Tips 2 : Ar-Rahim


Di dalam Dirimu, terdapat sifat penyayang yang tulus lahir dihatimu walau apa keadaan sekalipun pada dirimu, kerana kamu adalah wakil Allah Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang. Maka jadilah generasi muda yang senantiasa mengasihi ibubapa dan guru, teman-teman dan bahkan orang disekelilingmu termasuk juga kanak-kanak.

Dalam erti sebuah persahabatan pula, rasanya pasti kalian masih ingat bahawa kita melalui erti ukhwah persahabatan itu melalui 3 peringkat keadaannya iaitu Husnuzzon, Salamatussadri dan Ithar.

Perkara yang paling asas ialah kita bersangka baik (husnuzzon) sesama rakan kita. Persepsi akan banyak mempengaruhi gaya kita berkawan dengan orang lain. Jika kita mempunya persepsi yang buruk, secara semulajadinya perasaan itu akan terpancar di muka dan pergerakan tubuh badan kita. Maka perkara ini amatlah tidak membantu dalam kita ingin menjaga hubungan sesama rakan kita. Malahan sebagai muslim, kita dianjurkan untuk sentiasa bersangka baik.

Tingkatan kedua pula bermaksud sentiasa berlapang dada sesama rakan kita. Hal sebegini amat penting dalam menjaga keharmonian ukhuwwah. Seringkali berlaku pergaduhan adalah disebabkan kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah. Sememangnya perselisihan pendapat itu tidak dapat dielakkan. Tetapi lebih baik saling memaafi daripada terus-menerus bermasam muka dan saling tuding-menuding antara satu sama lain.

Tingkatan seterusnya adalah melebihkan sahabat kita lebih daripada diri sendiri. Jika kita meneliti sirah rasulullah dan para sahabat, sikap ithar ini diamalkan dengan meluas. Pernah dalam peperangan, antara yang nazak meminta air, sebelum seorang itu minum, terdengar rakannya pula meminta air, maka orang yang pertama ini tadi sanggup memberi rakannya minum terlebih dahulu. Inilah kemanisan ukhuwwah apabila kita berasa rakan kita mengambil berat tentang kita sehingga ke tahap ini.






Topblogs @ iLuvislam