From sbp faris petra |
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Itulah sebahagian daripada isi ceramah yang di isi oleh saya kepada para pelajar di SBP Faris Petra yang terdiri daripada lingkungan pelajar yang mempunyai masalah dari segi disiplin dan pencapaian akademik. Mengambil contoh Sultan Muhammad Al-Fatih di awal remajanya agak signifikan untuk di kongsi agar dapat dicontohi oleh mereka. Alhamdulillah pengisian antara jam 10.30 pagi hingga 12.20 tengahari dapat juga diselesaikan dan mendapat respon yang agak baik dari para pelajar. Saya yakin , mereka juga adalah generasi Al-Fatih yang sedang mencari titik perubahan untuk berjaya. Mereka mempunyai cita-cita tinggi. Moga-moga Allah mempercepatkan mereka menemui titik perubahan yang akhirnya mampu untuk membawa mereka menggapai impian.
Berdiskusi bersama Syahmi
Usai ceramah dan merasa keenakan juadah tengahari disini, saya di temani oleh adik lelaki saya (mustakim) meneruskan langkah ke masjid untuk menunaikan solat zohor. Melihat suasana di sini, biah solehahnya terpancar di sini. Mungkin kerana komitmen sebahagian daripada pelajar yang menggerakkan tradisi-tradisi kerohanian dan dakwah melalui Wadah Badan Pelajar Islam menyebabkan suasana biah solehah ini terpancar. Cuma kekuatan disini perlu dimantapkan lagi oleh teman-teman dakwah di luar sana untuk membantu memantapkan kekuatan dakwah dan membina generasi daie dikalangan pelajar di sini.
Usai Solat Zohor, saya mengambil sedikit masa bermuakarah dengan sahabat kecil saya di ESQ , adik Syahmi (adik kepada ahyana Solehah) dan sahabatnya Syafiq yang juga merupakan ahli BPI yang menggerakkan aktiviti masjid di sekolah ini. Agak lama kami berdiskusi tentang keadaan di sekolah ini, tentang BPI dan sebagainya.
Sedang asyik berdiskusi, saya terlihat kelibat seorang yang amat saya kenali dan hormati. Ustaz Ghazali. Guru Al-Quran yang pernah membina tarbiyyah secara langsung ketika saya belajar di Maahad Muhammadi dahulu. Beliaulah guru yang bukan sahaja mengajar saya mengaji Quran, malah mendidik kerohanian saya melalui sentuhan dakwah bil hal beliau. Sebenarnya sejak berdiskusi tadi saya sudah bertanyakan kepada syahmi dan syafiq tentang ustaz Ghazali ini, cuma bayangan oleh adik-adik ini yang cuba menggambarkan wajah ustaz ghazali ini agak samar sedikit.
Gara-gara mereka kata sosok tokoh ini berjambang merah. Setahu saya ketika saya menjadi muridnya dahulu, wajah ustaz Ghazali tidak berjambang merah. Rupa-rupanya, ketika menemui ustaz, barulah saya tahu, ustaz ghazali baru sahaja mewarnakan janggutnya dengan inai. Ini mesti grup kumpulan ulama Dr Uthman El-Muhammadi nih.. seloroh saya kepada ustaz.
Melihat suasana pengajian Al-Quran di sini, mengingatkan saya ketika menjadi pelajar di Masjid Sekolah Maahad Muhammadi dahulu. Saya memberitahu syahmi dan syafiq agar selalu mendekati ustaz Ghazali kerana banyak ilmu yang dapat dipelajari darinya.
p/s : malam ni ada usrah Gabungan pula.... tarik nafas, kuatkan semangat... ceria selalu.. :)
- Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
- Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
- Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau. ( modul Al-Fatih : di zaman remaja )