Video Intro | Grup Generasi Al-Fatih

Salam semua... ini cubaan pertama saya untuk membuat video pengenalan kepada Grup yang saya sertai iaitu Grup Generasi Al-Fatih yang berada di bawah naungan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).. jom hayati video di bawah ya!!


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Muhammad Ulul Albab

Oleh FAISAL TEHRANI


BAGAIMANA Mario Chavez ingin menjelaskan satu persatu apa yang meniti dalam hidupnya sebelum dia bertemu cahaya?

Begini, dia seorang arkitek. Mario mencari idea baharu untuk dibangunkan sebagai seorang juru cipta. Dia menjelajah sampai ke Eropah, sehingga ke Timur Tengah kemudian menyinggah di Asia Jauh. Dia ingin menegakkan sebuah binaan yang indah di Darwin. Sebuah bangunan yang berbeza.

“Musim di sini hanya ada dua, kering atau basah.” Majikannya mengingatkan.

Mario menghela nafas, memicit dagu yang terbelah seraya mengesip mata seperti yang selalu dilakukannya ketika dilanda resah.

“Pelanggan mahukan kelainan. Carilah. Pergi ke mana pun. Cari bentuk yang munasabah.” Tambah majikannya lagi.

Demikianlah bermulanya Mario Chavez mencari-cari. Berkelana mencari ilham sebegitu jauh.

Sehingga dia bertemu seorang pelukis wanita yang sudah agak berusia. Pelangi namanya. Sungguh istimewa nama itu. Warna. Warni. Serasi dengan minat dan kerjanya sebagai pelukis. Pelangi ditemui di Bali dalam satu pameran yang dianjurkan di Ubud. Kebetulan sekali Mario sedang merayau, konon ingin mencambah minatnya kepada seni bina Bali yang bergapura. Tetapi matanya tertangkap keindahan siri lukisan Pelangi.

Pelukis itu bermata kuyu mempesona. Selendangnya merah garang. Bibir pula berulas basah. Meski sudah agak berumur, Pelangi kelihatan seperti jalur-jalur warna yang turun ke bumi setelah titis hujan ditimpa kesegaran cahaya mentari. Meliuk tubuhnya.

Kala Mario mendekati salah satu siri lukisan ‘Rumah Serambi Melaka’, Pelangi yang suka meladeni pelanggan berpotensi atau penggemar seni catan menghampiri dengan gemalai.

Pelangi tersenyum. “Anak muda. Namamu Muhammad Ulul Albab.”

Mario berkerut. Pelangi menatap pemuda awal 30-an yang agak nipis rambutnya. Pemuda itu rendah, tetapi otot sasanya terbit di mana-mana. Mata kecil Mario seperti terancam dan penuh waspada. Pelangi serasa liar dan predator.

“Apa?”

“Muhammad Ulul Albab. Namamu.”

Mario ingin gesit menafikan. Mahu memberi nama sebenarnya tetapi terasa kekok langsung terpegun dengan kejelitaan wanita yang mungkin sebaya ibunya.

“Saya pelukisnya. Pelangi nama saya.” Pelangi memperkenal diri.

Mario tidak menghulur tangan. Mungkin dia wanita muslim yang taat kepada hukum.

“Pencinta catan?”

Mario menggeleng. Galeri berhawa dingin di tengah Ubud terasa bergelora dengan gelombang warna lembut Pelangi.

“Saya arkitek. Mencari ilham. Binaan ini indah.”

Pelangi ketawa, menutup mulutnya dan bersuara. “Semua tentang Melayu indah Muhammad Ulul Albab.”

Mario menelan air liur. Mengapa nama itu dipantakkan kepadanya. Dia ingin bertanya. Tetapi serasa ia mungkin satu perangkap godaan yang disengajakan.

“Ini binaan Melayu?”

“Uhhhuuu.” Sahut Pelangi menggumam. “Kamu tahu Melayu?”

Mario memandang Pelangi yang kian tersenyum. Sungguh, jika Pelangi masih muda Mario tidak silu segan ingin mengenalinya. Pun, di usia begitu masih ada sisa keayuan seorang wanita Melayu berbaki. Bukankah senja adalah saat terbaik dalam satu hari?

Mata Mario meniti dari satu lukisan ke lukisan lainnya. Mario meneliti. Rumah Serambi Melaka itu punya dua belas batang tiang utama pada sebuah rumah ibu. Tiang-tiang itu, ada enam batang tiang serambi yang naik separas, dan enam batang tiang panjang. Tiang tersebut semuanya menyentuh ke kayu alang panjang. Pun kelihatannya tiang-tiang gantung tersebut tidak termasuk sebagai tiang induk. Tiang-tiang induk, dua belas batang semuanya pada rumah ibu itu jika ditelek dari arah hadapan rumah seperti kelihatan sebanyak tiga baris, dan setiap barisan terdiri empat batang tiang.

“Ini rumah?" Tanya Mario kebodoh-bodohan.

Pelangi mengenyit mata. Tajam menikam ke ulu-ulu hati. “Boleh jadi apa sahaja menurutmu.”

Mario menggetap bibir. Berkocak naluri kelakiannya dihampiri Pelangi.

“Ini rumah ibu. Di sebelah hadapan ada ruang serambi. Kadang ia beranjung, di belakangnya pula terletak ruang khas, juga ruang bilik. Nun, itu di belakang ruang dapur dengan pelantar yang terdedah. Ruang dapur jangan ada tulang perabung. Cukup dengan tutup bumbung berbentuk pisang sesikat atau bumbung bersoto.” Pelangi menjelaskan. Jari-jemarinya panjang sekali. Bau harum wangian Pelangi menebar menusuk deria bau Mario.

Mario terasa canggung seketika. Serasa perbendaharaan dan pengetahuan seni binanya amat cetek. Dia tertarik akan ruang pelantar yang dibiar terdedah kepada hujan dan panas. Dia membayangkan ruang tersebut boleh sahaja menggunakan lantai simen yang kedudukan lantainya diperendah dari lantai rumah ibu, dan lantai ruang khas di rumah tengah.

Memukau

Pelangi menunjukkan lukisan yang lain, tergantung memukau. “Lama dulu, sebelum kami mengadaptasi kekuatan luar, rumah serambi Melaka ikut menggunakan tangga kayu yang bertanggam. Ia diikat dengan rotan. Kepesatan perdagangan Melaka dan benua China membolehkan tangga batu bertampal dengan jubin manca corak.”

Mata Mario halus cekap menekuni tangga-tangga yang dilukis dengan cermat lagi cekatan. Aneka warna, ujar Mario di dalam hati. Cantik. Pelangi di sisi menyambung, “Kata orang tangga batu di rumah serambi Melaka lebih mahal dari binaan rumah itu sendiri.”

Mario membalas dengan senyuman. “Sangat mengkagumkan.”

Pelangi ketawa rendah, bertanya yakin, “Siapa? Saya? Rumah Serambi Melaka? Atau lukisannya.”

Berdebar Mario. “Err… semua.”

Pelangi kian ketawa. “Tamak. Mahu bolot semua?"

Mario ikut ketawa rendah. Dia sudah terpikat, tentunya.

Pelangi merenung Mario. Mata Pelangi tembus ke dalam jiwa. “Mahu mengenal seni Melayu-Islam?"

Mario mengangkat kening. Tanda kurang memahami. Pelangi membacakan ayat 110 surah Ali Imraan yang berbunyi: ‘Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan, dan mencegah dari kemungkaran, serta beriman kepada Allah.’

“Itu memberikan kami bangsa Melayu, bangsa yang berperanan dan berfungsi sebagai umat Islam dalam meneruskan tugas kenabian dan kemanusiaan. Ayat 110 surah Ali Imraan tadi menyeru kami kepada tiga visi. Berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.” Pelangi tidak melepaskan renung tajam matanya.

“Hubungannya dengan rumah Melayu ini?”

Pelangi halus tertawa. “Berfikirlah. Orang muda selalu mematikan akal.”

Mario terdiam.

“Tiga visi tadi adalah tema sebenar seni Islam. Namun begitu tidak semua bidang seni dapat menyampaikan ketiga-tiga visi atau tema tersebut. Bidangmu seni bina. Bidangku seni catan. Bidang seni reka bina atau seni catan sebagai contoh tidak dapat memuatkan ‘visi mencegah kemungkaran’ pada produk satu binaan. Juga kurang ruang untukku mengenengahkan visi yang sama pada seni lukisan. Nah, kita masih boleh memuatkan unsur ketiga iaitu transendensi yakni beriman kepada Allah dalam hasil kerja kita. Itulah yang terpancar pada Rumah Serambi Melaka dengan dua belas batang tiang pada rumah ibunya.” Pelangi menggetap bibir, merenung Mario bagai seorang wanita menggerami pemuda idamannya.

Mario menelan liur.

“Rumah ibu itu letak duduk kekuatan agama. Dapur menganjur ke belakang dalam keadaan terbuka kerana ia pintu rezeki.” Pelangi menunjukkan sebuah catan lain.

“Ini semua punya maksud? Sebagai lambang?" Mario bersuara.

Pelangi angguk. “Keimanan atau transendental juga penuh struktur dan apabila ia melibatkan seni ia muncul tampil menerusi simbol atau lambang yang juga abstrak. Rumah Melayu itu juga hasil seni yang banyak simbol. Kerana melalui simbol seni, manusia ulul albab yang merenung hikmah dapat diangkat kembali ke fitrahnya sebagai makhluk yang semulia-mulianya, dan bermartabat manusia.”

Falsafah seni bina apakah ini yang bertemu dari satu sumber yang sama. Sumber langit. “Bagaimana kita err saya dapat mengungkap setiap simbol yang ada ini?" Mata Mario menagih pengetahuan dan penafsiran.

Pelangi tiba-tiba mengeraskan suara. Bagaikan itulah mesej yang ingin diteguhkan. “Kau akan mampu membuka semua pintu. Tugasmu memang membuka pintu-pintu yang tertutup supaya cahaya menerobos masuk, dan mengungkap lambang yang tidak diketahui orang supaya terbuka menjadi tatapan. Itu tugasku. Tugasmu juga. Tugas kita memaknakan rahsia. Kita mungkin disalahertikan tetapi ya, kita tetap pembuka jalan dan ruang.”

Kemudian mendadak; Pelangi digamit seseorang. Pembeli mungkin. Mario beredar memerhati catan lain. Sosok Pelangi yang montok sudah kabur entah di mana.

Sehingga petang Mario di situ. Sehingga pengunjung seorang demi seorang menghilang. Pelangi tidak muncul. Mario bertanya kepada seorang lelaki menunggu kaunter di ruang bawah galeri.

“Ibu Pelangi? Ohh dia seperti pelangi. Kalau hujan, nyaris ia tumbuh di langit. Atau di mana-mana. Langit terbentang luas ke timur dan barat.” Balas lelaki itu seakan-akan ingin memancing teka-teki. Seakan-akan bermain-main bahasa yang niatnya membingungkan Mario.

Begitulah Mario mendapat dua cahaya. Pertama, ilham sebuah binaan yang akan ditegakkan di Darwin. Yang akan menjadikannya arkitek tersohor seantero dunia kelak. Cahaya kedua, ialah namanya: Muhammad Ulul Albab.

Puas Mario menjejaki Pelangi. Tidak dia bertemu. Dalam satu perjalanan ke Kuala Lumpur, dia menyinggah Galeri Petronas. Seorang staf galeri menjelaskan, “Ibu Pelangi tidak menetap di Kuala Lumpur. Ia akan turun di setiap penjuru bumi jika ada keperluan.”

Mario berkerut. Dilanda sihir antara real dan magis.

Usaha-usaha mendapatkan maklumat lanjut menemui kebuntuan. Pelangi malah tidak dapat dicari di laman dunia maya. Sungguh aneh, seorang pelukis terkenal begitu memencil diri tidak mahu dihubungi. Apa latar Pelangi. Sejarahnya ingin digali.

Rindu

Pun Mario melepas rindunya kepada misteri Pelangi dengan mencari ‘Muhammad Ulul Albab’. Tentu ada sebab musabab dia diberi nama sebegitu dengan selamba lagi spontan. Dia ingat kata Pelangi ‘tugas kita memaknakan rahsia’.

Mario mencari, sehingga dia membaca al-Quran. Tentang tugas cendekiawan atau ulul albab. Tuhan menjelaskan kedudukan ulul albab dalam masyarakat pada ayat 269 surah al-Baqarah: “Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali ulul-albab.”

Hikmah. Mario bergalauan rasa.

Allah berfirman lagi dalam surah Yusuf, ayat 111: “Mereka adalah orang yang boleh mengambil pelajaran dari sejarah umat manusia.”

Iktibar sejarah. Mario tertarik dengan sebuah kitab suci yang menggesa pembacanya mengambil pengajaran dari masa lampau. Untuk mengenal masa lampau rumah Melayu itulah dia berulang ke Malaysia. Mario mahu mengenal bentuk senibina rumah Melaka yang asal. Dia juga percaya rumah Serambi Melaka yang wujud di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka hampir tiada. Apatah lagi sejarah Malaysia melangkaui era penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. Kerana Pelangi, Mario ketagihan membaca Sulalatus Sulatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang. Naskah tua pada awal abad ke 17 itu merakam sedikit perihal seni bina istana Sultan Mansur Syah, Melaka. Pada hemat Mario seni bina istana tersebut adalah kekuatan adaptasi dan kehalusan teknologi; bergabung dengan kebijaksanaan melakukan kombinasi antara seni bina tempatan dan seni bina luar. Ada unsur yang diambil dari China, ada pengaruh seni bina serumpun yang diterap supaya menjadikan seni bina istana tersebut menyeluruh, kaffah.

Melayu itu ulul albab. Bangsa ulul albab.

Mario terheret. Dia menemukan ulul albab yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran pada 16 tempat. Ulul albab diberikan hikmah, kebijaksanaan, pengetahuan, pemikiran, dan merupakan ahli intelek yang mendapat pelajaran. Kerana itulah ulul albab dapat membuat keputusan dan memberi panduan untuk manusia lain mengenai kehidupan. Ulul albab adalah golongan yang diberi pedoman seperti yang disebutkan oleh Allah dalam surah Ali-Imraan ayat 7: Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk daripada Allah, dan mereka itulah ulul-albab.

Mario terkesan bahawa ulul albab, adalah kumpulan yang berani memisahkan batil dari yang hak, kemudian memilih yang terbaik dari itu. Allah berfirman dalam surah al Maidah ayat 100: Katakanlah, tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai ulul albab, agar kamu mendapat keberuntungan.

Serasa ada suara merdu-menawan Pelangi memberitahukan bahawa ulul albab atau cendekiawan yang berilmu itu merujuk kepada mereka yang turut berjuang ‘turun padang’ sambil menyedari ayat 18 surah Ali Imran…wa ulu‘l-‘ilmi qa‘iman bi al-qist, iaitu ‘ilmuan sejati itu tegak bersama keadilan’.

Mario mendapat cahaya. Yang berilmu dan tegak bersama keadilan itulah cendekiawan. Oleh kerana itu cendekiawan dalam Islam ialah ilmuan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai peribadi yang sedar, merupakan kuasa pendesak moral dengan tugas utamanya adalah pembebasan dan pencerahan. Terasa bergemaan melanda gegendang, “Ayat 20 hingga 21 dalam surah Yaasin: “Dan dari hujung kota, seorang lelaki berusaha datang, membawa pesan, ‘wahai kaumku, ikutlah para rasul, ikutlah mereka yang tidak meminta upah dari kamu, sedang mereka adalah orang-orang yang terbimbing dengan hidayah Tuhan”.

Mario tidak pernah menemui Pelangi lagi. Dia tidak tahu Pelangi sebenarnya sudah lama ‘allahyarhamah’.

Tetapi Pelangi ada dalam hatinya. Dia membina sebuah binaan indah diberi nama ‘Pelangi’. Ramai kagum dengan binaan tersebut.

“Seperti lukisan.” Kata pelanggan yang menyukai pelan dan struktur‘Pelangi’.

Mario mampu tersenyum.

“Seperti lukisan yang punya rahsia. Yang banyak makna.” Tambah pelanggan itu lagi dalam gamam.

Tidak lama kemudian Mario menganut Islam. Itulah cerita kawan saya bernama Mario. Ya, satu waktu dahulu. Sekarang, namanya Muhammad Ulul Albab.



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Strategi Sebelum Konvensyen....

From Sebelum Konvensyen

Minggu ini memang kena bagi betul-betul komitmen untuk persiapan menjayakan konvensyan Pelajar Islam Kelantan yang sudah dua tahun tidak dilaksanakan. Alhamdulilah..kesempatan inilah saya dapat bersama teman-teman bertungkus lumus mempersiapkan strategi agar konvensyen kali ini menyerlahkan satu kelainan berbanding konvensyen seblumnya... tengok ajer gambar yang telah saya "embed" di entri kali ini... menggambarkan seribu satu peristiwa..semacam dalam kubu pengkalan semasa perang gitu..

From Sebelum Konvensyen
modul qudwah yang sedang di perkasakan

Anda mesti tahu tahap mana kesibukan kami waktu ini...hehe...ok ya! layan aja gambar-gambar di bawah...gambar ini merupakan rangkuman peristiwa sepanjang seminggu berkampung di sekretariat PPIK di Tanjung Mas , Pengkalan Chepa disekitar jam 1.00 pagi hingga jam 4.00 pagi...siang hari saya tak sempat rakam sebab saya kena pergi kerja di sekolah....

From Sebelum Konvensyen
Pakar strategi... Kagum padamu Pak Lah
Menukar ruang bilik mesyuarat menjadi bilik
Strategi Perang (Plan Analisis persiapan konvensyen )

From Sebelum Konvensyen
Pakar Teknikal dan Multimedia... Faizal yang mantap!!
Tanpamu Faizal , kami tak akan dapat merasa kelazatan Pulut Durian
ibumu..hihi...Syahiran jeles tak dapat makan pulut durian!



From Sebelum Konvensyen
Pakar penyusun protokol program...
Zul Amin (Tenang dan meyakinkan)
serius menaip perancangan
dan menghitung bilangan peserta terkini


From Sebelum Konvensyen
Strategi perang yang digeruni pihak musuh


From Sebelum Konvensyen
Peralatan perang dan makanan sebelum perang...


From Sebelum Konvensyen
Mengadaptasi materi tarbiyyah ke dalam presentasi untuk
di sampaikan semasa konvensyen kelak


From Sebelum Konvensyen
Erdogan dan Abdullah gul sedang berbincang serius merancang strategi
untuk kemenangan semasa konvensyen kelak..
Rambut pun dah jadi cam Albert Einstein..


From Sebelum Konvensyen
Masih tersenyum walaupun penat bersengkang mata...
Rambut Abdullah pun dah jadi seperti super saiya (son Goku)...


From Sebelum Konvensyen
Lah..ana nak pi cari idea kejap dalam mimpi...
3 minit selepas ini tolong kejutkan ya...
mungkin itulah ungakapan terakhir sebelum terlena..
kemudian bangkit semula sambung kerja...


p/s: tak lupa juga di siang hari, team akhawat membantu mempersiapkan bahan-bahan dalam fail dan hadiah... terima kasih ya buat Mizah Aurora hijau dan Syazwani serta akhawat yang lain yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang sememangnya tak termampu untuk dilakukan oleh ikhwah dari segi hasil kerja tangan kreatif...


Topblogs @ iLuvislam

Abang Ryzal GPTD @ BSPOT TV9

Rabu (16 Julai 2009) 2.15 pagi Salam... alhamdulilah, saya baru sahaja pulang dari Tanah Merah bersama sahabat saya Abdullah Nawi menghadiri Majlis Mesyuarat Agung ABIM Daerah Tanah Merah. Jauh juga perjalanan malam ini dari Bachok ke Tanah Merah (1 Jam perjalanan). Masuk sahaja ke dalam rumah, Terus saya mendapatkan Laptop ini untuk melihat tugasan adik saya, Si Mustakim (Fatih TV) dimana saya telah mengamanahkannya untuk merakamkan siaran B-Spot yang kali ini menampilkan saudara Noryzal (Abang Ijal) , sahabat baik dan senior ABIM dan GPTD yang berentap dengan seorang pensyarah @ pemuzik (namanya tengok dalam video tu ye). Ok ya..jom kita layan dengan segmen B-Spot kali ini, Sistem Pendidikan Malaysia Tidak Relevan??? - Tepat sekali bila abang Rizal berada di posisi menyokong Pendidikan Malaysia masih Relevan -

[p/s : kepada Kamil Korea, syeikh...belum sempat nak upload artikel tu, dah mengantuk bangat nih... internet baru berfungsi usai ana pulang dari Tanah Merah... huhu
]

Al-Fatihah : Perginya Permata Dakwah | Dr Fathi Yakan

From Voice Of Fatih

Airmataku mengalir mengenangkan berita sedih pulangnya murabbi umat, Sheikh Fathi Yakan ke rahmatullah hari ini. Diri ini pernah di sapa menjadi sebahagian muslim yg mencintai dakwah bila tintanya menulis buku dakwah "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" ...dan mutiara hikmah yang terkandung di dalam buku tersebut mengetuk-ngetuk pintu hati ini untuk menerima kebenaran......Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya. Al-Fatihah....



Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

7 Kaedah mendidik Anak-anak

7


7 Kaedah mendidik anak-anak...klik pada gambar untuk resolusi lebih jelas



Topblogs @ iLuvislam


penafatih Detik hari kelahiran

Posted by Picasa

Manfaatkan kegiatan belia gagasan baru

From Voice Of Fatih

Oleh NOR HARTINI SAARI
Sumber : Utusan Malaysia

BERSATU teguh, bercerai roboh! Begitulah gagasan Satu Belia: Satu Malaysia yang cuba diterapkan dalam penyusunan semula pembangunan belia hari ini. Seiring dengan matlamat tersebut, golongan belia yang berusia antara 15 sehingga 39 tahun adalah usia yang paling subur untuk mencapai gagasan tersebut, apatah lagi golongan ini dijangka mencecah 11.6 juta orang menjelang tahun 2010.

Gagasan Satu Belia yang disampaikan ini amat penting dalam menyuarakan semangat perpaduan di kalangan belia, yakni bersepakat, bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu dalam apa jua keadaan.


Namun, persoalan untuk mencapai gagasan baru mungkin mudah untuk dijawab jika belia Muslim hari ini memiliki peribadi yang mulia dari sudut rohaniah, akhlaqiah dan jasmaniah serta bertanggungjawab sebagai pewaris dalam memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan negara.

Imam Al-Ghazali pernah berkata: "Jika kita ingin tahu corak dan rupa masa depan maka lihatlah kepada generasi muda hari ini." Ini bermakna belia kini perlu diperkasa, dengan hakikat kejayaan belia akan membantu kejayaan bagi Malaysia terutama dalam membina tamadun yang hebat pada masa depan, seiring menjadikan umat Islam sebagai umat tersohor.

Sebenarnya, jika kita menyelusuri sirah Nabi serta apa yang diceritakan dalam al-Quran, kejayaan belia Muslim menegakkan syariah Islam patut dicontohi. Ketangkasan Usamah bin Zaid, pada usia 18 tahun, berjaya memimpin satu bala tentera menyerang kerajaan Rom dan kehebatan Mehmet Fateh berjaya membuka Kota Istanbul ketika baru berusia 21 tahun perlu menjadi panduan generasi muda hari ini.


Mampukah hakikat kejayaan belia masa lampau berulang? Bagi menjawab persoalan ini, beberapa langkah segera perlu dilakukan kerana belia hari ini berhadapan dengan pelbagai tuntutan persekitaran sosial yang amat mencabar.

Walaupun Laporan Indeks Belia Malaysia (IBM) 2008, menyatakan salah laku yang membabitkan belia di negara ini masih di peringkat yang baik, namun kebimbangan sentiasa wujud kerana kejadian yang tidak berakhlak, antaranya gejala mat rempit atau samseng jalanan, ragut, buli, ketagih rokok, dadah, pembuangan anak, pendedahan bahan-bahan lucah di web serta banyak lagi masalah sosial semakin menjadi-jadi.

Apatah lagi, yang berlaku ini banyak membabitkan mereka yang masih lagi bersekolah atau di peringkat juvana yang kebanyakannya terdiri daripada belia Muslim.

Bagaimana pula semangat Satu Belia: Satu Malaysia akan tercapai jika permasalahan ini terus bersarang di kalangan belia Muslim? Mungkinkah frasa-frasa yang sering kali dikaitkan dengan belia, antaranya 'Belia Cerminan Negara', 'Belia Harapan Bangsa', 'Belia Aset Negara' dan sebagainya akan terkubur begitu sahaja.


Apa pun keadaan, dalam merancang pembangunan belia, golongan ini perlu mempunyai semangat untuk bersatu padu terutama menerusi kegiatan berpersatuan. Bagi belia di peringkat usia 15 sehingga 18 tahun mereka perlu digalakkan menyertai beberapa kegiatan berpersatuan yang bermanfaat.

Manakala bagi kelompok belia yang berusia antara 19 sehingga 25 tahun, kebanyakan mereka masih berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta.

Di IPT ini, belia perlu didedahkan dengan pelbagai kegiatan yang berguna melalui beberapa pertubuhan dan persatuan. Namun, di sini peranan pentadbir dan ahli pendidik perlu digembleng untuk menyemarakkan pelbagai kegiatan berpersatuan.

Malahan peranan ahli pendidik untuk menterjemahkan kegiatan-kegiatan ilmiah mereka melalui persatuan dengan penglibatan pelajar perlu juga dialu-alukan.

Namun begitu, kelompok belia yang berada di luar bandar yang tidak berjaya memasuki mana-mana IPT atau kurang berjaya dalam pendidikan, tidak boleh terabai begitu sahaja.

Walaupun mereka berada di kampung, semangat berpersatuan dalam mewujudkan perpaduan perlu disemai melalui beberapa kegiatan persatuan belia terutama dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar menerusi latihan dan kemahiran.

Dalam hal ini, peranan institusi kemahiran, badan-badan belia, NGO dan beberapa kementerian terbabit amat diperlukan dalam memberikan penyediaan, pendedahan dan penawaran baru bagi mereka mengikuti beberapa latihan dan kemahiran yang disediakan agar golongan belia ini dapat mengembangkan potensi mereka.

Hal ini penting bukan sahaja mereka dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tetapi yang lebih penting belia mendapat peluang lebih luas untuk mendapatkan latihan dan kemahiran bagi membangunkan diri menjadi lebih berbakat, berdaya cipta dan cemerlang dalam bidang yang dipilih sekali gus menjauhi daripada kegiatan yang kurang sihat.

Perlulah kita ingat bahawa sumbangan pemikiran dan daya cipta golongan belia ini penting sebagai pemangkin baru ekonomi berasaskan daya cipta yang boleh membantu kerajaan menjana pendapatan untuk pembangunan negara.

Justeru, menyedari golongan belia ini sebagai golongan terpenting dalam menyahut gagasan baru negara, maka belia perlulah memanfaatkan pelbagai kegiatan yang diatur dengan baik agar belia hari ini dapat diperkasakan pada masa depan dengan hakikat kejayaan Satu Belia akan membantu kejayaan bagi Satu Malaysia.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Ekonomi & Kajian Sosial Institut Kefahaman Islam Malaysia.



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Al-Fatihah : Perginya seorang Guru Berwatak Ibu

From skkk2

"Perhatian Kepada semua murid Kelas KAFA, sila ke surau untuk menunaikan solat Zohor".... Inilah rangkap pengumuman yang selalu bergema di corong pembesar suara usai tamatnya waktu persekolahan dan bermulanya kelas pengajian Fardhu Ain di SK KUbang Kerian 2. Empunya suara ini tidak jemu-jemu untuk setiap hari mengumumkan makluman yang sama untuk perhatian murid-murid agar menunaikan solat Zohor sebelum mengikuti kelas KAFA. Namun suara ini sudah 3 bulan yang lalu tidak bergema lagi. Sejak empunya suara ini terlantar sakit akibat barah yang dialaminya.

From skkk2


Namun kini dan selamanya suara pengunguman ini dan empunya suara ini tidak akan lagi kedengaran di halaman SK Kubang Kerian 2 kerana empunya suara ini telah ditakdirkan untuk pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya. Allahyarhamah Ustazah Rokiah, bagai seorang ibu bagi saya di sekolah ini, ibu bagi murid-murid yang menerima didikan daripadanya. Beliaulah pemilik empunya suara yang selalu bergema 3 bulan yang lalu. Kini Tanggal 4 Jun 2009, Ustazah rokiah pergi buat selama-lamanya.

Kenangan Mengajar Bacaan Jawi di Waktu Cuti

From skkk2
Saat indah bersama arwah


Saya masih ingat, di waktu cuti penghujung tahun 2007 yang lepas, saya bersama-sama ustazah mengisi masa lapang dengan mengadakan kelas pembelajaran bacaan jawi bagi murid-murid pasca UPSR 2007 yang terdiri daripada Baihaqi, Mustakim, Laila, Zarbaim, farhan, Ilham dan lain-lain berkumpul di kelas 1 cemerlang belajar.

From skkk2
Bagaikan ibu yang menyayangi anaknya


From skkk2


From skkk2


From skkk2

Masih ingat kenangan apabila tamatnya pengajian, kami sama-sama menikmati keenakan goreng pisang dan ABC (air batu campur) di kelas tersebut. bagaikan jamuan akhir tahun. Lensa kamera saya tidak putus-putus pada waktu itu menangkap saat-saat itu yang rupa-rupanya ianya menjadi kenangan buat saya selama-lamanya.

Menziarahi Ustazah.
From skkk2

Dalam Tempoh 3 bulan, seakan waktu yang bergerak laju. Dalam tempoh itu, 3 kali saya sempat menziarahi ustazah. Namun 3 kali saya ziarah dalam jarak tempoh 3 bulan itu, memperlihatkan saya perbezaan dari segi tahap keuzuran beliau. Kali pertama ziarah usai beliau membuat pembedahan beliau masih boleh berbicara dengan baik dan tubuhnya masih dalam keadaan biasa. Cumanya kesan pembedahan sahaja yang sedikit melihatkan keuzuran beliau. Namun apabila saya ziarah kali yang kedua, saya lihat tahap keuzuran beliau semakin mendadak, beliau tidak mampu mengangkat tangan kanannya, dan setiap pergerakan beliau dibantu oleh suaminya. Kali ketiga saya menziarahi beliau (ketika bersama anak-anak murid), tahap keuzuran beliau memang di tahap yang amat kritikal. Wajahnya berubah (mungkin kerana menahan kesakitan), rambutnya luruh... Tidak mampu untuk saya memandangnya , mungkin kerana menghormati ustazah, saya hanya mampu melihat dari jauh.

Ustazah membayangkan murid-murid ada disekelilingnya
From skkk2

Cikgu Hasni (saya panggilnya Kak ni) merupakan sahabat ustazah yang tidak jemu-jemu melawat dan memberi bantuan seadanya kepada ustazah sejak beliau terlantar sakit sampaikan menguruskan jenazah ustazah buat kali terakhir.
From skkk2

From skkk2


Seminggu sebelum beliau pergi, beliau selalu menyebut kepada Kak Ni bahawa anak-anak muridnya selalu datang ziarah dan mengelilinginya sedangkan tiada seorang pun anak-anak murid beliau yang menziarahi beliau ketika itu. Dalam sebak, Kak Ni mengiayakan sahaja kata-kata ustazah. Mungkin itu hajat ustazah untuk menemui anak-anak muridnya buat kali terakhir.

From skkk2

Sebagai memenuhi permintaan arwah , Kakni meminta bantuan saya untuk membawa sebilangan anak-anak murid untuk menziarahi ustazah. Kak Ni , Kak hayati, dan saya masing-masing memenuhi ruang kenderaan masing-masing dengan anak-anak murid tahun enam seseudah tamatnya kelas tambahan waktu cuti untuk di bawa ke rumah ustazah. Manakala sebilangan yang lain menaiki basikal beramai-ramai menuju ke rumah ustazah.
From skkk2

Tidak dapat dibayangkan oleh saya pada waktu itu, melihat wajah-wajah anak-anak murid yang sebak melihat keadaan ustazah yang di cintai mereka. Mungkin mereka terkejut melihat keadaan ustazah ketika itu. Kesempatan itu mereka mengucup tangan ustazah , tanda kasih dan cinta mereka kepada guru yang mendidik mereka.

From skkk2

From skkk2


From skkk2


From skkk2

Lensa kamera saya sempat merakamkan dari jauh (secara sembunyi) situasi yang berlaku ketika itu. Ada yang menangis teresak-esak, ada yang tergamam kerana terkejut, kerana sebelum ini mereka hanya mendengar daripada cerita Kak Ni semasa di kelas.

Perginya buat selamanya

From skkk2

Pagi itu , saya menuju ke rumah ustazah untuk memberi penghormatan terakhir buat ustazah. Kak Ni yang sememangnya sahabat ustazah yang setia membantu sejak terlantarnya ustazah sehingga ke saat-saat ustazah berada dalam saat-saat terakhir , Kakni menguruskan jenazah sahabatnya yang tercinta sebagai memberi penghormatannya yang terakhir. Semoga arwah tenang di sana....Al-Fatihah...



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran