Tips 3 : Al-Maalik
-
Sahabat, saya dan kamu adalah Raja atas diri masing-masing, maka
sewajarnya, mulai detik hari ini, kuasailah dirimu. Jika kamu ingin marah,
kuasailah diri...
16 years ago
Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini.................................. baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini ...................................buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
Usholli sunnatash shukri rak’ataini lillahi taala.
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat kerana Allah Taala.
Maksudnya: Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya; dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya.