Seminggu di Kem Anggota Pangkat Rendah (APR) Briged Bakti

15-19 Febuari 2009
From APR lelaki

Saya ditugaskan sebagai trainer untuk Kursus Anggota Pangkat Rendah (APR) Briged Bakti bertempat di HB Village , PCB. Kursus ini berlangsung selama 5 hari (2 sesi) iaitu Kursus untuk APR Lelaki pada 15-17 Febuari dan APR Wanita pada 17-19 Febuari. Saya ditugaskan untuk mengendalikan ice breaking untuk kedua-dua sessi tersebut.



Sesi Lelaki
From APR lelaki
Perbarisan Anggota Briged lelaki

From APR lelaki
Taklimat oleh Timbalan Pengerusi BBM Negeri

From APR lelaki

Skuad Marshal : ajar bebudak gaduh...hehe

From APR lelaki


From APR lelaki
Anggota ketumbukan Briged Bakti : semasa di ajar bergaduh...

From APR lelaki
Angkat siapa yang paling berpotensi...walaupun potensi
berat badan mengatasi segalanya

Sessi Wanita
From apr
Demi matahari dan sinarnya...

From apr
Ayuh srikandi..mara kehadapan!!!

From apr
Lawak-lawak....

From apr
Sessi perkongsian....
From apr

Lagi ajar bebudak gaduh...
nampak cam hero pulak saya ni..hehe (hensem lagi tu)

From apr


From apr


From apr


From apr



From apr

Latihan kawat

From apr
Latihan menyelamat di medan (kawasan bencana) MKN 20

From apr

Untuk sesi wanita.. tugas tambahan saya ialah
mengendalikan kuliah maghrib dan subuh.


Grup Urusetia yang mantap!!

From APR lelaki
masih tersenyum walau kepenatan

From apr
watak urusetia macho... sebab bigbos dia pun macho gak...(aku ler tue)

From apr

model mangsa yang perlu di selamatkan...

From apr
En. Che Yob sedang berbincang dengan urusetia..

From apr
Wah..macam pernah aku lihat gaya ni..tapi di mana ya?

From APR lelaki
Urusetia Srikandi... tiang seri kursus APR

From APR lelaki

Training latihan cara bergaduh... kenapa aku asyik tulis perkataan bergaduh ya..
nak gaduh ke?? hehehe....



iLuvislam.com Top Blog

Induksi Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)

From Imej | Afzan

Ampang, 8hb Februari 2009 - Berpeluang bersama teman-teman GPTD berkampung di Pusat Pembangunan Keluarga (FEDEC) Ampang selama 3 hari untuk melaksanakan induksi yang telah lama tertangguh atas pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. Induksi induk dapat dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan misi-misi dan program-program yang telah dirancang selama perkampungan itu.
From Imej | Afzan


Saya menghadiri induksi ini dalam kapasiti Ketua Penyelaras GPTD Kelantan. Wakil daripada kampus juga turut memriahkan juga seperti Saudara Suhadak dari UNISEL merangkap pengerusi Kelab Ibnu Batutah, Saudari Aishah dari UNITEN dan Saudara Amirul dari Kolej Lagenda. Banyak perbincangan-perbincangan yang telah di buat di susun bagi memastikan perjalanan GPTD berjalan dengan lebih tersusun.

From Imej | Afzan


Berpeluang juga betemu kali terakhir dengan dua orang sukarelawan yang akan menjalankan misi dakwah mereka. Pertama saudari Putri Nur Azwa yang akan melakukan misi GPTD dan melanjutkan pengajian ke Jordan selama 4 tahun pada 15 Febuari ini dan saudara Suhail yang akan meneruskan misi dakwah ke China pada 18 Febuari 2009.

From Imej | Afzan

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung ABIM, Dr. Amran Mohammad. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta induksi yang hadir.
iLuvislam.com Top Blog

Mission & Character Building

From Imej | Afzan

Catatan 31 Januari - 1 Febuari 2009

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya hadiri training MCB ( Mission Character Building ) angkatan III bertempat di Hotel Sheraton. Sebenarnya training ini sudah berganjak dari 17 Januari kepada 31 Januari.Terima kasih kepada Ahyana Solehah kerana telah memberi dorongan kepada saya untuk mengukuhkan misi saya untuk menghadiri Training kali kedua ESQ 165. Ayat-ayat semangat mengiringi saya kongsi dengan pembaca-pembaca untuk dihayati:

Moga setiap langkah dalam redha Allah.Teruslah bertasbih kepada-Nya, kerana Cinta-Nya ada di mana-mana.

Alhamdulillah segala puji baginya yang memilih hamba-hamba-Nya untuk diberi Hikmah. Moga pengembaraan selama dua hari ini telah memberi kan makna yang besar dan menhujan dalam hati abe Fatih.Moga terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifahnya yang terbaik di muka bumi. Daie yang berjiwa faqih, insani berjiwa Rabbani. Tetap merasakan kebersamaan yang sama walau dari jauh. Moga kebaikan yang be Fatih telah diperolehi tersebar pada sekelilingnya. Salam perjuangan meraih mardhatillah. Ilir-ilir...masa untuk kebangkitan generasi Al-Fatih kedua..Takbir!! -Ahyana Solehah


From Imej | Afzan

Pesertanya mencapai lebih kurang 400 orang lebih. Dan peserta berkumpulan teramai ialah dari Karangkraf bersama Pengarah urusannya Datok Hishamuddin. Training ini dipandu oleh Dr Ary Gynanjar Agustian. Alhamdulillah sejak saya menyertai ESQ angkatan ke 5 (Malaysia) dulupun, ilmu yang saya terima juga langsung dari Dr Ary. Istimewa juga, MCB Angkatan III ini diikuti oleh Dato' Zainal Abidin Sakom, Zamarul Hisyam (pelakon), Diana Rafar (pelakon) dan lain-lain. Lebih istimewa, yang mewakili Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) ialah saya dan abg Rizal. MCB kali ini semua berebut untuk berada di hadapan... supaya ilmunya lebih cepat diterima berbanding di belakang.

From Imej | Afzan
Puan Faridah from IPKB, peserta aktif dalam MCB.

Training di Hari Pertama


Training Mission Statement dibuka dengan review “Sekilas 165” kepada para Alumni training ESQ.Hari pertama ini peserta diajak menuliskan visi dan misi hidupnya, semua sesi pada hari itu dijalani peserta dengan semangat, semua berpartisiapasi berebut mengikuti permainan games dan mengajukan pendapat (sharing). Training intermediate kali ini dirancang agar peserta lebih aktif dan terlibat langsung dengan trainer.

From Imej | Afzan

Team Alumni ESQ Kelantan bergambar kenangan
bersama Dr Ary dan Pak Aminul Rachman

Tergamam saya seketika bila Dr Ary mengakukan pertanyaan tentang mampukah kita menjawab pertanyaan saat kita diminta menjelaskan apa itu “islam”...?? Namun tidak kering gusi bila Dr Ary menanya para peserta dengan lagak dan suara anak kecil yg bertanya pada orang tuanya..... memang lucu. Akhirnya setelah beberapa peserta mengemukakan pendapatnya, terus Dr Ary menjelaskan bahwa Islam itu sudah ada dalam “hadits Jibril” pada saat Jibril menanyakan tentang apa itu Islam, Iman dan Ihsan pada nabi Muhammad secara langsung di depan para Sahabat. Kalau taman-teman yang mengikuti pengajian hadith 40 Imam Nawawi, jawapannya adalah pada hadis ke dua berkenaan Islam, Iman dan Ihsan.


CHARACTER BUILDING

From Imej | Afzan

Hari kedua, saya dan abang madun (saudara yang disatukan seperti ansar dan muhajirin) bukan kebetulan tempat training kali ini dekat dengan penginapan, jadi tidak sampai 10 menit, kami sudah sampai di ruang pendaftaran peserta. Dipintu masuk sudah penuh sesak terutamanya oleh golongan wanita yang cuba memastikan tempat duduk mereka di depan, tapi golongan bapanya relaks-relaks aja..hehehe.Lihat sahaja dalam majlis apa-apa pun, komitmennya ialah kaum ibu. tengok sahaja majlis mesyuarat agung PIBG di sekolah. Kaum ibu memberi memberi partisipasi penuh makala aum bapa lebih suka mengambil kerusi belakang bersama teman-teman bapa yang lain.

Training di hari kedua ini memang lebih "boom" berbanding di hari pertama, ibaratkata Dr Ary : “Seperti mobil diesel, yang semakin lama semakin panas” . Dibuka dengan paparan 3Dimensi Alam semesta, setelah itu pak Ary membacakan surat Ar Rahmaan dengan Khusyu'.... jiwa tersentuh dengan alunan bacaan Dr Ary.

Kemudian setelah melalui beberapa lagi permainan, peserta diajak mengetahui karakter seperti apa mereka selama ini, dan setelah mereka gah dengan karakter masing-masing, barulah dijelaskan karakter yang mempunyai nilai falsafah yang terkandung dalam gerakan dan bacaan Shalat.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
( Q.S Al Ankabuut 2 )


Karakter Muhammad Ali (Cassius Clay)

Di training Character Building ini, dipilihlah Muhammad Ali sebagai ikon karakter yang hebat dan tak mudah patah oleh cabaran hidup. Ada gerakan senam yg diasimilasi dari gerakan olahraga tinju yaitu Senam Muhammad Ali "The Black Superman". Selain itu, Karakter Sultan Muhammad Al-Fatih juga menjadi salah satu karakter yang dijelmakan sebagai karakter terbaik yang harus dihayati oleh semua muslim. Saya memang pengkagum qudwah Sultan Muhammad Al-Fatih sejak di bangku sekolah lagi.

Dalam training Character Building, ada sesi yg menurut kebanyakan peserta lebih “mencabar” jika dibandingkan dengan sesi katarsis di hari ketiga Training Basic, sesi ini dinamakan “Kapal Nabi Yunus”. Tertarik satu kalimat dari blog yang saya baca iaiatu, “Hidup segan, matipun lebih lagi segan" . Pilihan hidup atau mati bukanlah pilihan mudah.. disinilah karakter asli kita akan muncul, apakah kita akan memberikan kesempatan hidup kepada orang lain atau meminta kesempatan hidup kepada orang lain.

From Imej | Afzan

Berbual dengan En. Ahmad Nazri dari Karangkraf.
Banyak pengalaman dapat dikongsi dengan beliau.

mmm.. rasanya macam saya sudah membocor banyak slot dalam MCB ni... kalau sahabat nak tahu lebih lanjut, sertailah ESQ bermula dengan training Basic sehingga ke peringkat seterusnya (ada 7 peringkat semuanya). Kata teman-teman saya, training ini mahal.. tahu apa jawapan saya?? Saya kata bayaran training ni, anda anggaplah ia kos sebuah pengembaraan. Nak mengembara ke Korea, cukupkah dengan wang saku sebanayak RM30??

From Imej | Afzan

Bersama Bro. Zamarul Hisyam..boleh tahu banyak pengalaman beliau sebagai artis

Ayuh!! daftarlah segera ke training ESQ Basic dan MCB, dan bentuklah karaktermu seperti Berlian yg indah berkilauan tapi sangat kukuh dan tidak rapuh. Semoga kita bisa keluar dari mulut “ikan Nun kehidupan” seperti Nabi Yunus yang keluar dai perut ikan Nun sebagai tercatat dalam kalam suci Al Qur’an :

Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. ( Q.S Al Anbiyaa” 20-21 )


P/S: Buah tangan dari MCB akan saya tagged dalam entry akan datang...hehehe

iLuvislam.com Top Blog

Jatuhnya Sebuah Tamadun

From Voice Of Fatih


Sedang asyik saya melihat permandangan sekitar bangunan PWTC dan bangunan UMNO yang menjadi organisasi politik yang memimpin Kerajaan Malaysia hari ini, lantas memori saya mengingatkankan tentang point yang saya baca dalam buku berkenaan sejarah Tamadun Islam bertajuk "Jatuhnya Sebuah Tamadun ; Menyingkap sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Khalifah Islam"....Sejauh mana kita menyingkapi keamanan dan nikmat kemewahan berada di bumi Malaysia ini, adakah kenikmatan ini disyukuri dan diredhai Allah.. atau kita sedang lalai dalam menikmati kekayaan di bumi ini.

Untuk para pemimpin , kuasa hari ini adalah amanah dan tanggungjawab dan bukan kemegahan yang menjadi prioriti. Laksanalah kebaikan sewaktu memimpin...Kerana setiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Adakah Boikot kita bermusim??

From Voice Of Fatih

Hati saya sungguh sedih melihatkan situasi masyarakat yang berlaku di depan mata saya. Sepanjang Palestin diserang, di mana-mana kedengaran mesej untuk memboikot semua produk yang mempunyai keuntungan langsung kepada Amerika dan Israel. Namun hari pertama selepas 4 hari berkampung di Pulau Ketam... suasana Restoren KFC yang lengang dan lesu kerana bahang protes memboikot dalam tempoh 6 bulan...

From Voice Of Fatih

jiwa saya berkecai melihatkan malam selepas sahaja saya keluar dari USM untuk pulang kerumah, suasana restoren KFC penuh dengan puluhan melayu muslim yang meratah ayam-ayam dimana nilai keuntungan itu akan di salurkan kepada Israel dan Amerika untuk memperkasakan peluru-peluru yang akan menembusi saudara semuslim mereka di Palestin. Adakah boikot kita ini boikot bermusim?? Sekadar memeriahkan musim sebagaimana musim perlawanan bola sepak??

penaFATIH
Perjalanan Pulang ke rumah
dari USM

Travelog GPTD 4: Hari Terakhir di Pulau Ketam

From Voice Of Fatih

Selepas solat Subuh berjemaah, semua sukarelawan bersiap-siap mengemas pakaian-pakaian untuk persiapan pulang. Begitu juga saya, tapi yang lebih penting ialah mengemaskini peralatan elektronik sebelum berangkat pulang. Memang menjadi satu kewajipan dan keutamaan sebelum berangkat. Dari sekecil-kecik kabel sehingga sebesar-besar alat elektronik yang dibawa, takut ada alat yang tercicir. Semua peralatan elektronik yang berada dalam beg, perlu dikeluarkan semula dan di semak berpandukan checklist. Bila membuat semakan , baru saya teringat yang saya terlupa di sepanjang program semalam, saya tidak merakam aktiviti temuramah peserta tentang aktiviti yang dilakukan. Jadi terpaksa qadha pada hari-hari yang terakhir. Bermula dengan Timbalan Pengarah, Dr Wan Nudri sehingga kepada wakil peserta dan wakil pusat islam saya rakam untuk sesi temuramah. Kemudian sukarelawan bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang.
Sayu meninggalkan jeti tanpa suara kanak-kanak.
From Voice Of Fatih

Pagi itu suasananya tetap indah , seperti pagi semalam, sewaktu kami menikmati udara segar dengan mengalunkan gerakan tarian Demi Matahari. Kalau semalam suasananya tetap sunyi dari suara kanak-kanak. Mungkin mereka keletihan kerana terlalu aktif tahap tertinggi pada malam semalam.

From Voice Of Fatih


Namun pagi ini, saya rasa bagikan satu kekurangan tanpa suara kanak-kanak itu untuk meraikan perpisahan kami dengan Pulau Ketam. Mungkinkah selepas kanak-kanak ini bangun dari tidur, lantas berlari menuju ke Balai Islam untuk bertemu dengan abang dan kakak yang mereka raikan sepanjang berada di sini. Apa perasaan mereka apabila melihat Ruang Balai Islam itu kosong tanpa penghuni -penghuni . Tiada lagi suara kakak-kakak yang mereka sayangi kerana lembutnya sentuhan kasih sayang. Tiada lagi suara-suara gurauan abang-abang yang sanggup menurunkan taraf intektualnya menjadi kanak-kanak girang demi menyantuni mereka??

From Voice Of Fatih

Lebih sayu bila teringatkan seorang kanak-kanak cina lelaki semalam yang belajar solat dengan akhawat semalam... adakah kanak-kanak itu akan berlari menuju ke Balai Islam semula untuk mencari kakak yang disayangi itu? Atau lebih sayu bila memikirkan... apakah akhirnya kanak-kanak itu hanya merasakan bahawa kegembiraan semalam hanya sebuah mimpi dari lenaan tidurnya semalam??

From Voice Of Fatih

Itulah yang tergambar pada konotasi minda saya hari ini. Mungkin sebak hati saya dapat dikongsi dalam penulisan ini. Saya langsung tidak memberikan gambaran kesedihan dihadapan teman-teman sukarelawan lain sewaktu berada di atas bot tadi. Tetapi perasaan sayu ini semakin terserlah semasa entry ini ditulis dalam bas semasa perjalanan pulang ke Kelantan. Diri saya tidak dapat menahan rasa sebak.. bagai ingin menangis semahunya... Insya Allah... Pulau Ketam... saya berazam untuk datang semula dan ingin berbicara dengan kanak-kanak dan masyarakat di sana dengan bahasa cina kebanggaan mereka!!
From Voice Of Fatih

Sepanjang berprogram , saya terpaksa untuk kurang bergurau dengan kanak-kanak kerana risaukan respon tindak balas mereka menyebabkan tugas teknikal saya terganggu. Tak dapat digambarkan bagaimana sahabat-sahabat sukarelawan di kalangan lelaki yang bagaikan di buli oleh mereka. Bagaimana mereka menerkam dan memeluk Jack Naim, memanjat tubuh Fazli dan dan memeluk saiful.. tidak kurang juga sukarelawan dari kalangan akhawat.

Kepuasan melaksanakan Misi


From Voice Of Fatih

Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari perlaksanaan Misi di Bagan Hailam dan Pulau Ketam. Rasa gembira kerana dapat mengikat tali ukhwah bersama teman ikhwah dan akhawat sukarelawan USM yang selama ini, ikatan ukhwah hanya tertaut dalam bilik kuliah semasa mengikuti bengkel anjuran Kelas Peradaban Nabawi. Betul kata murabbi saya, untuk mengenali sahabat-sahabat kita, adalah melalui sebuah pengembaraan atau musafir.
From Voice Of Fatih

Saya mempunyai keinginan yang kuat agar ikatan ukhwah yang terbina bersama teman-teman USM tidak berakhir apabila berakhirnya misi di Bagan Hailam dan Pulau Ketam. Sudah menjadi tabiat saya untuk melebarkan jaringan ukhwah yang merentasi sempadan fikrah dan orientasi gerakan, kerana ia mempunyai hikmah yang amat ternilai dari segi ilmu dan pengalaman.

From Voice Of Fatih


Bersama-sama teman-teman dikalangan mahasiswa USM mengimbau kepada kenangan saya bersama sahabat-sahabat semasa di kampus dahulu. Sekurang-kurangnya pengalaman lalu boleh dijelmakan kembali terutamanya bila bersama mahasiswa.... jadi nasihat saya kepada semua mahasiswa, rebutlah peluang keemasan untuk mencari pengalaman dengan mempelbagaikan aktiviti mahasiswa kerana saat keemasan ini tidak dapat dikecapi bila anda sudah bekerjaya. Seperti kata seorang tokoh barat (tak ingat namanya) :

From Voice Of Fatih

"Sesuatu yang dapat mematikan pengalaman ialah apabila anda sudah bekerjaya".... Renung-renungilah...dan selamat beramal

PenaFATIH
25 Januari 2009
Bas USM Kubang Kerian
Perjalanan Dari Selangor ke Kelantan
iLuvislam.com Top Blog


Travelog GPTD 3: Aktiviti Sukaneka dan Majlis Perasmian Penutup

From Voice Of Fatih

Sekali lagi putaran senaman Demi Matahari

Jam 4.30 petang , sekali lagi sukarelawan akan berkumpul di dewan serbaguna untuk mengisi satu lagi aktiviti iaitu permainan sukaneka bersama kanak-kanak di sini. saya dihubungi oleh saudari Hamizah untuk memenuhi permintaan teman-teman sukarelawan agar dapat mengetuai senaman Demi Matahari untuk pembukaan di awal aktiviti itu. Nampaknya dah jadi macam satu banchmark pula senaman Demi Matahari ni. Kali pertama tarian Demi matahari ini di tunjukkan kepada kanak-kanak ini, ada sedikit kejanggalan. Tidak kurang pula kalau yang terlalu nakal mereka mengusik abang-abang dan kakak-kakak mereka yang sedang mempersembahkan tarian senaman Demi Matahari. Akhirnya saya mengajak teman-teman sukarelawan agar dapat mengambil setiap seorang dari kanak-kanak ini sebagai pasangan untuk di tunjuk ajar langkah gerakan senaman ini.



Alhamdulillah barulah, keadaan sedikit terkawal. Entah mengapa semasa mengepalai gerakan senaman itu, bila saya melihat teman-teman sukarelawan mesra mengajar adik-adik kesayangan mereka itu, hati saya rasa sebak dan air mata saya laju mengalir. Terharu melihat keakraban teman-teman sukarelawan dengan kanak-kanak cina yang sedang bersama-sama membuat pergerakan senaman itu. Kanak-kanak pula jujur menampakkan keakraban dan kemesraan bersama abang dan kakak mereka biarpun berbeza latar bangsa dan bahasa. Selesai beberapa kali senaman Demi matahari di buat, maka bermulalah aktiviti sukaneka yang di susun oleh teman-teman sukarelawan.

Teringatkan Projek GPTD Saudara Suhail Ke China
From Voice Of Fatih

Memang petang itu adalah petang untuk rekreasi minda antara kanak-kanak dan teman-teman sukarelawan. Seronok tengok gelagat sukarelawan yang seakan-akan dibuli dek kanak-kanak. Akhirnya sukaneka itu berakhir jam 6.00 petang, Kesempatan itu saya mengambil peluang untuk bersiar-siar dengan basikal yang di sewa dengan harga RM 5.00 sehari. Bila seorang diri bersiar-siar di sepanjang laluan di perkampungan pulau ketam ini, saya lantas teringatkan saudara Suhail yang akan ke China pada bulan depan (Februari). Kalau saya berada di sini pun terasa sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sini yang kurang fasih berbahasa melayu, apatah lagi bila suhail yang akan seorang diri melaksanakan misi dakwah GPTD di sana??

From Voice Of Fatih


Saya turut teringatkan saudara Rezwan yang kini berada di United Kingdom melanjutkan pelajaran di sana. Beliau amat fasih dalam berbahasa cina. Mujur dalam kalangan sukarelawan program pulau ketam ini, mempunyai seorang akhawat yang fasih berbahasa cina.. saudari azimah. Dialah yang menjadi perantara untuk berkomunikasi antara kami dengan masyarakat cina di sini. Bayangkan jika ketiadaan Azimah pada ketika ini, rasanya amat sukar untuk berkomunikasi dengan masyarakat untuk sepanjang melaksanakan
misi di sini.

Kanak-kanak Cina dan Kungfu Panda
From Voice Of Fatih


Waktu solat maghrib : Keakraban antara teman sukarelawan dan kanak-kanak cina disini cukup terserlah sampaikan ada sebahagian daripada mereka sanggup menunggu di hadapan Balai Islam. Tidak kurang juga ada yang menyusup masuk ke dalam balai Islam untuk melihat abang-abang dan kakak-kakak mereka menunaikan solat. Bahkan mereka turut sama meniru pergerakan solat .... Sekali lagi hati saya tersentuh melihat saudari azimah menyantuni mereka, mengajar mereka berwuduk, menajaar mereka kaedah memakai kain sembahyang dan asas-asas solat. Niat di hati ingin sahaja saya rakamkan menggunakan video kamera saya ini segala aktiviti yang berlaku pada waktu itu. Namun situasi itu berlaku di kawasan solat wanita,saya membatalkan hasrat itu takut mengganggu teman-teman dikalangan akhawat untuk meneruskan ibadah solat.

From Voice Of Fatih

Situasi itu mengingatkan saya tentang kisah Poo dalam kungfu panda yang cuba sedaya upaya untuk masuk ke majlis pertandingan untuk pengistaharan pahlawan naga .Kehadiran
panda bernama Po yang semata-mata untuk melihat "The furious five" yang terdiri daripada Master Tigress, Master Monkey, Master Mantis, Master Viper dan Master Crane yang menjadi idola kegilaannya dalam dunia kungfu. Namun pelbagai cabaran yang dihadapi untuk menuju ke dewan perlawanan itu sehingga akhirnya pintu gerbang utama ditutup dan perlawanan sudah bermula.. Tertarik dengan kata-kata MAster Oogway, "There are no accidents" ... apa yang berlaku bukan kerana kebetulan, walaupun pada niat asalnya hasrat Po ke untuk melihat perlawanan itu, namun kerana percubaan Po melakukan apa sahaja untuk melihat dengan jelas perlawanan di kalangan The furious 5 itu menyebabkan beliau tersadung ke tengah pentas selepas menggunakan jalan terakhir iaitu dengan menggunakan roket mercun. Akhirnya Po dinobatkan oleh master Oogway sebagai The Dragon Warrior walaupun Po berkali-kali menafikan kerana kehadirannya semata-mata untuk melihat idola kesayangannya (The Furious 5) .

From Voice Of Fatih

Begitulah juga tamsilan terhadap usaha-usaha permulaan dan asas oleh sahabat-sahabat sukarelawan di sini, sebenarnya bukanlah sekadar memenuhi tuntutan dan melaluinya secara kebetulan.. tidak mustahil, hikmah suatu masa nanti anak-anak kecil ini akan menjadi generasi penerus kearah mengembalikan masyarkat pulau ketam ini kepada Fitrah... iaitu Fitrah Islam... dan merekalah yang tanpa kita sedari dan dengan izin Allah akan menjadi The Muslim Dragon Warrior di Pulau Ketam!!


Majlis Penutup dan kemuncak kepada kehangatan kanak-kanak

Majlis perasmian penutup program berlangsung dengan menjemput semua vip-vip terlibat memberi ucapan termasuk saya mewakili GPTD... dalam hati bergumam rasa sukar bagaimana cara untuk memberikan ucapan dalam keadaan audien yang didominasi oleh kanak-kanak. Seperti yang berlaku semalam.

Keadaan di majlis penutup juga cukup ramai berbanding semalam. Rupa-rupanya malam penutup ini disertai dengan aktiviti cabutan bertuah. Bertambahnya bilangan audien terutama kanak-kanak menyebabkan saya, saiful dan tajuddin perlu berhati-hati dengan kelengkapan teknikal saya di hadapan pentas. Beberapa kali laptop dan LCD terpadam kerana di sepak oleh kanak-kanak ini. Terpaksa juga bersabar kerana beberapa kabel audio rosak kerana kepala audionya di pijak oleh mereka.... sabar sajelah..

From Voice Of Fatih


Ucapan saya sekadar menanyakan apa khabar dalam bahasa cina dan menyanyikan lagu nasyid selawat dalam bahasa cina.. entah betul atau tidak sebutannya... hanya mereka yang berbahasa cina sahaja yang tahu. Terlihat juga azimah terkerut dahi mendengar nasyid saya.. mungkin ada kesilapan bahasa kot. Selepas semua VIP memberikan ucapan, kemuncak kepada majlis itu adalah persembahan sukarelawan bersama kanak-kanak dengan membuat persembahan gerakan Demi Matahari... dan saya mengepalai nya di bawah dan mereka semua sukarelawan berada di pentas...

From Voice Of Fatih


Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati pertandingan sukaneka siang tadi.. misi berakhir dengan post moterm sukarelawan di Balai Islam Pulau Ketam. Oklah saya akhiri catatan saya disini, tadi sempat bersama Jacknaim dan 2 sukarelawan lain minum dan makan di restoren sebelah Balai Islam. Selepas itu mereka berhasrat nak pergi berjalan-jalan menghirup udara malam. Saya terpaksa untuk menolak ajakan mereka kerana sakit-sakit badan yang teramat. Maklumlah seharian menjadi troli bergerak ... tapi seperti semalam...Keletihan yang memberikan kepuasan dan kegembiraan yang teramat!!.

Entry terakhir : Hari Terakhir di Pulau Ketam.

penaFATIH
1:59 pagi
Balai Islam Pulau Ketam



iLuvislam.com Top Blog


Travelog GPTD 2: Hari Kedua Di Pulau Ketam

From Voice Of Fatih

Agak awal juga saya bangun pagi ini, mungkin kerana kedinginan dinihari seakan mengajak saya untuk bangun untuk persiapkan diri. Kelihatan di tingkat bawah balai Islam, Ustaz Rozaidin dan abg nasa sudah pun bangun melihat siri tazkirah pagi di televisyen. Awal betul mereka bangun. Terus saya mempersiapkan diri, misi kedua pada hari ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Kuliah Subuh Tentang Penyempurnaan Dakwah

Pagi subuhnya saya di tugaskan oleh sahabat sukarealwan untuk menyampaikan kuliah subuh. Sebenarnya saya lebih suka untuk mengisi tazkirah menggunakan persembahan power point , tetapi memandangkan padgi itu, waktunya amat terhad.. saya memilih untuk berkongsi dengan teman-teman sukarelawan kuliah secara biasa tentang konsep Dakwah dan perkara-perkara yang menyempurnakan tugas dakwah. Saya menghuraikan bahawa dalam konteks dakwah, 3 perkara utama yang harus di utamakan sehingga ia akan menyempurnakan urusan dakwah iaitu

UKHWAH
IMAN
PERINGATAN

Pertama, tentang UKHWAH.... bagaimana kita secara kreatif memupuk hubungan ukhwah dengan sahabat yang baru dikenali dan disandarkan atas prinsip Ukhwah fil Islam dan bukan ukhwah kerana sandaran pada objek... seperti Ukhwah kerana skuter dan lain-lain.

Kedua, setelah ukhwah dibina, bagaimana ia harus dimantapkan dengan keimanan supaya nilai ukhwah itu boleh melahirkan amal. Seperti amal dakwah, laksana kerja-kerja sukarelawan dan lain-lain. Akhirnya apabila ukhwah dan iman mantap... kita harus saling memotivasikan sahabat -sahabat yang sudah mempunyai nilai ikatan ukhwah dan iman dengan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.. iaitu saling memberikan PERINGATAN. Selalu memberikan motivasi tentang khabar gembira dari rahmat Allah dan selalu memberikan peringatan tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar.

Akhirnya jika ketiga-tiga aspek ini telah dilaksanakan. Maka sempurnalah asas dakwah bagi seseorang daie. Bahkan jika dilakukan ketiga-tiga aspek dakwah ini, maka inilah titik temu antara kepelbagaian badan dakwah yang melaksanakan misi dakwah mengikut pendekatan masing-masing.

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari

From Voice Of Fatih



Jam 7.00 pagi setelah taklimat yang disampaikan oleh pengarah program, aktiviti diteruskan dengan senaman pagi di ruang lapang berhadapan dengan pejabat Bomba Pulau Ketam. Dimulai dengan saudara Jack Naim dengan menunjukkan kebolehannya bertaichi, dan kemudian saya yang kebetulannya mempersiapkan teknikal audio di hadapan... menjadi salah seorang tenaga yang berkongsi sama teknik -teknik senaman taichi.. teringat semasa di kampus Politeknik Kota Bharu dulu, pernah mempelajari 20 disiplin asas seni bela diri (Rhythmic Martial Art), jadi saya gunakan sebahagian dari teknik itu untuk jadikan sebahagian daripada teknik-teknik senaman pada pagi itu.

From Voice Of Fatih


Kemudian, senaman Demi Matahari menjadi kemuncak kepada aktiviti senaman pada pagi itu. Ustaz Rozaidin merupakan antara ahli senaman yang begitu menghayati senaman demi matahari. Tak kurang juga teman-teman yang lain. Maklumlah pergerakan senaman yang digerakkan itu mempunyai nilai dari segi penghayatan lagu nasyid Demi Matahari yang merupakan terjemahan Surah As-Syams ayat 1-10.Jadi sambil bersenam, saling menghayati maksud surah tersebut.

Misi Kedua : Cabaran melaksana aktiviti 2 dalam 1

Misi kedua hari ini cukup mencabar, kerana disamping aktiviti yang akan dilaksanakan oleh tim sukarelawan USM, pihak penduduk Pulau Ketam juga menerima lawatan dan aktiviti gotong Royong anjuran Adun Klang Selatan di bawah YB Halimah Ali (Exco Kerajaan Selangor). Pada awalnya dimaklumkan, aktiviti gotong royong itu hanyalah digerakkan
secara biasa tanpa perlu majlis khas. Rupa-rupanya, aktiviti gotong royong ini memanfaatkan secara total dewan serbaguna ini untuk majlis perasmian yang akan turut digunakan oleh tim sukarelawan USM untuk pemeriksaan kesihatan. Namun saya lihat , ketangkasan tim-tim sukarelawan ini bertindak secara professional menyantuni keadaan.

Seakan-akan dilihat walaupun mereka pada pada awalnya tidak berkait langsung dengan aktiviti YB pada hari itu, tetapi bagi untuk melihat kedua-dua aktiviti terlaksana tanpa ada kecacatan, akhirnya aktiviti hari itu seakan-akan aktiviti bersama . Cukup mantap dan professional tim-tim sukarelawan menyantuni keadaan. Saling melengkapi walaupun tugasan pada hari itu cukup ad-hoc.

Akhirnya selepas majlis perasmian aktiviti dan YB bersama sukarelawan Briged Amal dan pelajar sekolah bergerak ke kawasan gotong royong, dewan itu akhirnya dimanfaatkan oleh tim-tim sukarelawan USM untuk meneruskan misi pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.

Jam 2.30 petang, sekali lagi cabaran bagi tim sukarelawan USM, iaitu pengisian ceramah kesihatan oleh wakil GPTD , Dr Syazni yang tiba di Pulau Ketam seawal tengahari. Kerumitan yang timbul bagaimana untuk melaksanakan aktiviti ceramahitu mengikut sasaran. Kerana sasaran awal ceramah ini ialah untuk kalangan ibu bapa . Namun audien teramai pada hari itu adalah kanak-kanak dari kalangan yang menyertai aktiviti gotong royong pada hari itu. Bagi kanak-kanak, mungkin mereka ingat slot itu adalah tanyangan cerita seperti semalam (Kungfu Panda) kerana apabila saya dan teman-teman membuat pemasangan LCD utntuk tujuan ceramah, mereka terus mengisi ruang hadapan ruang audien. Apatah lagi kebisingan suara riang mereka sehingga jika tidak ada kawalan sedikit akan mengganggu kelancaran.

Ceramah oleh Dr. Syazni cukup unik. Iaitu penyampaian beliau dalam bahsa melayu diterjemahkan oleh Puan Marlina dalam bahsa Cina kerana masyarakat di situ kurang fasih dalam berbahsa melayu.
From Voice Of Fatih



Namun sekali lagi tim sukarelawan menghadapi kerumitan, kurang hampir setengah jam sahaja selepas ceramah itu di mulakan, masalah kedua timbul apabila pihak jawatankuasa Gotong royong itu ingin menggunakan dewan tersebut untuk memberikan angpau dan sijil penghargaan kepada peserta gotong royong. Ini menyebabkan Dr Syazni terpaksa menghabiskan ceramah itu sepantas mungkin untuk memberi laluan kepada mereka. Akhirnya tidak-dapat tidak, Dr.Syazni terpaksa membuat kesimpulan walaupun penyampaian ceramah itu hanya mampu dimanfaatkan lebih kurang setengah jam bersama audien. Oleh kerana dewan tersebut dimanfaatkan secara total oleh pihak YB. Akhirnya pihak sukarelawan membuat aktiviti khas bersama Dr.Syazni di Balai Islam. Mereka membuat perkongsian ilmu dan pengalaman tentang hal kerjaya dan tugas kemasyarakatan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka kreatif memanfaatkan masa dan peluang bersama Dr Syazni.

Saya ibarat Troli

hehe... Kesempatan dewan digunakan oleh YB untuk majlis penutup, saya mengambil peluang untuk menyimpan kelengkapan- kelengkapan asas saya seperti laptop, kamera video, dan beberapa peralatan elektronik asas yang lain untuk di simpan di Balai Islam. Sekurang-kurangnya ada masa untuk rehat. Namun untuk mengangkat segala peralatan cukup mencabar. Semua pancaindera saya kena dimanfaatkan. Beg laptop di belakang , portable mic di bahu kiri dan beg alatan elektronik di bahu kiri menyebabkan diri saya tak ubah seperti sebuah troli tanpa tayar.. Namun mungkin sudah lali dengan pergerakan sepanjang perjalanan dari Bagan Hailam ke Pelabuhan Klang dan terus ke Pulau Ketam, seakan sudah jadi satu kebiasaan pula. Maklumlah alatan elektronik tidak boleh di tinggalkan sebarangan .. nanti merana pula apabila ia hilang. Apatah lagi sepanjang peralatan elektronik ini terpasang di dewan, saya dan saiful (sukarelawan Teknikal) bagai tidak cukup tangan untuk menyekat, anak-anak cina ceria yang nak mengusik peralatan elektronik yang terpasang di balik tabir sisi dewan.

sambungan nanti... aktiviti Sukaneka bersama anak-anak cina Pulau Ketam

iLuvislam.com Top Blog