Tengahari tadi blog saya telah dihadiri oleh seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Pakcik Mamat mengirimkan mesej di ruangan komen entry saya yang bertajuk "Komen kehadiran Dragon Ball Evolution ...Tak Best!!" Rupa-rupanyanya entry santai saya berkenaan kehadiran Dragon Ball Evolution mendapat respon yang agak agresif dari seorang penulis blog. Cuma pakcik mamat tidak meninggalkan alamat blog tersebut. Pertama kali saya menerima hentaman perkataan "bodoh" yang agak sedikit menyedihkan. Namun penulis tersebut tidak menyatakan dengan lebih terperinci selepas hinaan perkataan bodoh itu kepada saya, tentang apa yang perlu dipertegaskan betapa beliau berasa "bangga" dengan filem tersebut.
Menjawab tanpa emosi
Tak mengapalah, saya bukannya jenis yang suka beremosi apabila menyatakan sesuatu, sekurang-kurangnya jawapan saya kali ini sekadar membawa saya mengimbau kisah saya terhadap cerita-cerita animasi yang diminati sejak kanak-kanak. Ayuh saya ajak pembaca semua ke dunia kanak-kanak saya suatu ketika dahulu.
Pada tahun 1994 ketika itu umur saya baru darjah lima , Filem adaptasi video-game produksi Universal Pictures , Street Fighter terbit dalam bentuk filem.... dan kini 2009, kehadiran filem Dragonball Evolution pula tampil di pawagam 13 Mac yang lepas.. apa reaksi penggemar filem terhadap filem ini??
Kembali ke zaman kanak-kanak ... ketika itu pada 1991 (darjah 2) , saya masih ingat sekali bagaimana saya dan dan adik beradik saya yang lain menyukai videogame keluaran Capcom itu dengan karakter-karakter fenomenalnya seperti Ken, Ryu, Chun Li , Bison Vega ,Guile dan lain-lain. Kejayaan Capcom dengan Siri Street Fighter waktu itu diikuti dengan penerbitan komiknya yang sangat laris di pasaran. Cuma pada waktu itu saya tidak mengikutinya dengan membaca komik. Tetapi dengan melihatnya di kaca telivisyen melalui tape VHS yang dipinjam daripada kawan-kawan yang berjiran di taman perumahan.
Filem kantonis arahan Jackie Chan dalam Filem City Hunter yang menggunakan watak dalam Street Fighter
Munculnya Street Fighter seperti menjadi momentum bersejarah bagi komik, filem ataupun video game asal Jepun yang amat digemari anak-anak dan remaja di Malaysia saya kira pada waktu itu. Sebut sahaja cerita-cerita yang mempunyai kaitan dengan street Fighter. Malah kalau filem kantonis yang melakonkan watak street fighter pun terus membuatkan saya teruja contohnya cerita Future Cops yang mengambil watak-watak dalam street fighter sebagai watak lakonan. Tidak lama kemudian, seingat saya , ketika itu saya di tngkatan Peralihan di Sekolah agama, mulai berminat dengan siri komik dragon ball (huhuhu...kekadang kena rotan kat ustaz warden bila kantoi ).
Itulah sedikit imbauan saya terhadap dua siri animasi yang menjadi kegilaan saya ketika kanak-kanak. Itu belum lagi jika saya bariskan cerita-cerita yang sangat nostalgia pada waktu itu, contohnya Space Cop Gaban, Ksatria Baja Hitam, Maero Attack dan lain-lain.
Filem Street Fighter animated series yang menjadi kegilaan saya ketika kanak-kanak dahulu
Kamehameha dan Hadoken
Jika Anda membaca berbagai versi komik bersiri Street Fighter mahupun Dragonball, pastinya anda akan menemukan benang merah yang menjadi inti terpenting dalam penceritannya. Bola sinar (yang diucapkan “Hadoken” oleh Ryu dan Ken atau “kamehameha” oleh Goku dan Kurin serta teman-teman yang lain) menjadi kekuatan utama yang terkenal di kedua siri ini, dan pastinya , yang menjadi kayu pengukur kepada kehebatan si pahlawan kedua-dua cerita ini.
Street Fighter The Movie
Ketika filem Street Fighter yang dibintangi oleh Jean Claude Van Damme sebagai William F. Guile muncul dengan trailernya di televisyen ketika itu, memang di awalnya saya abegitu teruja ... namun selepas melihatnya di kaca telivisyen melalui tape VHS ketika itu, lantas keterujaan saya pudar. Mungkin kerana pada waktu itu saya tergambarkan bagaimana dalam keadaan realiti kehebatan Ryu dan Ken serta watak-watak lain menunjukkan kekuatan masing-masing dalam realiti sebenar.
Saya yakin sekali pada waktu itu (bahkan sampai sekarang) untuk membuat filem berasaskan cerita pahlawan yang memiliki kekuatan super memerlukan teknologi animasi selepas produksi yang canggih dan proses editing menggunakkan teknik CGI yang sangat melelahkan. Sebagaimana sekarang, Street Fighter memang mengecewakan waktu itu, walaupun menghibur. Plot cerita yang diubah, proses penggambarannya tidak berapa relevan, dan teknologi perfileman yang ala kadarnya pada saat itu.
Jika Anda sudah membaca komik-komik Street Fighter atau melihat video Street Fighter versi animasi ketika itu, Anda tahu Guile pasti jauh lebih baik dengan hanya melakukan tendangan sabit (sonic boom) yang kondisinya dalam animasi lebih terlihat seperti ahli akrobatik.
Dragon Ball versi jepun VS versi Evolution
Berbalik kepada filem Dragon Ball Evolution pula, mari kita mengamati kisah Dragonball versi jepun yang menceritakan perjalanan Goku dari kecil hingga masa dewasanya. Dengan karakter tubuh yang besar, berotot, dan berambut seperti dedaun dan kadangkala seperti pisang memanjang (bila menjadi super saiya), bagaimana mungkin kita dapat mencari karakter yang serupa dengan Son Goku dalam dunia nyata?
Trailer Dragon Ball Evolution
Kehadiran Justin Chatwin pun bagi saya sama buruknya dengan Van Dammne yang melakonkan watak Guile dalam Street Fighter, beserta beberapa penambahan karakter pembantu yang biasanya dikesampingkan. Meskipun Dragonball Evolution dibiayai dengan kos yang besar oleh Stephen Chow, kerja-kerja di lokasi penggambaran oleh tim animasi penggarap The Matrix Trilogy, dan ditangani oleh 20th Century Fox (boikot 2x) , hal ini sepertinya belum cukup untuk menggegarkan filem ini dengan detail yang relevan dengan siri komiknya. Bagaimanapun , kalau proses penggambaran Dragonball Evolution ini mendapat sentuhan Michael Bay (Transformers) atau Steven Spielberg (yahudi laknatullah), mungkin kesan khasnya lebih hebat .
Transformers 2 yang akan keluar tidak lama lagi
Secara keseluruhan, kesan khas Dragonball Evolution memang sangat menarik. Tetapi aksinya kurang. Saya terbandingkannya dengan filem yang saya pernah tonton sebelum ni, Transformer arahan Michael Bay dimana kualitinya bukan hanya dilihat dari segi kesan khasnya, tetapi juga plot menceritaan yang mendebarkan. Sebelum ini pun bagai tak percaya robot transformers di realitikan dalam bentuk sebenar. Saya terbayang ketika itu adakah rupa optimus prime dan karakter robot yang lain akan menjadi seakan cyborg apabila direalitikan?? Ternyata, sentuhan Michael Bay tidak mengecewakan.
Jangan Ubah Jalan Cerita
Namun bukan kesan khas yang harus dipolemikkan, persoalan utama filem-filem seperti Street Fighter atau Dragonball Evolution mungkin lebih baik ia hidup dalam dunia animasi saja. Walaupun ketika ini teknologi perfileman jauh lebih berkembang jika dibandingkan pada 1994 dengan penggunaan teknik grafik CGI atau sebagainya, tapi bukan ini isunya... Isu yang paling saya tekankan ialah jangan mengubah kisah karakter para pahlawan super fiksyen ini menjadi filem layar perak dengan konsep representatif yang bercanggah dengan perjalanannya dalam komik atau dalam siri animasinya.
Sebabnya bagaimana mungkin anda akan menyingkap kisah Dragonball Evolution nanti? Jika anda penggemar setia Dragonball versi Jepun dan menganggapnya sebagai sebahagian dari kenangan masa kanak-kanak anda yang amat berharga, mungkin anda akan kecewa melihat filem ini (bagi yang mana sudah terlihat dari trailernya atau sudah melihatnya di pawagam). Namun jika anda memang seorang penggemar filem sejati, yang terhibur dengan kesan khas grafik dan kualitinya ... maka terserahlah kepada anda untuk menonton filem ini sebagai hiburan semata dan gantunglah harapan Anda setingginya pada garapan kesan khasnya.. Namun bagi saya, komentar saya tentang filem ini bukanlah kerana kesan efeknya, tetapi plot penceritaan yang pastinya tidak menggambarkan kenangan saya melihat dragon ball di zaman kanak-kanak dahulu.
Ibarat memilih teman hidup, saya lebih mementingkan hati budinya berbanding kesan solekannya... jadi buat penulis blog yang secara jelas menghantar objek penghinaan (istilah : bodoh) kepada saya. Jelaskanlah pendirian anda kenapa Dragon Ball Evolution amat menarik bagi anda??? Jelaskan dengan fakta dan bukan dengan emosi. Penulis tersebut perlu ada nilai kemanusiaan dalam menulis. Nilai kemanusiaan ini bukan hanya terletak kepada bagaimana kita menjaga seseorang dari keperluan fizikal sahaja seperti tidak menzalimi nya, tetapi menjaga erti kemanusiaan dari segi cara berfikir juga penting. Mungkin kata-kata menarik dibawah boleh dihayati oleh anda khususnya kepada penulis blog tadi,
Lebih Meminati Suasana Asia.
Kesimpulannya, penulisan saya secara santai tentang isu ini bukanlah hendak membangkitkan apa-apa. Sekadar menulis untuk menghimbau kenangan di zaman kanak-kanak yang sungguh nostalgik. Dan yang paling penting, mungkin sebab suasana hidup saya yang lebih selesa dengan cara hidup orang asia . Dizaman kecil sehingga ke alam mahasiswa dan kerjaya, saya begitu selesa berkawan dengan semua kawan-kawan dalam kepelbagian kaum dan budaya khususnya di sini melayu , cina dan india yang mempunyai identitinya sendiri. Akhirnya , pengalaman saya dan keserasian dalam budaya asia ini menyebabkan apabila satu-satu cerita dari asia contohnya animasi jepun di tukar atau di ambil alih wataknya kepada barat, menyebabkan ia terdapat kekurangan dari segi nilainya. Sebab di barat hanya hebat dari segi pembangunan teknologinya tetapi bukan dari segi adat budayanya..sedangkan kesan sentuhan asia walaupun kadangkala ada mengarutnya, tapi ada kesan-kesan adat budayanya yang mungkin menyebabkan saya serasi dengannya. tetapi keserasian kepada asia bukanlah akhirnya saya menolak sesuatu perkara yang baik dari barat.
Mungkin beberapa kenyataan di bawah boleh dijadikan panduan tentang keserasian saya tentang budaya Asia :
p/s : Sekarang waktu saya dalam usia belia tidak seperti zaman kanak-kanak dah.
Sebab tanggungjawab saya lebih banyak dari masa yang ada.

" Kemanusiaan tidak boleh diselamatkan, selagi akal masih terkongkong, selagi kepercayaan ingin menundukkan fakta, selagi nafsu dijadikan raja dan selagi ada bangsa memijak bangsa lain" - Jose Rizal (pidato berjudul "Ciencia, Virtud y Trabajo" di Madrid 1883)
Lebih Meminati Suasana Asia.
Kesimpulannya, penulisan saya secara santai tentang isu ini bukanlah hendak membangkitkan apa-apa. Sekadar menulis untuk menghimbau kenangan di zaman kanak-kanak yang sungguh nostalgik. Dan yang paling penting, mungkin sebab suasana hidup saya yang lebih selesa dengan cara hidup orang asia . Dizaman kecil sehingga ke alam mahasiswa dan kerjaya, saya begitu selesa berkawan dengan semua kawan-kawan dalam kepelbagian kaum dan budaya khususnya di sini melayu , cina dan india yang mempunyai identitinya sendiri. Akhirnya , pengalaman saya dan keserasian dalam budaya asia ini menyebabkan apabila satu-satu cerita dari asia contohnya animasi jepun di tukar atau di ambil alih wataknya kepada barat, menyebabkan ia terdapat kekurangan dari segi nilainya. Sebab di barat hanya hebat dari segi pembangunan teknologinya tetapi bukan dari segi adat budayanya..sedangkan kesan sentuhan asia walaupun kadangkala ada mengarutnya, tapi ada kesan-kesan adat budayanya yang mungkin menyebabkan saya serasi dengannya. tetapi keserasian kepada asia bukanlah akhirnya saya menolak sesuatu perkara yang baik dari barat.
Mungkin beberapa kenyataan di bawah boleh dijadikan panduan tentang keserasian saya tentang budaya Asia :
"Our Own civilization to be growing discredit and already to fall... I have come to regard "progress" and efficiency as the great misfortune of the western world".
Tamadun kita nampak berkembang ke arah yang menghancurkan dan sedia untuk runtuh.. Saya berpandangan "kemajuan" dan "kecekapan" di dalam tamadun barat sebagai satu Celaka kepada dunia barat.
-Bertrand Russel-
Nahdah Asia ialah kebangkitan semula tamadun dan kebudayaan Asia yang berilhamkan kegemilangan zaman silamnya, penyemarakan semula penciptaan dalam bidang sains dan seni. Kebangkitan tersebut, yang berlandaskan prinsip akhlak dan keluhuran agama , menjadi gelombang kebudayaan yang menyerlahkan kesenian dan kesusasteraan, menonjolkan senibina dan muzik serta ketangkasan dalam bidang sains dan teknologi
-Anwar Ibrahim-
Gelombang Kebangkitan Asia (M/S : 2).
Keghairahan orang Asia menolak beberapa fikiran barat sebagai sesuatu yang asing, mungkin pula berakhir dengan penolakan nilai asas dan cita-cita murni budaya mereka sendiri. Ia terjadi demikian kerana alam pemikiran dan cita-cita murni yang berlandaskan pemikiran kemanusiaan bukanlah milik mutlak sesiapa, dan ini adalah sejagat. Bukannya manusia barat dan manusia timur yang boleh mendakwa mereka sebagai pemilik khusus warisan tersebut. Oleh itu penerimaan kepada pemikiran sejagat, penolakan kepada asabiah budaya, kepekaan terhadap kepelbagaian kekayaan yang ada pada kekuatan agama dan tradisi manusia menjadi prasyarat bagi memungkinkan penyuburan Nahdah Asia.
-Anwar Ibrahim-
Gelombang Kebangkitan Asia (M/S : 9)