Al-Fatihah : Perginya seorang Guru Berwatak Ibu

From skkk2

"Perhatian Kepada semua murid Kelas KAFA, sila ke surau untuk menunaikan solat Zohor".... Inilah rangkap pengumuman yang selalu bergema di corong pembesar suara usai tamatnya waktu persekolahan dan bermulanya kelas pengajian Fardhu Ain di SK KUbang Kerian 2. Empunya suara ini tidak jemu-jemu untuk setiap hari mengumumkan makluman yang sama untuk perhatian murid-murid agar menunaikan solat Zohor sebelum mengikuti kelas KAFA. Namun suara ini sudah 3 bulan yang lalu tidak bergema lagi. Sejak empunya suara ini terlantar sakit akibat barah yang dialaminya.

From skkk2


Namun kini dan selamanya suara pengunguman ini dan empunya suara ini tidak akan lagi kedengaran di halaman SK Kubang Kerian 2 kerana empunya suara ini telah ditakdirkan untuk pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya. Allahyarhamah Ustazah Rokiah, bagai seorang ibu bagi saya di sekolah ini, ibu bagi murid-murid yang menerima didikan daripadanya. Beliaulah pemilik empunya suara yang selalu bergema 3 bulan yang lalu. Kini Tanggal 4 Jun 2009, Ustazah rokiah pergi buat selama-lamanya.

Kenangan Mengajar Bacaan Jawi di Waktu Cuti

From skkk2
Saat indah bersama arwah


Saya masih ingat, di waktu cuti penghujung tahun 2007 yang lepas, saya bersama-sama ustazah mengisi masa lapang dengan mengadakan kelas pembelajaran bacaan jawi bagi murid-murid pasca UPSR 2007 yang terdiri daripada Baihaqi, Mustakim, Laila, Zarbaim, farhan, Ilham dan lain-lain berkumpul di kelas 1 cemerlang belajar.

From skkk2
Bagaikan ibu yang menyayangi anaknya


From skkk2


From skkk2


From skkk2

Masih ingat kenangan apabila tamatnya pengajian, kami sama-sama menikmati keenakan goreng pisang dan ABC (air batu campur) di kelas tersebut. bagaikan jamuan akhir tahun. Lensa kamera saya tidak putus-putus pada waktu itu menangkap saat-saat itu yang rupa-rupanya ianya menjadi kenangan buat saya selama-lamanya.

Menziarahi Ustazah.
From skkk2

Dalam Tempoh 3 bulan, seakan waktu yang bergerak laju. Dalam tempoh itu, 3 kali saya sempat menziarahi ustazah. Namun 3 kali saya ziarah dalam jarak tempoh 3 bulan itu, memperlihatkan saya perbezaan dari segi tahap keuzuran beliau. Kali pertama ziarah usai beliau membuat pembedahan beliau masih boleh berbicara dengan baik dan tubuhnya masih dalam keadaan biasa. Cumanya kesan pembedahan sahaja yang sedikit melihatkan keuzuran beliau. Namun apabila saya ziarah kali yang kedua, saya lihat tahap keuzuran beliau semakin mendadak, beliau tidak mampu mengangkat tangan kanannya, dan setiap pergerakan beliau dibantu oleh suaminya. Kali ketiga saya menziarahi beliau (ketika bersama anak-anak murid), tahap keuzuran beliau memang di tahap yang amat kritikal. Wajahnya berubah (mungkin kerana menahan kesakitan), rambutnya luruh... Tidak mampu untuk saya memandangnya , mungkin kerana menghormati ustazah, saya hanya mampu melihat dari jauh.

Ustazah membayangkan murid-murid ada disekelilingnya
From skkk2

Cikgu Hasni (saya panggilnya Kak ni) merupakan sahabat ustazah yang tidak jemu-jemu melawat dan memberi bantuan seadanya kepada ustazah sejak beliau terlantar sakit sampaikan menguruskan jenazah ustazah buat kali terakhir.
From skkk2

From skkk2


Seminggu sebelum beliau pergi, beliau selalu menyebut kepada Kak Ni bahawa anak-anak muridnya selalu datang ziarah dan mengelilinginya sedangkan tiada seorang pun anak-anak murid beliau yang menziarahi beliau ketika itu. Dalam sebak, Kak Ni mengiayakan sahaja kata-kata ustazah. Mungkin itu hajat ustazah untuk menemui anak-anak muridnya buat kali terakhir.

From skkk2

Sebagai memenuhi permintaan arwah , Kakni meminta bantuan saya untuk membawa sebilangan anak-anak murid untuk menziarahi ustazah. Kak Ni , Kak hayati, dan saya masing-masing memenuhi ruang kenderaan masing-masing dengan anak-anak murid tahun enam seseudah tamatnya kelas tambahan waktu cuti untuk di bawa ke rumah ustazah. Manakala sebilangan yang lain menaiki basikal beramai-ramai menuju ke rumah ustazah.
From skkk2

Tidak dapat dibayangkan oleh saya pada waktu itu, melihat wajah-wajah anak-anak murid yang sebak melihat keadaan ustazah yang di cintai mereka. Mungkin mereka terkejut melihat keadaan ustazah ketika itu. Kesempatan itu mereka mengucup tangan ustazah , tanda kasih dan cinta mereka kepada guru yang mendidik mereka.

From skkk2

From skkk2


From skkk2


From skkk2

Lensa kamera saya sempat merakamkan dari jauh (secara sembunyi) situasi yang berlaku ketika itu. Ada yang menangis teresak-esak, ada yang tergamam kerana terkejut, kerana sebelum ini mereka hanya mendengar daripada cerita Kak Ni semasa di kelas.

Perginya buat selamanya

From skkk2

Pagi itu , saya menuju ke rumah ustazah untuk memberi penghormatan terakhir buat ustazah. Kak Ni yang sememangnya sahabat ustazah yang setia membantu sejak terlantarnya ustazah sehingga ke saat-saat ustazah berada dalam saat-saat terakhir , Kakni menguruskan jenazah sahabatnya yang tercinta sebagai memberi penghormatannya yang terakhir. Semoga arwah tenang di sana....Al-Fatihah...



Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran


Percubaan Memiliki domain penafatih.com



Inilah percubaan saya memiliki Laman web berasaskan domain sendiri... tapi masih tidak lengkap lagi.. layari laman ini di
www.penafatih.com ...




Topblogs @ iLuvislam


penafatih Detik hari kelahiran

Posted by Picasa

Berhasrat Untuk Berundur Seketika....


tanggal 12/06/2009 hari Jumaat bersamaan 18 jamadil akhir 1430H, satu peristiwa yg meragut kemaraan aku telah membuatkan aku tersentak seketika..

pada permulaannya, asakan itu dapat ditahan dgn bekalan sedia ada..tp sampai bilakah bekalan itu bertahan....aku menaruh keyakinan positif utk terus bertahan dgn asakan meriam, bom C-4, peluru berpandu SCUD, atom jer blum lagikk..

satu perbincangan tidak rasmi diantara komander, mengusulkan beberapa cadangan seperti berikut:-

1-bertahan sehingga bantuan dr sekutu tiba....tp bilakah waktunya...apa jenis bantuan dan berapa banyak bantuan tu..?

2-kekalkan peralatan pertahanan bersama-sama pengendali peralatan tersebut, manakala yg lain berundur seketika..

3-berundur terus dan pulang ke kem utk mengatur strategi baru...gunakan apa saja yg ada utk bangkit kembali

4-berundur terus dan pulang ke kem utk mengatur strategi baru...mohon bantuan sekutu.

5- Mengangkat bendera putih...mengaku kalah??

wajarkah aku pilih yg ke-4??..Sebab diri ini masih lagi menolak untuk memilih pilihan ke -5....

p/s : Berhasrat untuk berundur seketika dari tugas kesukarelaan... bagi menarik nafas merancang strategi...




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Sampaikan Dakwah

“Akan kusampaikan dakwah ini, biar sampai ke janin di perut bonda”
– Hasan al-Banna




Gratisan Musik

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Inilah contoh Tarbiyyah & Ukhuwah ABIM

From Voice Of Fatih

Pagi ini, saya di tugaskan untuk merasmikan Muktamar ABIM Daerah Bachok jam 9.00 pagi. Namun beberapa kekangan yang terpaksa saya hadapi pagi ini iaitu terpaksa berada di rumah kerana menunggu nenek di rumah memandangkan semua ahli keluaga saya berada di Kuala Lumpur dan ayah harus ke sekolah mengajar kelas tambahan.

Beberapa idea di fikrkan bagaimana untuk membolehkan saya meninggalkan seketika rumah dalam keadaan ada orang yang akan membantu saya menjaga nenek saya yang berkeadaan uzur (sakit orang tua). Mengharapkan bantuan sepupu, kesemuanya tidak berada di rumah kerana ada tugas atau kerja masing-masing.

Lantas terfikir idea yang bagi saya belum lagi dijelmakan selepas sekian lama bersama dalam ukhwah ABIM. Idea saya agar ada mana-mana exco ABIM yang boleh menggantikan saya untuk ke muktamar atau memilih untuk membantu saya menjaga nenek bagi membolehkan saya pergi ke Muktamar ABIM Bachok.. Akhirnya saya menelefon Abdullah Nawi, sahabat sepengajian, Rakan exco dalam ABIM Kelantan , menjadi sasaran saya untuk meminta bantuan.

Saya sempat menanyakannya samaada untuk memilih menggantikan saya merasmikan muktamar atau menjaga nenek saya di rumah untuk saya terus ke majlis tersebut. Kebetulannya, semalam Abdullah mempunyai tugasan membawa pelajar-pelajar dari Islamic Outreach ABIM ke Balai Islam mengikuti majlis Tadarus Al-Quran. Mungkin beliau perlukan masa untuk rehat. Namun tanpa disangka, Abdullah memilih untuk menjaga nenek saya!!

Tanpa disangka, idea yang saya fikir tidak logik berlaku, rupanya tidak mustahil ianya berlaku. Semalaman saya fikir bagaimana ya kalau kiranya Abdullah membantu saya menjaga nenek saya bagi memudahkan saya ke muktamar daerah itu. Rupa-rupanya idea ini tidak mustahil dijelmakan apatah lagi, bantuan ini memudahkan saya melakukan kerja-kerja Islam sebegini. Allahu Akbar!!

Inilah yang saya rasakan nilaian ukhwah yang tidak terhingga dan bagi saya, ia lahir sejak sekian lama mengikuti tarbiyyah dan budaya kerja ABIM sejak di zaman pengajian lagi. Terima Kasih Abdullah Nawi atas bantuan yang saya kira yang terbaik pernah anda lakukan.

Bersambung nanti ... [ Ringkasan Ucapan saya di Muktamar Bachok ]

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Menjadi Seorang idealis


“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai idea, maka hendaklah kamu menjadi seorang yang berpendirian. Sesungguhnya kerosakan kepada idea berlaku, cukup dengan kamu berbelah bagi!” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Aktiviti Pertemuan Ukhwah bersama pimpinan ABIM Daerah Tumpat


From Jun2009
30 Mei 2009 : Bersama Alami (SU ABIM Kelantan) di Pertemuan pimpinan ABIM Daerah Tumpat di Sekretariat ABIM Tumpat . Pertemuan bertujuan membincangkan hala tuju organisasi peringkat daerah Tumpat dan menjalin ukhwah dengan pimpinan muda daerah serta golongan veteren ABIM yang kini bergiat aktif dalam Wadah Pencerdasan Umat (WADAH).


From Jun2009

[ Klik Untuk Foto Seterusnya ]



From Jun2009

From Jun2009

From Jun2009
Turut Hadir, Ustaz Wan Nuruddin (Generasi awal ABIM Kelantan)

From Jun2009

From Jun2009

From Jun2009

From Jun2009

Menerima cenderahati dari YDP ABIM Tumpat,
saudara Tarmizi


From Jun2009





Gratisan Musik

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Muqaddimah : Kerana Itu Aku Mencintai Tuhanku


Dustur

Tidak ada yang menyibukkanku dariMu, baik harta mahupun anak-anak. Aku lupa dengan namaMu kerana mengingat harta dan anak-anak. Seandainya aku tumpahkan darahku ke- tanah, maka akan tertulis dengannya huruf-hurufMu, Tidak berkurang serta tidak pula bertambah.

Pancaran Cahaya Al-Quran

“…..Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya…..” (al-Maa’idah : 54)

Pancaran Cahaya Kenabian

“Cintailah Allah dengan nikmat-nikmat yang Ia anugerahkan kepadamu.” (HR Tirmidzi
Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran









































































Memotivasikan Orang Lain, Diri sendiri Bagaimana?

Situasi 1:
Ketika mengunjungi rumah ibu saudara, di ruang tamu kelihatan ibu sedang berbual-bual dengan sepupu saya yang memang terer dalam bab menjatuhkan orang @ merendah-rendahkan potensi orang lain. Lebih kurang macam inilah ayat nya.



Sepupu : Si faizul ni sibuk buat apa sekarang?
Ibu : Sekarang ni , dia banyak menerima jemputan berceramah motivasi di sekolah-sekolah. beberapa hari lepas pun dia ke Pulau Perhentian menerima jemputan berceramah di sana.

Sepupu : Hebat beri motivasi orang lain..diri sendiri termotivasi ke tidak... (dengan nada merendah-rendahkan orang)..bla..bla..bla..... x der guna.... bla.. bla... diri sendiri dah betul ke nak motivasi orang lain....bla..bla.... dan beberapa ayat sindiran yang rasanya malas nak tulis .... (takder brake emergency langsung)


Sudut pandang saya
Sekali dengar dengan nada bahasa dia ni, rasa tertusuk duri sembilu dibuatnya, apatah lagi bila mendengar dari orang yang memang kita sudah tahu akan perangainya. Yang suka merendah-rendahkan potensi orang lain. Bahasanya, bagaikan menggambarkan kita ni memang tak ada harapan. Tapi alhamdulillah, masih terngiang-ngiang modul si Katak pekak yang pernah di buat di SK Pulau Perhentian dulu.. yang mana modul ini memberi mesej supaya jangan dengar sangat kata-kata orang yang pesimis atau cuba merendah-rendahkan potensi kita.

Namun kekadang terfikir juga pada empunya diri, apakah selama ini saya sudah bersedia dan sudah memotivasikan diri sebelum saya terjun memotivasikan orang lain?

Teringat di awal penglibatan saya yang pada mulanya hanya lebih selesa berada di sebalik tabir pengendalian ceramah motivasi yang dikendalikan oleh motivator-motivator. Namun hari berganti hari, tiba di satu ketika, guru saya (motivator) memberi amanah supaya menggantikan atau menjadi sub motivator / trainer untuk program-program jemputan yang banyak, menyebabkan saya menjadi sebahagian daripada trainer jemputan pihak sekolah yang berkeyakinan dengan ceramah kendalian saya.

Bersedia Untuk Tidak Bersedia

Di peringkat awal , saya banyak menolak amanah guru saya kerana hadirnya saya sebagai pembantu guru ketika program motivasi hanyalah untuk memenuhi ruang dan minat saya untuk membantu di waktu kelapangan.

Pernah saya menyatakan kepada guru saya itu, "Saya tidak bersedia dan tidak terfikir untuk ke arah itu ( menjadi penyampai)" kerana saya lebih suka menjadi orang di sebalik tabir yang membantu menjayakan program kendalian guru saya. (sebenarnya saya lebih suka menjadi fasilitator semasa LDK sahaja)

Namun azimat guru saya ketika amanah diserahkan kepada saya, "Saudara harus bersedia ke arah itu, dan perlu juga menjadi orang yang selalu bersedia untuk bertindak atau bersedia untuk tidak bersedia (menerima amanah mengejut), kerana saya tidak selamanya menongkat langit".... bicara guru saya ini, disusuli dengan tugas kepada saya mencari kekuatan diri sendiri dengan mengutip apa sahaja mutiara kata untuk dijadikan azimat untuk mengukuhkan keyakinan kepada diri saya untuk menjadi seorang yang bersedia.

Mengutip Mutiara Hikmah dari pelbagai perspektif

Hikmah Surah Al-Asr :

Surah ini bukan sahaja mengajak kita untuk menghargai masa. Namun ayat ini juga merupakan saranan Allah SWT bahawa orang yang tidak berada dalam kerugian ialah orang yang selalu berpesan-pesan (memberi motivasi) kepada kebenaran dan kesabaran.

Lain-lain Hikmah Al-Quran dan Hadis

Al-Quran merupakan kitab dan panduan yang lengkap untuk umat Islam. Kebenarannya tidak perlu lagi diragui. Dan di dalam Al-Quran juga mengandungi kata-kata motivasi. Contohnya seperti:
-Bersegeralah
-Bersungguh-sungguhlah
-Berlumba-lumbalah
-Kuatkanlah kesabaranmu
-Bersabarlah
Dalam Sunah juga terdapat banyak ungkapan motivasi seperti:

-Bersegeralah untuk bekerja
-Jagalah sesuatu yang bermanfaat bagimu
-Ada dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu dengan dua nikmat ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang


Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf serta adiknya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”
[Yusuf 12: 87]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir!” [Al-Baqarah 2: 214]

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.


Daripada motivasi orang lain.

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini banyak membantu saya menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
p/s : Ekspresi dalam blog saya kali ini bertujuan untuk "refresh" kembali semangat tatkala dihilangkan oleh mereka-mereka yang pesimis. buat sepupu saya ni pula, kalaulah terbaca entry ni, elok benarlah sebab saya nak beri sesuatu renungan kepada kamu ... baca di bawah :

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]


“Baikilah diri anda dengan pengalaman orang lain-jadi anda akan dapat sesuatu dengan cepat berbanding dengan apa yang orang lain lakukan.”
Socrates


“Orang yang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang sederhana belajar daripada pengalaman sendiri,
Orang bijak belajar daripada pengalaman orang lain.”






Gratisan Musik
Detik-Detik Hidupku

Topblogs @ iLuvislam


penafatih | Detik hari kelahiran

Bro Jufitri (GPTD) di B-SPOT TV9

Salam semua...
Lama betul saya tidak kemaskini blog.. Jadi sambil-sambil dok bersihkan laman blog ni, saya nak berkongsi dengan teman-teman....minggu lepas saya sempat merakam Rancangan B-Spot terbitan TV9 yang mengundang sifoo saya Bro.Jufitri Joha untuk berdebat dalam segmen tersebut. Mantap juga abang Ju ni bila berdebat.. jadi jom kita tengok (klik baca seterusnya untuk melihat video)..

p/s : Abg Ju akan datang ke Kelantan Julai nanti di Muktamar ABIM Kelantan