Travelog GPTD 1: Misi Dakwah Bagan Hailam & Pulau Ketam


Saya kini berada di Bagan Hailam dan Pulau Ketam mewakili Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) bersama tim sukarelawan USM Kubang Kerian menggerakkan misi dakwah program Khidmat masyarakat di Bagan Hailam dan Pulau Ketam anjuran komuniti persatuan USM dan Pusat Islam USM. Program bersifat khidmat masyratakat ini adalah merupakan kesinambungan dari program pertama sukarelawan USM yang pernah melaksanakan misi ini pada Januari tahun lepas.

Perjalanan Sebuah Misi
From Voice Of Fatih

Bas bertolak jam 9.00 malam dari Pusat Islam USM menuju ke Selangor . Sepanjang perjalanan saya berkesempatan meluangkan sedikit masa berbual dengan JackNaim (sahabat baik saya dari USM) tentang perkembangan semasa kerana kekerapan untuk bertemu dengan beliau hanyalah di program sebegini. Namun mungkin sedikit kepenatan kerana petang tadi banyak urusan terpaksa saya selesaikan di tempat kerja, akhirnya sepanjang malam itu saya hanya mampu menyantuni diri saya untuk tidur sepanjang perjalanan. Akhirnya apabila sedar sahaja, bas yang di naiki sudahpun tiba di Masjid Shah Alam untuk berhenti solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Bagan Hailam untuk misi pertama.

Misi bersama Protaz Muda Medic USM
From Voice Of Fatih

Misi bersama Kumpulan Protaz (professional Ustaz & Ustazah) Muda Medic USM ini cukup memberikan satu pengalaman yang baik dan banyak perkara yang dapat saya belajar, praktik dan hayati dari perjalanan melaksana misi di sini. Walaupun pada awalnya saya berdepan dengan pertembungan program kerana pada minggu ini juga saya mempunyai jadual untuk bersama-sama grup Alumni Training Support (ATS) ESQ yang akan menjayakan Kursus Training Public ESQ kali ke 3 di Perdana Resort

Pilihan hati saya begitu kuat untuk saya bersama dengan sahabat-sahabat USM. Mungkin saya rasa inilah masanya untuk saya merealisasikan apa yang saya pelajari selepas sekian lama mengurus latihan kesukarelaan bersama mahasiswa-mahasiswa lain. Sudah lama sejak saya berada di alam kerjaya, tidak turun ke lapangan dakwah. Tidak seperti semasa saya di alam mahasiswa, kerap sahaja saya ke perkampungan orang asli, khidmat masyarakat bersama masyarakat Felda , nelayan dan lain-lain.

Untuk ke Training ESQ, bila-bila masa sahaja saya boleh mengikutinya. Sekarang tugas saya ialah bagaimana untuk mempraktikkan nilai yang dipelajari dalam ESQ. ... TOTAL ACTION !! Saya memilih untuk mengikuti program bersama sahabat-sahabat USM sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan mereka melalui bantuan-bantuan teknikal yang mereka pohon melalui GPTD.
From Voice Of Fatih



Pengalaman di Bagan Hailam , saya dan sukarelawan lain mendapat input yang baik dari Puan Marlina Wong (Naib Presiden MACMA Pusat) tentang persedian awal sebelum berdepan dengan masyarakat cina bersabit dengan pantang larang lebih-lebih lagi sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak beberapa lama. Lebih seronok mendengar Puan Marlina mengajar ucapan-ucapan menarik yang boleh disampaikan dalam bahasa cina kepada mereka semasa bertemu. Sebagai contoh ucapan "XIN NIAN KUAI LE " untuk ucapan kepada mereka adalah lebih baik berbanding dengan ucapan "GONG XI FAT CHAI" . Beberapa ucapan-ucapan lain tidak dapat saya hayati memandangkan terlalu menumpukan kepada persiapan teknikal untuk melancarkan pergerakan mereka.

Pentingnya kerja-kerja Sukarelawan
From Voice Of Fatih



Pemecahan kumpulan untuk menggerakkan aktiviti Home Visit di buat bagi memastikan setiap rumah mendapat buah tangan yang disampaikan oleh sukarelawan -sukarealwan ini. Pada pemerhatian saya, masyarakat cina di sini juga hidup dalam keadaan sederhana bahkan memerlukan banyak bantuan-bantuan kebajikan dan kesihatan seperti masyarakat lain di kalangan melayu dan india. Tugas saya merakam setiap perjalanan aktiviti sukarelawan ini menyebabkan saya dapat melihat keprihatinan teman-teman sukarelawan membantu. Membantu kesulitan mereka juga merupakan dakwah!

From Voice Of Fatih


Teringat saya kepada ungakapan Dr Yusuf Qardhawi :

"Dakwah bukanlah semata-mata kata yang diucapkan atau ditulis. Dakwah harus berupa pencurahan perhatian terhadap kepentingan-kepentingan manusia serta upaya mengatasi kesulitan-kesulitan mereka, sehingga dengan sendirinya akan mendekatkan mereka ke arah perjuangan ini".

Walaupun sedikit keletihan, namun kepuasan melaksanakan Total Action dalam misi kemasyarakatan ini memberikan kemanisan yang hanya mampu dinikmati bagi yang melaksana.

Dari Pelabuhan Ke Pulau

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan, jangan biarkan mad'u hanyut tanpa tarbiyyah mengemudi... nanti hanyutnya tidak singgah ke destinasi ketaqwaan....dan jangan biarkan diri hanyut tanpa pengorbanan utk agama Ilahi , kelak menyesal bila mengadap tuhan.


From Voice Of Fatih



Perjalanan diteruskan dengan perjalanan ke Pulau Ketam. Bertolak dari Perlabuhan Klang, mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan menuju ke destinasi. Sampai di Jeti Pulau Ketam, sukarelawan di sambut oleh wakil penduduk di sana dan turut sama menguruskan penempatan dan membantu mengangkut peralatan-peralatan. Suasana di sini tak ubah seperti berapa di bandar Guangzhou atau Beijing di China. Kenderaan utama penduduk di sini adalah basikal dan troli untuk mengangkut barang-barang. Di sini, Sukarelawan lelaki di tempatkan di Balai Islam Pulau Ketam manakala sukarelawan perempuan di Hotel Sea Lion.
From Voice Of Fatih



Alat untuk Capai Matlamat

From Voice Of Fatih



Alhamdulillah, persiapan di dewan lengkap dengan peralatan Audio system. Cumanya pihak Penghulu Pulau Ketam menyerahkan segala kelengkapan itu untuk di pasangkan. Rumit juga diperingkat awalnya, dan alhamdulillah persiapan audio sistem berjaya di selesaikan. Sesi malamnya, majlis perasmian berlangsung. Cukup meriah......Meriah dengan suara-suara riang anak-anak yang datang meraikan majlis ini. Cukup gamat dengan hiper aktif mereka. Sehinggakan kegembiraan yang terserlah dengan suara nyaring mengatasi acara majlis yang di atur.

From Voice Of Fatih




Rancangan asal aturcara ialah tayangan filem Children Of Heaven (dalam bahasa cina), namun sedikit masalah teknikal kerana kualiti video yang kurang memuaskan kerana videonya merupakan format FLV. Terfikir juga bagaimana untuk mengurangkan hiper aktif anak-anak cina harapan di sini. Sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan teman-teman sukarelawan melayan karenah mereka.


Akhirnya selepas menanyakan pendapat dari teman-teman urusetia sukarelawan, saya mencadangkan inisiatif agar menukarkan filem ini kepada filem animasi Kungfu Panda yang kebetulannya saya mempunyai simpanan video ini dalam format AVI yang kualitinya amat bagus. Moga-moga penukaran tayangan filem ini tidak mengurangkan matlamat objektif teman-teman sukarelawan. Malam itu juga sukarelawan-sukarelawan mempersembahkan persembahan nasyid bertajuk "Ching - Ai".
From Voice Of Fatih



Akhirnya, perjalanan program berakhir dengan jayanya walau kelancarannya sedikit terganggu dengan suara-suara girang anak-anak yang meraikan kehadiran sukarelawan disini. Ya.. memang sedikit penat, memandangkan belum pun rehat dan menyegarkan diri dengan kelembutan air di sini, namun kepenatan ini terubat dengan kepuasan melaksanakan misi pada hari ini. Esok misi hari kedua di Pulau Ketam ....

penaFatih
24 Januari 2009 (Sabtu)
2.30 pagi
Balai Islam Pulau Ketam

iLuvislam.com Top Blog

Enrichment Class : Toward a Better Muslim & Daie


Pada hari Khamis 5:30 petang, saya telah diberi amanah untuk menjadi speaker menyampaikan ceramah bertajuk "Toward a Better Muslim & Daie. Ceramah ini bertempat di Pusat Islam USM Kubang Kerian anjuran Kelas Peradaban Nabawi. Melihatkan pada tajuk ini, saya dikehendaki untuk menyampaikan 2 point utama iaitu bagaimana untuk menjadi muslim yang baik dan bagaimana untuk menjadi Daie yang baik? Bersandarkan dua point tersebut, saya jelmakan dua istilah agar di permulaan audien boleh memahami mukaddimah yang ingin saya sampaikan iaitu Islah dan Dakwah.

Berkenaan tajuk itu, saya menghuraikan maksud dari tajuk tersebut bersandarkan pada kalimah nukilan As-syahid Imam Hassan Al-Banna ‘Islah nafsaka wad`u ghairaka' ( perbaikilah dirimu dan serulah kepada orang lain) dengan menerangkan aspek terbaik sebagai individu muslim untuk melaksanakan 10 keperibadian muslim yang di susun oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna.


10 Ciri Keperibadian Muslim
Aqidah Sejahtera
Ibadah yang benar
Akhlak yang mantap
Mampu berdikari
Pengetahuan yang luas
Tubuh badan yang kuat
Mujahadah diri
Kerja bersistematik
Menjaga waktu
Bermanfaat kepada orang lain




Kemudian pada sudut daie, saya lebih menerangkan tentang persiapan seorang daie, sikap bersama mad'u, dan bagaimana untuk melaksanakan dakwah. Disamping itu juga, saya banyak menekankan tentang pentingnya jaringan antara badan jemaah untuk melaksanakan dakwah secara kolektif dan bukan saling bersaing dan mencantas untuk merealisasikan dakwah. Insya Allah akan saya terangkan pada entry akan datang.




iLuvislam.com Top Blog





Fatih Homevideo : Semesta Bertasbih

Videoklip Semesta Bertasbih ini saya siapkan selama 1 malam, bermula jam 12.30 malam sehinga jam 4.00 pagi, dikala mata tidak mengantuk meraikan muhasabah diri sempena 1 Hijrah 1430 H. Sekadar imaginasi apa yang terlakar di minda tentang sunnatullah ciptaan tuhan yang bertasbih , beribadah mengikut sunnatullah sebagaimana yang difirmankan dalam Surah Al-Hajj
"Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya."
(Al-Hajj 22:18)


Terimalah... Semesta Bertasbih, nyayian OPICK



iLuvislam.com Top Blog


Disebalik tabir video klip :

video alam semesta yang saya masukkan dalam videoklip ini di ambil daripada koleksi video-video yang saya download daripada laman Youtube. Berikut adalah koleksi link video yang saya petik untuk menyiapkan video klip ini :

Hubble Deep Field: The Most Imp. Image Ever Taken (Redux)
Life in the Universe (#1): Just on Earth, or Everywhere?
Outer Space Track 01
ESQ Hubble Outer Journey
Video ESQ165 Character Building






1 Muharram 1430H : Semesta Tetap Bertasbih

12:00 pm bersamaan dengan permulaan hari permulaan Tarikh Hijrah 1430H, entah mengapa mata saya cukup segar untuk bersengkang mata sehingga ke pagi ini, sepanjang pagi pertama 1 Hijrah 1430H , seluruh pancaindera saya seakan bersedia untuk saya berbicara dan bermuhasabah seorang diri tentang apa yang terbaik saya mulakan untuk tahun baru Hijrah ini. Semalaman saya cuba merungkai kembali apa yang berlaku sepanjang perjalanan saya pada tahun yang lalu 1429H /2008 M.

Saya yakin tahun 1429H/2008M yang lalu adalah tahun yang sedikit menguji berbanding tahun-tahun yang lalu. Ujian dalam kerjaya, ujian ketika melalui titik gelap yang sememangnya akan saya lalui, ujian perasaan, bahkan ujian diberi tanggungjawab yang besar kepada saya untuk laksanakan.Ujian untuk mengawal diri apabila tiba-tiba diri "ghaib" seketika dari pandangan teman-teman di pengkalan. Dan saya yakin ujian-ujian yang saya tempuhi merupakan sebuah persiapan untuk saya lalui ujian yang lebih besar di masa depan.Namun malam ini merupakan malam yang perlu saya mempersiapkan pendirian untuk Misi 1430H. "Mission Statement" yang lebih jelas dan lebih mantap berbanding tahun yang berlalu. Adakah mampu untuk saya mempersiapkan diri dari segi komitmen untuk menjadi lebih kuat mendepani ujian yang mungkin lebih besar dari tahun lepas.

Sanggupkah saya untuk tegap berdiri untuk berani berubah melakukan Kaizen terhadap diri yang sememangnya mempunyai "sikap kebiasaan" saya sebagai manusia yang melambatkan proses untuk mencapai misi. Sejauh mana keimanan yang diuji ketulenannya mampu untuk saya susur di perjalanan misi sebagai benteng utama mendepani cabaran.

Dan yang paling besar , misi Hijrah menuntut keyakinan yang besar supaya meyakini bahawa Allah bersama orang yang Ikhlas dalam menegakkan Misi apatah lagi misi ini adalah misi menegakkan agama Allah. Soalan ini saya lemparkan dan disambut oleh saya sendiri untuk menjawabnya. Apa yang pasti untuk mencapai misi ini, tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan, maka perlu rintis usaha kearah itu.

MISTERI KEHILANGAN FATIH : UZLAH ATAU FUTUR????

Malam satu Hijrah 1430H, saya masih koreksi diri, menghitung kesilapan lalu untuk di mansuh, menganalisa kemampuan diri untuk dihitung kekuatannya, dan menyusun keutamaan yang perlu untuk tugas-tugas bermulanya 1 Hijrah 1430H. Saya akur, banyak yang dirancang ditahun lalu hanya sedikit menampakkan kesan... program ABIM, GPTD Kelantan, PPIK , Outreach ABIM ...tidak kurang pula misi-misi 1429H lalu tidak terlalu berkesan kerana saya beralasan sibuk dengan diri sendiri... iya! berkenaan soal kerjaya,keluarga, akademik dan tidak kurang juga soal hati sebermulanya usia awal 25 tahun yang menuntut persiapan untuk menempuhi gaya hidup yang lebih dewasa.




Saya pohon maaf kepada sahabat -sahabat yang mencari, terasa hati, rungsing, marah, mempunyai harapan tinggi semasa "kehilangan" saya dalam tempoh hampir empat bulan terakhir ini. Saya hanya mampu menyata dan memohon kemaafan dalam coretan ini kerana saya yakin, mesej ini akan terus sampai kepada yang ingin tahu. Namun saya yakin, kehilangan saya bukanlah akan mengurangkan kualiti misi atau adanya saya akan memperkasakan misi.

Bahkan lagi kalau dikira sebagai hamba Allah, kita buat atau tidak tugas yang diperintahkan oleh Allah , tidak akan mengurangkan atau menambahkan kemuliaan Allah dan yang paling rugi adalah diri kita sendiri.


Atas kesedaran itu , 4 bulan saya menghilang saya habiskan untuk beruzlah, mengembara, membina kualiti diri kerana sewaktu saya alami ujian berat ini saya sedaya upaya berusaha dan selalu berdoa semoga kesudahan dari ujian ini tidak menemui detik Futur (Gelincir).

Kehilangan saya selama 4 bulan ini, saya rasa saya tidak kearah futur (tergelincir).... mungkin istilah yang sesuai ialah Uzlah...sebagaimana yang disarankan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin. Uzlah yang memberi peluang saya mengembara ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor untuk mengkuti kursus kerjaya disamping menziarahi teman-teman aktivis dan senior ABIM.

Uzlah ini memberi peluang untuk saya menemui teman-teman di USM mengikuti Kursus Perbandingan Agama di bawah Bro. Shah Kirit. Uzlah yang memberi peluang untuk saya "recharge" dalam program ESQ 165 sebagai ATS. Semua yang saya lalui dalam tempoh uzlah itu memberi peluang untuk saya menemui pengakhiran yang baik iaitu kembali ke pengkalan. Bukan Futur atau tergelincir terus di bawa masalah peribadi. Saya sudah membuat persiapan itu... iaitu mempersiapkan diri dikala melalui krisis diri sendiri.

Alhamdulillah penghujung tahun 1429H, saya menghabiskan masa bersama aktivis -aktivis sepenuh masa dalam bidang dakwah kesukarelaan. Bersama Kamil (Jundumay) yang baru pulang dari Korea untuk melakukan sesuatu kepada masyarakat. Bersama teman-teman GPTD pusat yang tidak dapat di tandingi.... bersama abg Juifitri (Pengerusi GPTD) dan Najmuddin Penyelaras Projek GPTD (Najem GPTD Turki)yang mempunyai tanggungjawab mengendalikan program di Kelantan , begitu juga saya terlibat untuk mengisi slot ceramah dalam program-program Briged Bakti. Alhamdulillah sembuh juga dari masalah diri.... Setelah sembuh dari "Kehilangan"ini, kekadang apabila mengimbas kembali sewaktu saya menghilang, terasa juga satu kerugian apabila memikirkan diri saya , apabila muncul sahaja masalah diri, terus diri menguncup ....menghilang dari persada dakwah di lapangan. Rasa terkesan apabila membaca tulisan Tuan Haji Azam, Mantan Presiden ABIM di dalam blognya apabila beliau berkongsi mengenai kesungguhan PENGORBANAN AHLI GEREJA MORMON YANG SANGAT TINGGI! MEMANG CEMBURU DI BUATNYA!


Bila merujuk kepada semangat sukarelawan Muslim, menurut Haji Azam, " Semangat korban yang semakin merosot. Ada di kalangan ahli yang hanya mementingkan diri sendiri. Berbangga menjadi ahli,tapi nak berkorban wang, tenaga, masa terlalu berkira. Mereka hanya datang menolong bila semua kerja peribadi, kerjaya dan keluarga dah beres, barulah nak membantu. Kerja peribadi, kerjaya dan keluarga langsung tak boleh dikorbankan. Hanya sisa–sisa masa, wang dan tenaga untuk dakwah. Contohnya, kehadiran usrah yang hanya seminggu sekali bergantung kalau tiada urusan keluarga atau kerjaya. Kalau ada sikit saja urusan keluarga atau kerjaya kehadiran usrah akan dikorbankan. Macamana dakwah nak berkembang! Dalam bahasa Inggeris, maaf ya, if you give peanuts, you get monkey.

Menariknya, bila memberi komen mengenai perjuangan ABIM, mereka yang paling banyak bersuara seolah-olah mereka lah yang bertungkus lumus selama ini. Yang benar-benar berkorban, jarang yang bercakap kerana tahu terlalu banyak kerja yang nak dibuat."
Semoga di tahun baru hijrah ini, gerak langkah saya dalam kerja-kerja sukarelawan dakwah dan Islah ini akan konsisten dan istiqamah dan tidak terhenti dan tidak mengundur . Sebagaimana tawaf alam semesta yang istiqamah, tidak terhenti dan tidak mengundur melaksanakan ibadah kepada Allah.

Semesta Tetap Bertasbih


Apa yang pasti.... detik 1Hijrah 1430H, ketika saya masih bermuhasabah dan menulis, Makhluk Allah di alam ini tetap melakukan ibadah mengikut kaedah masing-masing, alam semesta yang tawaf mengikut paksinya, gunung-gunung, pokok-pokok, dan haiwan kekal beribadah mematuhi perintah Allah memngikut sunnatullah masing-masing. Bahkan sebahagian besar dari manusia sedang melaksanakan ibadah.. Moga tergolong dari golongan besar yang beribadah dan dihindar dari menjadi golongan manusia yang banyak pula di antara manusia yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Haj 22: 18 ,

"Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya."
(Al-Hajj 22:18)


p/s : Semasa bermuhasabah, hati terasa terkesan apabila mendengar nasyid bertajuk "Semesta Bertasbih" nyanyian Opick yang akhirnya mengundang gerakan suara hati untuk berkarya sebuah video editing mengenai lagu itu.. Cukup tersentuh....



iLuvislam.com Top Blog






Koleksi Kata Hikmah : Apabila Temanmu Berubah


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian. Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan.


Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.



Total Action : Akan Menjadi Petugas ATS di Training ESQ Kelantan 2

Pada 20-24 November, bertempat di PCB Resort, saya akan bertugas sebagai Alumni ESQ di Kursus ESQ Training Leadership Kelantan 2. Sebelum ini tidak berkesempatan kerana menghadiri kursus di Kuala Lumpur.Berikut saya tayangkan.... intro Pak Ary Ginanjar Agustian yang menjadi trademark utama kursus ini , "Demi Matahari".



iLuvislam.com Top Blog






Video Blog : Terima Kasih Teman + Cita & Harapan

Video ini dirakamkan semasa mengendalikan program Excellent Student Leadership bertempat di Institut Dakwah Islamiah Perkim. Sekali sekala buat program di selangi dengan nyanyian lagu nasyid. Pitching sedikit lari (jom pi tangkap pitching)... Dalam slot ini saya nyanyikan dua buah lagu iaitu lagi Cita & Harapan (ciptaan Kumpulan Read-One) dan Terima kasih teman yang di beri nafas baru dari lagu soundtrack Korea iaitu "First Love".
dengar ajelah ye...jangan gelak plak...hehe


Terima kasih Teman


Cita Dan Harapan


iLuvislam.com Top Blog


Renungan Untuk Pemimpin ...

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kamu selalu berusaha untuk menjadi penguasa, padahal akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak. Sungguh perkara tersebut (ibarat) sebaik-baik susuan dan seburuk-buruk penyapihan (cerai susu)”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7148)

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan.Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7147, Muslim, 1652)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah menolak permintaan seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan. Beliau bersabda, “Kami tidak akan memberikan jawatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan berusaha untuk mendapatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7149, Muslim, 1733. Hadis dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu)

iLuvislam.com Top Blog

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM !!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM..
Ya ALLAH, berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dari-MU.. Anugerahkan aku kejayaan dalam peperiksaanku ini..Anugerahkan kejayaan kpd smua shbat/iah ku.. jangan ada antara kami yg sedihnya sendirian, dan juga kpdku, andai telah ttulis di Luhmahfudz akan kegagalanku, maka ubahlah menjadi kejayaan.. ENGKAU Yang Maha Agung, mudah2n A bagi semua subjek jadi milik kami..amiin....

p/s: sebar2n doa ini..mungkin ada antra kita yg doanya dmakbulkan.. InsyaAllah.. All The Best... Pohon maaf atas segalanya..


Rindu Berkarya....

Assalamualaykum wbt..

Rasanya agak lama masa saya beruzlah dari memberikan ekspresi diri dalam dunia blog ini, kalau tidak silap saya, selepas hari raya yang ke empat, rutin harian saya sedikit padat dengan beberapa aktiviti yang menyebabkan masa saya untuk ber"ekspresi diri" ini teramat singkat. Insya Allah di masa -masa yang akan datang, saya akan cuba menguruskan masa untuk berkongsi sebaik mungkin...

Lama meninggalkan blog sampaikan ditegur kawan-kawan bahawa blog saya sudah naik sawang... faham-fahamlah kan..


Mengambil iktibar nasihat kawan saya tersebut, maka saya ambil masa untuk mengemas balik, membuang sawang-sawang yang ada , dan insya allah saya nak cuba berkongsi benda baru.
tapi bukan sekarang!! sebab ada beberapa urusan yang ingin saya selesaikan. Perasan tak? di blog saya ada artikel-artikel panjang yang telah saya singkatkan dengan meletakkan link Baca seterusnya @ Read more ?? haa.. entri kali ini saya nak tujukan blogger yang tertanya-tanya macamana untuk membuat aplikasi "read more"pada entry blog yang panjang... Shahiran terutamanya..mesti teruja bila dapat entri ni sebab sebelum ini aplikasi "read more" beliau digunakan dengan membuat dua blog berasingan iaitu blog ringkas yang dihubungkan link nya dengan blog artikel panjang dengan meletak perkataan read more untuk memaparkan artikel panjang... insya allah.. ada masa saya kongsi.. wassalam..

Video Blog : Bila Terasa Rindu (versi Nasyid)

Dulu semasa berada di Maahad Muhammadi dulu, pengalaman bersama teman-teman dalam Kumpulan Nasyid Nur Muhammadi @ Owais memang banyak. Salah satuya, setiap kali buat latihan , akan ada sahaja lagu-lagu baru yang di cipta berasaskan objek (seperti Labuci, dan lain-lain) ataupun mengubah lagu-lagu kumpulan lain dijadikan versi kumpulan nasyid Nur Muhammadi. Mengimbas kenangan itu,
bila saya menjadi jurulatih nasyid di tempat saya berkhidmat iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, ada satu lagu yang menjadi siulan saya dan anak buah (budak-budak nasyid) semasa berlatih... iaitu menyanyikan lagu Bila Terasa Rindu yang asalnya dinyanyikan oleh Dafi dan di gubah semula menjadi tema nasyid...

Jom layan...

Bila Terasa Rindu (Versi Nasyid)


Bila Terasa Rindu


Apa Agaknya Khabarku di sana
Di siniku sedang di belenggu dosa
Beginikan rasa hamba yang berdosa
Sungguh anehnya di kala ku alpa

Hati Terasa Bagai ingin menuju Mu,
Walaupun diri terasa jauh beribu batu,
Sesaat diriku jauh melupakan Mu,
Dan seribu langkah Kau dekat padaku.

Bila Terasa Rindu ,
Ku sebut nama Mu,
Dengan Harapan kau kan ampun dosa-dosa,

Bila Terasa Rindu
Ku sujud pada mu
Dalam Doa dan Harapanku
Semoga Kau suluh Imanku.

Jauh sekali, hidup di sini berbeza
Berkhabanding dengan khabar firman tentang Syurga,
Tak sabar menanti detik kepulangan,
Namun tanpa rahmatmu
adakah ku mampu...

Bila Terasa Rindu ,
Ku sebut nama Mu,
Dengan Harapan kau kan ampun dosa-dosa,

Bila Terasa Rindu
Ku sujud pada mu
Dalam Doa dan Harapanku
Semoga Kau suluh Imanku.

Terlintas di fikiran
untuk meminggirkan
sahaja segala kemahuan di sini
Tetapi ini sebahagian
Dari perjalanan
Bekalan Andainya hari sukar
mencabar.....




iLuvislam.com Top Blog


Tentang PenaFATIH


Fatih a.k.a penaFATIH

Fatih adalah merupakan nama pena bagi Mohd Faizul Afzan Bin Mamat. Dilahirkan di Bachok pada 27 Jun 1983 bersamaan 17 Ramadhan 1403 Hijriah (Nuzul Al-Quran) . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Badak, bachok , kemudian di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawat Bachok dan seterusnya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu dan Sekolah Menengah Teknik Bachok. Menamatkan pelajaran peringkat Sijil dan Diploma di Politeknik Kota Bharu dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, pengkhususan dalam sistem komputer pada tahun 2006. Meneruskan pengajian dalam Pensijilan Animasi di Kolej Darul Digital pada 2007. Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda IT & E-Dagang di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Kota Bharu.

Penulis juga aktif bergerak bersama Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Persatuan Kebangsaan pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dan Alumni ESQ165 (Angkatan ke-5).


Sangat optimis untuk berkongsi penelitian, pengalaman dan pembacaan melalui medium penulisan blog, videoblog, ceramah, diskusi, kajian, seni dan aktiviti kemasyarakatan.

Penulis amat mengagumi Tokoh Kesultanan Turki di zaman khalifah Othmaniyyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih yang merupakan tokoh yang pernah disebut oleh sabda baginda SAW sebagai pemuda terbaik di zaman tersebut yang menakluki Kota Konstantinople yang kini dikenali sebagai Instanbul di Turki.

Nama pena penulis sebelum ini adalah Fatih Afzan, Fityan Al-Fatih, dan penaFatih.