Salam. tadi tepat jam 11.30 malam, saya menghabiskan pembacaan buku Novel Sejarah Islam yang bertajuk Tariq, Menang Atau Syahid karya penulis Abdul Latip Talib. Ini adalah buku kedua yang saya hayati dari karya novelis ini (Sebelum ini buku Sultan Muhammad Al-Fatih ; Penakluk Konstantinple). Alhamdulillah buku ini saya beli bila bertandang ke Kedai Buku Muda Osman di pusat bandar Kota Bharu usai pulang dari sekolah pada petang tadi.
Sejak pasca muktamar ABIM negeri yang lepas, sahabat-sahabat pimpinan dan rakan-rakan seperjuangan yang lain agak rancak memeriahkan budaya ilmu dikalangan kami. Lebih-lebih lagi tema Meneladani Qudwah membina Generasi dalam muktamar yang lepas, menarik minat kami untuk menyuntik semangat tokoh-tokoh Islam yang wajib untuk diteladani dalam membina karakter diri dengan cara membudayakan pembacaan ilmiah ataupun secara santai (seperti novel islam).
Menangis membaca sirah Tariq.
Mesti sahabat-sahabat mentertawakan atau menyindir saya apabila saya ceritakan bahawa saya menangis setelah menamatkan pembacaan sebuah novel. Tentu mereka ingat saya jiwang, mat bunga atau sebagainya. Sindiran itu sudah pasti jika saya tidak ceritakan selanjutnya. Ya.. Saya menangis apabila menamatkan pembacaan Novel Islam Tariq Bin Ziyad seketika tadi. Panglima Islam yang diarahkan oleh wakil Khalifah di Afrika (Musa Bin Nusair) untuk meninjau Kota Sepanyol setelah dipinta oleh wakil penduduk (panglima Julian)yang datang meminta pertolongan untuk menghapuskan sang Raja yang zalim pemerintah Sepanyol. Misi Tinjauan yang akhrnya bertukar menjadi devisyen utama serangan ke atas Raja dan tentera yang zalim itu akhirnya menjadi pembuka kepada kemenangan menawan setiap kota -kota disana yang turut direstui rakyat (sepanyol) kerana sudah lama menanggung keperitan kezaliman sang Raja Sepanyol.
Antara strategi perang, motivasi seorang pimpinan (panglima), Akhlak seorang muslim kepada penduduk semasa pembukaan kota-kota, kasih sayang dalam persaudaraan, kasih kepada anak yatim , perpaduan antara kaum, semuanya terhimpun dan dihuraikan secara baik dalam novel ini. Jika Muhammad Al-Fatih popular dengan stategi perangnya mengemudi kapal-kapal di daratan. Strategi popular Tariq Ziyad dalam perperangan ini ialah membakar kapal-kapalnya untuk menaikkan semangat Jihad para tenteranya.
Dua peristiwa
Dua peristiwa yang agak menyentuh hati saya ketika membacanya
Pertama peristiwa di Kampung Maktum, apabila perkampungan itu berjaya ditakluki (ditakluki hati penduduk kepada akhlak Islam) oleh panglima Tariq dan tenteranya. Kisah baginda bersama seorang kanak-kanak yatim piatu, Migel @ Khalid ;
Moga-moga terbina Generasi Tariq Ziyad yang akan menakluki hati generasi kini untuk berjuang.
INTI PATI:
FAKTA:
p/s : Esok akan berangkat ke Kuala Lumpur menghadiri muktamar ABIM Pusat dan pertemuan dengan sahabat-sahabat PPIK UIAM. Tidak sabar nak mendengar Ceramah Malam Apresiasi Sultan Salahuddin AL-Ayubi oleh Syeikh Fuad (Yayasan Sofa) di masjid Shah Alam anjuran ABIM.

- Wahai saudara-saudaraku,
- Lautan ada di belakang kalian,
- musuh ada di depan kalian, kemanakah
- kalian mahu lari.
- Kita tidak dapat melarikan diri.
- Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun
- mencapai kemenangan.
- "Demi Allah, sekiranya kita berundur,
- lautan akan menenggelamkan kita. Sekiranya kita mara musuh sedang menanti.
- Kita tidak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas,
- nama baik kita tercemar. Tuhan juga mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka berani di hati kita. Sebaliknya Tuhan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut kepada musuh. Jadi pertahankan jiwa kalian!!"
Dua peristiwa
Dua peristiwa yang agak menyentuh hati saya ketika membacanya
Pertama peristiwa di Kampung Maktum, apabila perkampungan itu berjaya ditakluki (ditakluki hati penduduk kepada akhlak Islam) oleh panglima Tariq dan tenteranya. Kisah baginda bersama seorang kanak-kanak yatim piatu, Migel @ Khalid ;
- Kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bermain. Apabila melihat kedatangan Ketua Panglima (Tariq Ziyad) tentera Islam itu, semua kanak-kanak itu lari kecuali seorang budak lelaki.
- Panglima Tariq bin Ziyad menghampiri budak lelaki itu lalu bertanya,
- "Mengapa kawan-kawan kamu lari?"
- "Mereka takut kepada tuan," jawab kanak-kanak itu.
- "Mengapa mereka takut?"
- "Sebab tuan panglima gagah dan berani"
- "Mengapa kamu tidak lari?"
- "saya budak yang berani. Saya tidak takut kepada tuan!" jawab budak lelaki itu.
- "Mengapa kamu tidak takut kepada ketua panglima tentera Islam? tanya Mulan (penduduk Kg Maktum) yang mengiringi Tariq.
- "Dia orang baik. Saya tidak buat apa-apa kesalahan. Sebab itu saya tidak perlu takut," jawab budak lelaki itu dengan petah.
- Panglima Tariq Ziyad tertarik hati dengan keberanian budak itu.
- "Siapa ayah budak ini?" Tariq bertanya kepada Mulan.
- "Dia anak yatim piatu. Ayah dan ibunya sudah tiada," jawab Mulan.
- Panglima Tariq Ziyad mengusap kepala budak lelaki itu dengan rasa kasih sayang. "Siapa nama kamu?" dia bertanya.
- "Migel" jawab budak lelaki itu.
- "bagaimana sekiranya nama kamu di tukar kepada Khalid?"
- "Siapa Khalid?" tanya budak itu.
- "Dia pahlawan yang berani.Semoga apabila besar nanti, Khalid (migel) juga dapat jadi pahlawan Islam yang berani.
- Budak itu kelihatan gembira. Apabila Sudah besar nanti, saya mahu bunuh orang jahat,"kayanya.
- "mengapa" tanya panglima tariq.
- "Mereka membunuh ayah dan ibu saya. Sebab itu saya mahu balas dendam, jawab budak lelaki itu. Panglima Tariq tertawa mendengarnya.
- "Pahlawan yang baik tidak berdendam kepada sesiapa," balas Panglima Tariq bin Ziyad. "Kelak kamu akan dididik dengan ajaran Islam. Semoga apabila dewasa kelak, kamu menjadi pahlawan Islam."
- "Oh,saya lapar.Berilah sedikit makanan. Itu lebih menggembirakan hati saya," kata budak lelaki itu.
- Panglima Tariq bin Ziyad mengeluarkan sebuku roti dari saku jubahnya. Kemudian dia menyuapkan roti ke mulut kanak-kanak itu.
- "Adakah tentera Islam tidak beri kamu makanan? tanya Tariq apabila dilihatnya kanak-kanak itu mengunyah roti dalam mulutnya dengan agak gelojoh.
- "Saya hanya anak yatim.Tidak ada sesiapa yang pedulikan saya kecuali tuan yang mulia, jawab kanak-kanak itu.
- Tiba-tiba Panglima Tariq berasa sebak .....[selanjutnya boleh baca di novel ]
- Ketika kapal yang dinaikinya meredah lautan, Panglima Tariq bin Ziyad sempat merenung puncak Jabal Tariq yang semakin sayup di pandang mata. Tiba-tiba perasaannya sayu.Air matanya bergenang. Dia dapat merasakan itulah kali terakhir dia melihatnya.
- "Saya berserah kepadamu, Ya Allah," bisik hatinya.
- Panglima Tariq Bin Ziyad meninggal dunia tidak berapa lama selepas dia samapai ke Damsyik. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
Moga-moga terbina Generasi Tariq Ziyad yang akan menakluki hati generasi kini untuk berjuang.
INTI PATI:
- Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.
FAKTA:
- - Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
- - Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
- - Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
- - Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.