiz dan Abdul Kadir. Berikut adalah terjemahan dari ayat di atas :

yarin malezyada islami gecmisten savunmak için osmanli ve fatih sultan in ruhunu yetistirmekten bahsedecegiz.ve biz burada malezyada hepinizin bir parcasi olmak icin osmanli ruhunu islami tüm kotuluklerden arindirmak icin insa edeccegiz insa edecegiz


Kenali Faiz

Faiz merupakan Koresponden GPTD di Turki. Beliau sedang melanjutkan pelajaran di sana dan tinggal bersama ikhwah Haryat Faundation di Madrasah Suleyman (berdekatan dekan masjid Suleyman dan makam Sultan Muhammad Al-Fatih). Salah satu pengalaman beliau di Turki, ialah beliau di pilih untuk menjadi pelakon cerita pendek yang bertajuk bir biskuvi hikayesi kısafilmi / story of a biscuit . Berikut adalah sedutan video tersebut..



Moga enta ceria disana ya Faiz !!Insya Allah 2015 pengembaraan kami ke Turki!!
p/s : sedang merancang untuk membuat tinjauan ke Turki pada tahun depan 29 Mei 2010 .

Topblogs @ iLuvislam