Showing posts with label diariku. Show all posts
Showing posts with label diariku. Show all posts

Di Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Seni Cantik di Islamic Outreach ABIM

8 Ogos 2009 | 9.00 malam

From Silat
Saya (tengah) di apit oleh dua mahaguru, Ayah Jat dan Ayah Tar


Saya telah dijemput mewakili YDP ABIM ke majlis pembukaan Gelanggang Silat Seni Cantik di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Islamic Outreach ABIM Kelantan. Gelanggang seni silat ini dibuka di pusat dakwah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di sini yang terdiri daripada anak-anak orang asli dan saudara baru dari Sabah untuk mengenali seni silat Cantik sebagai aktiviti mereka sepanjang belajar di sini.

Abdul Razak Harun (ayah Jak) yang merupakan Timbalan Pengerusi Kebudayaan Jajahan Kota Bharu telah mengendalikan acara di gelanggang ini dan memberi pendedahan dan pengenalan mengenai Seni silat yang juga dikenali oleh masyarakat sebagai silat pulut. Majlis pembukaan diserikan dengan demonstrasi pesilat-pesilat yang menunjukkan seni tarian silat kepada pelajar-pelajar di sini. Pemain gendang dari Kumpulan Gendang Padang Raja juga menghidupkan suasana gelanggang mengiringi tarian seni silat oleh pesilat-pesilat. Semoga dengan adanya aktiviti silat di Pusat latihan ini akan membina kekuatan jatidiri para pelajar disamping mempelajari seni warisan melayu ini.




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam

Ziarah Syahmi ESQ dan Mengisi Ceramah Qudwah Al-Fatih di SBP Faris Petra

From sbp faris petra

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

  • Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
  • Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
  • Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau. ( modul Al-Fatih : di zaman remaja )

Itulah sebahagian daripada isi ceramah yang di isi oleh saya kepada para pelajar di SBP Faris Petra yang terdiri daripada lingkungan pelajar yang mempunyai masalah dari segi disiplin dan pencapaian akademik. Mengambil contoh Sultan Muhammad Al-Fatih di awal remajanya agak signifikan untuk di kongsi agar dapat dicontohi oleh mereka. Alhamdulillah pengisian antara jam 10.30 pagi hingga 12.20 tengahari dapat juga diselesaikan dan mendapat respon yang agak baik dari para pelajar. Saya yakin , mereka juga adalah generasi Al-Fatih yang sedang mencari titik perubahan untuk berjaya. Mereka mempunyai cita-cita tinggi. Moga-moga Allah mempercepatkan mereka menemui titik perubahan yang akhirnya mampu untuk membawa mereka menggapai impian.

Berdiskusi bersama Syahmi

From sbp faris petra

Usai ceramah dan merasa keenakan juadah tengahari disini, saya di temani oleh adik lelaki saya (mustakim) meneruskan langkah ke masjid untuk menunaikan solat zohor. Melihat suasana di sini, biah solehahnya terpancar di sini. Mungkin kerana komitmen sebahagian daripada pelajar yang menggerakkan tradisi-tradisi kerohanian dan dakwah melalui Wadah Badan Pelajar Islam menyebabkan suasana biah solehah ini terpancar. Cuma kekuatan disini perlu dimantapkan lagi oleh teman-teman dakwah di luar sana untuk membantu memantapkan kekuatan dakwah dan membina generasi daie dikalangan pelajar di sini.

Usai Solat Zohor, saya mengambil sedikit masa bermuakarah dengan sahabat kecil saya di ESQ , adik Syahmi (adik kepada ahyana Solehah) dan sahabatnya Syafiq yang juga merupakan ahli BPI yang menggerakkan aktiviti masjid di sekolah ini. Agak lama kami berdiskusi tentang keadaan di sekolah ini, tentang BPI dan sebagainya.

From sbp faris petra

Sedang asyik berdiskusi, saya terlihat kelibat seorang yang amat saya kenali dan hormati. Ustaz Ghazali. Guru Al-Quran yang pernah membina tarbiyyah secara langsung ketika saya belajar di Maahad Muhammadi dahulu. Beliaulah guru yang bukan sahaja mengajar saya mengaji Quran, malah mendidik kerohanian saya melalui sentuhan dakwah bil hal beliau. Sebenarnya sejak berdiskusi tadi saya sudah bertanyakan kepada syahmi dan syafiq tentang ustaz Ghazali ini, cuma bayangan oleh adik-adik ini yang cuba menggambarkan wajah ustaz ghazali ini agak samar sedikit.

Gara-gara mereka kata sosok tokoh ini berjambang merah. Setahu saya ketika saya menjadi muridnya dahulu, wajah ustaz Ghazali tidak berjambang merah. Rupa-rupanya, ketika menemui ustaz, barulah saya tahu, ustaz ghazali baru sahaja mewarnakan janggutnya dengan inai. Ini mesti grup kumpulan ulama Dr Uthman El-Muhammadi nih.. seloroh saya kepada ustaz.

Melihat suasana pengajian Al-Quran di sini, mengingatkan saya ketika menjadi pelajar di Masjid Sekolah Maahad Muhammadi dahulu. Saya memberitahu syahmi dan syafiq agar selalu mendekati ustaz Ghazali kerana banyak ilmu yang dapat dipelajari darinya.




p/s : malam ni ada usrah Gabungan pula.... tarik nafas, kuatkan semangat... ceria selalu.. :)


Topblogs @ iLuvislam

Memaknai Kejayaan Penganjuran Konvensyen Pelajar Islam Kelantan ke 10

From konvensyen
From konvensyen

20 Jun 2009 - Alhamdulillah, Konvensyen Pelajar islam Kelantan kali ke -10 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Motivasi para mentor dan murabbi, Komitmen teman-teman, kemantapan ahli panel dan semangat para peserta memberikan satu kombinasi memaknai kejayaan penganjuran konvensyen yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada semua yang menjayakan konvensyen kali ini. moga-moga tema Meneladani Qudwah Membina Keunggulan Pelajar Muslim kali ini mampu digarapkan oleh semua peserta yang terdiri daripada pimpinan pelajar untuk merealisasikan keunggulan di alma meter masing-masing.

From konvensyen

Terima kasih kepada pimpinan delegasi Yapeim , yang diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Mokhtar Bin Abdul Razak, Timbalan ketua pengarah YaPEIM atas kesudian merasmikan dan menyampaikan sumbangan untuk konvensyen kali ini. Juga tidak lupa kepada pimpinan PKPIM yang mewakili Presiden PKPIM, saudari Akmariah (Ketua Hewi PKPIM) atas kesudian untuk hadir meraikan dan merasmikan penutupan konvensyen. Terima kasih juga kepada semua urusetia yang bertungkus lumus mempersiapkan konvensyen yang dianggap berprestij untuk pelajar Islam di abad ini. Insya Allah, kelebihan yang ada akan dimantapkan lagi dan kelemahan semasa penganjuran akan diperbaiki supaya menjadi lebih baik di masa akan datang. Alhamdulillah, resolusi Konvensyen dapat di rungkaikan sebagai amanah yang akan dilaksanakan kelak oleh peserta dan juga pimpinan PPIK untuk merealisasikan Keunggulan Pelajar Muslim di persada.

From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
Menyampaikan slot kepimpinan bertajuk Generasi Al-Fatih
Meneladani Qudwah Membina Personaliti

From konvensyen


Berita penuh berkenaan Konvensyen ini boleh dibaca melalui laman blog rasmi PPIk [ Klik Di Sini ]




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


Bersedia Untuk Tidak Bersedia : Sehari Sebelum Konvensyen PPIK


19 Jun 2009 (Jumaat), masih tinggal sehari lagi untuk saya dan teman-teman urusetia PPIK membuat persiapan untuk konvensyen esok hari.Bermakna masih berbaki sehari lagi untuk kami berkampung di sekretariat PPIK untuk memastikan persiapan konvensyen esok hari berjalan dengan lancar.

Hari ini beberapa tugasan telah di agihkan kepada urusetia bagi memastikan setiap bahagian tugasan sebelum konvensyen dapat di sempurnakan sebaik mungkin. Tetapi walaupun hari ini cuti hujung minggu , saya masih berkeadaan seperti hari bekerja. Usai solat Jumaat, saya perlu ke SMK Kubang Kerian 1 untuk menghadiri pertemuan Komuniti Juruteknik Komputer seluruh Kelantan.

Maka, saya terpaksa sekali lagi meninggalkan pengkalan seketariat konvensyen untuk memenuhi undangan ke sana. Pertemuan Kumpulan Juruteknik buat kali pertama ini amat penting untuk saya hadiri bagi membantu sahabat-sahabat juruteknik yang lain yang mempunyai semangat untuk memperkasakan komuniti ini dengan mewujudkan persatuan Juruteknik Komputer bagi menjaga kebajikan dan menjalinkan hubungan silatulrahmi di kalangan para juruteknik Komputer di agensi kerajaan.

Menerima panggilan Mentor untuk mengisi Program.

Dalam perjalanan ke sana (SMK Kubang Kerian 1) , tiba-tiba saya menerima panggilan daripada mentor saya Ustaz Makhtear yang mengingatkan saya supaya menggantikan abah Zahidin untuk mengisi slot ceramah motivasi kepada masyarakat dan keluarga angkat di Kampung Pulau Panjang , Pengkalan Chepa. Apa yang mengejutkan, pengisian ceramah tersebut adalah pada Malam ini , dan bukannya malam esok (sebagaimana yang telah ditandakan di diari eksekutif saya)... Memang saya telah tersilap menandakan tarikh ceramah tersebut. Kelam kabut sedikit juga jadinya.

Maklumlah rancangan saya pada hari ini , apabila selesainya pertemuan dengan komuniti Juruteknik, saya ingin terus bergegas ke sekretariat dan ke Hotel MGU untuk melihat perkembangan persiapan.

Mujurlah modul-modul presentasi telah saya kemaskini untuk ceramah tersebut. Cuma mengharapkan pihak di sana mempersiapkan alatan teknikal yang baik memandangkan pengisian saya menggunakan alatan ICT untuk dipresentasi kepada audien. Ujian pertama saya untuk bersedia bertindak walau dalam keadaan sedikit tidak bersedia (kerana kesilapan tarikh)

Menjadi Jurubicara kepada Para Juruteknik Komputer

From Voice Of Fatih


Sampai sahaja di SMK Kubang Kerian 1, tiba-tiba saya disambut oleh big bos saya (idlan) yang mengetuai rancangan penubuhan komuniti Juruteknik Komputer Kelantan. Beliau memberi tugas kepada saya menjadi jurubicara untuk menyampaikan hasrat dan matlamat pertemuan Juruteknik pada hari ini bagi membentuk kumpulan Komuniti. Sekali lagi ujian untuk bersedia di dalam suasana tidak bersedia. Pada mulanya , saya hanya ingin hadir sebagai sebahagian daripada ahli peserta di pertemuan itu. Tapi di beri tugas yang agak besar juga oleh big bos. Ada benarnya juga, harapan bigbos Idlan meminta saya menyampaikan taklimat perjumpaan ini supaya Juruteknik dari seluruh pelusuk negeri memahami matlamat pertemuan.

Bigbos Idlan memberi taklimat
From Voice Of Fatih


Mungkin ini sumbangan kecil yang boleh saya berikan untuk membantu dan menyokong usaha sahabat-sahabat penaja Komuniti juruteknik Komputer Kelantan. Maklumlah, saya rasa, sahabat-sahabat sekerjaya yang bermula dari bigbos Idlan hingga kepada rakan-rakan yang lain (miey, Duan_mawi, Faisal dan lain-lain), mereka lebih banyak memberikan komitmen dan bertungkus lumus sebaik mungkin bagi memastikan pertemuan ini berjaya. Syabas buat mereka semua...!!
Makcik-makcik Juruteknik Komputer

Alhamdulilah, tugas ini selesai dengan jayanya. Usai sahaja majlis tamat, saya terpaksa memohon mengundur diri terlebih awal (tak sempat makan bersama di restoren) memandangkan saya perlu bergegas untuk persiapan ceramah pengisian pada malam ini.

Hikmah Melaksanakan Tugas

From konvensyen
From konvensyen

selepas Solat Isyak , saya bertemankan sahabat saya Radhi menuju ke Kampung Pulau Panjang. Saya hanya bertawakal semoga pihak urusetia dapat mempersiapkan kelengkapan teknikal dengan sebaiknya (@ seadanya). Sebelum ini jika menerima jemputan, saya akan menggunakan kelengkapan audio sendiri. Tapi kali ini,disebabkan kesilapan teknikal, peralatan audio sistem di sediakan oleh pihak penganjur. Pada masa yang sama, rakan-rakan urusetia konvensyen telah pun berada di Hotel MGU untuk membuat persiapan terakhir.

From konvensyen
From konvensyen

Alhamdulillah, tiba sahaja di padang tempat saya akan mengisi ceramah, kelihatan cahaya terang benderang dan beberapa pasang khemah di dirikan untuk tujuan ceramah saya pada malam ini dan majlis perasmian penutup program keluarga Angkat anjuran Rakan Muda Desa Wawasan di kampung ini pada keesokannya. Apa yang lebih membuatkan saya teruja, peralatan audio sistem yang tercanggih dan disewa khas disediakan untuk slot pengisian saya pada malam ini. Maknanya, Saya tidak mempunyai masalah dengan kelengkapan audio sistem. Akhirnya dengan senang hati, saya dan Radhi mempersiapkan pemasangan LCD dan Laptop dan beberapa alatan lain.

From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen


Rupa-rupanya, Hikmah Allah yang mentakdirkan saya datang ke sini mempertemukan saya dengan adik-adik peserta yang terdiri daripada pelajar SMK Faris Petra dan Mahasiswa Politeknik Kota Bharu. Allah telah memudahkan saya untuk merapatkan semula hubungan antara saya dengan kampus pengajian saya dahulu (Politeknik Kota Bharu) melalui mahasiswa -mahasiswa ini. Tambahan pula, adik-adik Faris Petra pula terdiri daripada merka yang aktif dalam Badan Kaunseling dan Badan Pelajar Islam memberi ruang kepada saya untuk membina jaringan dengan Sekolah Berasrama Penuh (SMK Faris Petra) ini.

From konvensyen

Alhamdulillah, pengisian saya berjalan dengan lancar ditambah dengan audien pada malam ini cukup ramai menghimpunkan para peserta keluarga angkat dan masyarakat di Kampung ini termasuk anak-anak muda. Tak ubah seperti ceramah politik. Cuma bezanya, mungkin daya tarikan pengisian malam ini dengan adanya tayangan presentasi melalui LCD.

From konvensyen


From konvensyen


Seronok mengisi ceramah dengan masyarakatnya yang ceria dan sporting. Lagu "Bila Terasa Rindu" versi nasyid dinyanyikan sama-sama oleh kami. Ditambah pula cerianya majlis pada malam ini, dengan adanya penghulu kampung yang cukup sporting.

From konvensyen

Jadi ketika berceramah, selalu aja saya bergurau dengan ketua penghulu disamping usikan peserta yang lain. Seperti biasa, ceramah saya akan diakhiri dengan sesi muhasabah. Syukur, bila semua audien turut serta bermuhasabah. Tak kurang ada yang mengalirkan air mata tatkala saya mengakhirinya dengan berdoa.

From konvensyen
From konvensyen
From konvensyen


Usai tamat sahaja ceramah saya, saya dikelilingi oleh peserta-peserta kluarga angkat yang ingin berkenalan dengan saya dengan bertukar-tukar alamat dan yang lebih penting ,berkongsi alamat blog dengan mereka. Alhamdulillah cukup seronok dapat mengisi dan memberi sesuatu yang terbaik untuk mereka dengan seadanya. Esok padang ceramah ini akan menjadi medan pertemuan masyarakat dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang akan merasmikan perasmian penutup program kampung angkat Rakan Muda Desa Wawasan ini.

Segalanya-galanya adalah yang terbaik dari Allah, yang memudahkan saya melaksanakan amanah ketika keadaan yang terpaksa bersedia untuk melaksanakan tugas dalam suasana Tidak Bersedia. Alhamdulillah, tugasan ini dapat dilaksanakan seadanya yang termampu. Meminjam ungkapan Shahiran (SUA PPIK) : Pimpinan haruslah "Bersedia Untuk Tidak Bersedia"

Topblogs @ iLuvislam