Berkampung di Demong Beach Resort




Hari ini hari ke tujuh aku berkampung di Demong Beach resort bagi mengikuti Kursus induksi Sistem saraan Malaysia Kumpulan II (Sokongan) anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan. Kursus ini bermula 5 Mei dan akan berakhir pada 15 Mei 2008.

Dalam kursus ini , merupakan kursus yang cukup membina dan memberikan nilai tambah kepada aku sebagai penjawat awam. persepsi aku sebelum mengikuti kursus ini , asyik terfikirkan aku akan "boring" bila akan diisi dengan teori-teori berkaitan pengurusan berkaitan Perintah-perintah Am, Dasar-dasar negara, Komuniti pendidikan dan sebagainya. namun 7 hari aku mengikuti kursus ini , fakulti ilmu diriku terbina dan terisi dengan ilmu-ilmu yang diberikan dan bagiku ilmu sebegini sewajarnya patut ditambah oleh penjawat awam sebagimana aku.

Pemuda-pemuda Kursus : Dari kiri shahriman, aku, Rosdi, Fauzi, Faizal, Norashikin dan Fahmi.


Bermula dengan pemecahan Ais (Ice Breaking) oleh En. Mukhtar Mahmud dan En. Ruslee , kehebatan mereka berdua mampu membuatkan peserta-peserta kursus dapat mengenali dan bermesra antara satu sama lain. Walaupun jumlah peserta yang tidak seimbang bilangannya antara lelaki dan perempuan, tidak dapat tidak , peserta lelaki akan mengetuai kumpulan yang dibina. bayangkan peserta lelaki boleh dinisbahkan dengan peserta perempuan dengan nisbah 1:10 !!!!

Kumpulan Tuah Bestari, aku jadi ketua..huhuhu

Penyu Ice Breaking... kaedah berkenalan secara bermodul

Gambar aku... huhuhu..first time lukis gambar sendiri... ada makcik sekelip mata
boleh cam yang gambar ni gambar aku...

ni anak-anak buah aku yang terdiri
dari makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik....huhuhu...
aku sorang anak teruna...

Ini hasil kerja pertama kumpulan aku... maklumlah semuanya makcik-makcik
berbunga-bungalah hasil kerjanya...


Semasa berucap dalam sesi pengucapan awam

Kelebihan-kelebihan yang ada dalam kursus ini ialah Pengucapan awam. di mana setiap peserta wajib untuk berucap di hadapan selama 5 hingga 8 minit setiap hari. Tujuannya untuk melatih ahli-ahli peserta pengalaman untuk bercakap di hadapan audien. bagiku yang ini tak jadi masalah sebab aku selalu sahaja berdepan dengan audien dalam mana-mana program.. huhuhu... sebab kerana pengalaman inilah , aku dilantik menjadi Penghulu Program.


Aku mendapat undi majoriti... keputusan yang tidak aku ingini...

Berkampung di demong Beach resort sedikit sebanyak memberi ruang untuk aku berehat sekejap minda dan fizikal yang selalu terdedah dengan hiruk pikuk kesesakan di bandar.. dok di ruang bilik yang kondusif , halaman pantai yang damai , sedikit sebanyak memberi ruang untuk bermuhasabah mengenai diri , disamping mengatur perancangan dan pengurusan diriku sendiri apabila aku pulang semula ke medan tugas.

Banyak pengalaman yang ingin di kongsi terutamanya tentang pengisian ceramah yang disampaikan oleh Tn Haji abd Razak Bin Mat Saat, Ketua Sektor Pendidikan Islam di JPN. Beliau menyampaikan ceramah tentang tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam konteks ibadah. Nanti aku kongsikan ceramah tu di entry akan datang. apa yang pasti induksi kali pertama aku ikuti merupakan induksi yang membuka minda aku sebagai penjawat awam.. rugilah siapa dikalangan penjawat awam tidak mampu menghayati nilai-nilai ilmu yang terkandung semasa induksi itu. Dalam induksi aku dapat kenali ramai kenalan pelbagai jawatan dan cabaran kerja. Ada sebagai Pegawai Pembantu Murid, Penyelia asrama, PPM Pendidikan Khas, hanya aku dan seorang junior masa sekolah Teknik dulu iaitu Nazirah sahaja yang mewakili Juruteknik Komputer.

Apa yang aku kagumi ialah sahabat-sahabat yang bekerja di pedalaman seperti Redduan, Fahmi, Shahriman, Fauzi , Faizal dan Shiken.. tak terkecuali juga rakan-rakan wanita juga (nak sebut nama sorang-sorang ramai). Dalam kursus sempat ditayangkan video kenalan baruku Shahriman yang bekerja sebagai PPM di SK Pos pulat Gua Musang. Video tu meceritakan tentang pengalaman beliau dan rakan sekerja menempuhi hutan belantara sebelum sampai di tempat kerjanya di SK Pulat. semoga mereka tabah dan memperoleh ganjaran dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka di sana.


Chalet yang disediakan...

Pantai yang indah... kat depan tu Pulau Rhu... anak -anak
murid aku kata itu Pulau Mobidik ( siri kartun Nick di 9)

Tempat beriadah

Dewan yang kondusif
ruang bilik yang selesa.
Mengabadikan kenangan bersama ... aku duduk
di depan..maklumlah, aku ni kan penghulu.

Pengetahuan yang perlu aku ketahui tentang Dasar-dasar Kerajaan.